Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat terpaksa ditahan di sebuah pusat perubatan selepas disahkan mengalami masalah mild slipped disc.
Menurut perkongsian Ayda menerusi Instagramnya, dia sebelum ini mengalami kesakitan di bahagian belakang sebelum menjalani pemeriksaan dan disahkan mempunyai masalah pada tulang belakang.
“Assalamualaikum! Baru tau ada mild slipped disc. Okay saya rest daripada lasak jap.
“Terima kasih semua yang mendoakan, yang dm, whatsapp tanya khabar. Tak sangka ramai sayang! Saya akan ingat sampai bila-bila. Sayang korang. Teruskan doa biar cepat sihat,” kongsinya menerusi Instagram.
Masih menerima rawatan, hantaran terbaru yang dimuatnaik semalam mengundang rasa sebak wargamaya.
Rindu dukung anak
Ibu kepada dua cahaya mata ini meluahkan rasa rindu untuk mengendong dan memeluk anak-anak tercinta, Nayla dan Aali.
“Rindu nak dukung Nayla and Dedek. Mama promise jaga diri then I can carry you guys lagi okay?
“If not, Nayla and Dedek jela dukung mama bila mama tua,” katanya menerusi kapsyen.
Meninjau diruangan komen, rata-rata pengikut setiap Ayda turut mendoakan agar cepat sembuh dan dapat kembali bersama anak-anaknya.