Siapa sangka, dalam sekelip mata insan yang paling disayangi pergi buat selama-lamanya. 26 hari demam on off, akhirnya berita paling ditakuti adalah apabila doktor memberi perkhabaran suami tersayang menghidap kanser.
Lebih memilukan, Allahyarham bukanlah seorang yang tidak merokok, malah arwah cukup aktif dan sering bersenam. Namun Julai lalu, Allahyarham telah disahkan menghidap kanser pankreas di mana ia telah merebak ke paru-paru, hati, tulang belakang dan rusuk dalam masa yang teramat singkat.
Kisah yang cukup menyentuh hati ini dikongsikan baru-baru ini oleh siterinya, Syarima Ghazali selepas sebulan kembalinya suami ke Rahmatullah.
He was 34YO with healthy life and too young for it. 26 days from his first night fever and he left us peacefully. Doc kata case dia rare. 1-2 orang dalam setahun.
26.06.20 – kami dua ambik cuti sebab nak dating makan dan jalan jalan kat Ikea sebelum balik kampung. Malam tu dia start demam panas. Esok pagi nya elok sihat. Malam demam lagi dan siang nya sihat. Rasa tak sedap hati takut Kuman or TB. Tak sangka ni dating terakhir
28.06.20 – kami balik KL terus suruh p klinik buat GL nak refer pakar. Esok nya dia p MSU Med Center and doc kata ok admit lah buat CT scan.
30.06.20 – ambil test covid tunggu result and admitted. Lepas tu petang pukul 4 baru buat CT Scan and the journey started. 2-3 jam lepas tu doc p kat dia cakap “orang yg datang ni sihat, cergas, active tapi reading scan haywire teruk”. Doc cakap nak jumpa semua family memberS. Esok tu doc bagitau apa yang dia nampak tak berapa nak ok. Paru paru and Hati dah nampak teruk. Cuma dia tak nak jump into conclusion sebab dia tak dak data nak support. Ayat last doc tu memang boleh terduduk “ill advise you to get prepare mentally and physically for the worst” Allahu
2.7.20 – semua family datang and masuk bilik meeting discuss. Masa tu doc bagi tau find out dia. No 1 TB, No 2 kuman infection, No 3 kemungkinan cancer. So dia nak proceed dengan biopsy cepat. Kami semua setuju. Lepas Biopsy lah keadaan dia mula start merudum sikit sebab dah kacau “rumah rosak” tu. 24 jam lepas biopsy dia ok balik sihat macam biasa makan lalu buat keja semua. Cuma malam ja demam. Cold fever. Pegang biasa tapi suhu 39c above.
06.07.20 – harini patut discharge. Dia sihat macam biasa. Pukul 1pm lebih kurang doc dtg bagitau result biopsy. Its confirmed cancer but still tak tau cancer apa. Kami dua terdiam.
09.07.20 kami p Nilai Med Center (NMC) nak sign contract sebab doc kata Lung Ca mula mula. Masa buat blood screening balik doc panggil kami dua masuk dia kata from the reading this is not lung ca. We need to wait IHC sebab takut salah Chemo. Doc kata probably Limforma Ca. So kami pun balik dan sambung ubat tahan sakit kt rumah ja.
13.07.20 – Doc buat Ultrasound kata nampak hati ada bleeding sikit dorang cuba contact any hosp yang boleh tolong sebab dorang takdak ubat. Tapi lewat petang doc datang balik cakap bleeding tu tak significant so dorang nak buat endoscopy find out primary or main house cancer dia apa. Esok tu habis procedure doc datang bagi tau dorang tak jumpa apa apa sign dari mana cancer dia datang. Then we decided move him to Sunway Med Center.
14.07.20 check in SMC. Terus kena masuk HDU sebab bacaan jantung tak cun. Esok nya lepas ultrasound doc cakap nothing serious boleh move ke ward. Doc pun terus buat tumor marker untuk other organ nak find out primary cancer dia. Tapi doc cakap Cancer hati pun include as one of his assumption sebab bacaan bilirubin terlampau tinggi.
16.07.20 doc run PET scan full body to still finding primary ca dia. Doc pun panggil bincang nak buat Chemo high dose 50 jam persession tp impact dia kalau dia tak free from infection and demam high risk sgt. Boleh bleeding otak, comma etc. Doc kata kalau tak buat chemo dia mungkin ada weeks ja. masa tu la terus rasa selfish nya aku nak push Sedangkan tau condition dia tak ok.
Masa tu keluar bilik doc duk lama termenung sorang sorang terus fikir. Tak pa la redha kan ja apa yg berlaku. Kalau memang takdak harapan biar la yang paling mudah. Doc pun bagitau dia akan get support from Doc Palliative untuk tolong dia recover and less pain. Dengar ja Palliative terus terduduk dan paham yang dia macam tak dak harapan. tapi he is really a fighter. He never give up. Luaran dia macam tak sakit langsung.
19.20.20 tergerak hati nak bawak anak anak jumpa dia. Request kat nurse nak bawak turun dia kat bawah lobby sbb sorang ja boleh masuk tengok kalau kat bilik. Dia pun kata kawan sekolah dia nak mai. Dia nampak happy and macam tak sakit pun. Boleh layan semua orang macam biasa.
24.07.20 akhirnya chemo start harini.
Semua infection berjaya kurang dan hilang. Hari ni tergerak Hati juga nak bawak satu family including bapak dia yang tak berapa sihat datang melawat dia sebelum chemo start. Alhamdulillah i managed to bring whole of his family member in a room. 1.30pm doc start chemo. He was really ok. 3 jam lepas tu tengah sembang dengan dia. Tetiba dia terbatuk. Pastu dia kata rasa nak buang kahak bagi la plastic cup kat dia dia ludah tengok seketol darah beku, terus panggil nurse.
Dia kata napa nak minta maaf, dia yg patut minta maaf tak dapat jaga kami dah. Terus cakap kat dia. Ayg redha abg. Kalau kata umur abg tak panjang insyaAllah ayg akan kuat jaga anak anak. Malam tu move CCU doc bagi stay teman dia. Dia ngadu depa kata tak boleh makan sbb takut bleeding lagi plus dia kena fasting esok nak masuk camera check bleeding tu dari mana..
Lepas tu dia kata dahaga nak air sejuk. Boleh tak ambik kan. Dia minum bersungguh. 2 botol kecik jugak dia minum. Dalam hati terdetik macam tanda orang nak p ja. Terus google. Lepas tu tanya kat dia ada nampak apa apa ka dia kata takdak la. Rupanya instinct tu betoi.
Cakap kat dia “abg sabar sikit ye mak dah nak sampai”. Bila mak dan anak anak sampai cakap dengan dia semua. Terus semua orang minta maaf kat dia jugak serentak. Dia siap cakap “sorang sorang cakap” . Dia still sedar sampai la nafas dia dah dekat dada. Allahu bila kalih ja tengok rupanya ramai sangat families and friends yang dah sampai and nak ucap selamat tinggal kat dia.
Sy mungkin bukan isteri yang sempurna tapi sy beruntung ada suami yang sempurna buat sy. Walaupun sekejap tapi puas dapat jaga 3 mggu awak sakit. Terngiang ngiang awk ckp “abg rasa kuat bila ayg overnight sini, kekuatan tu luar biasa ” semoga kasih sayang kita kekal ke syurga.
Muhammad Ashraq Salahuddin
04.04.86 – 25.07.20
Advance Pancreatic Carcinoma (Cancer)