Pastinya setiap isteri inginkan suami yang menyayanginya sehingga akhir hayat. Sikap suami yang sering memberi kebahagiaan kepada isteri akan membuatkan rumahtangga harmoni.
Namun, ada suami yang sukar untuk melafazkan dengan kata-kata untuk menyatakan kasih sayangnya kepada isterinya. Bagaimanapun, melalui tingkah laku suami, para isteri boleh mengenal pastinya. Berikut tanda yang menunjukkan suami amat mencintai anda.
TANDA SUAMI SAYANG ISTERI
1. Suami biarkan isteri memilih
Ramai tidak perasan tanda yang ini, iaitu salah satu tanda suami sayang isteri yang paling penting. Jika memilih corak dan
warna langsir, suami akan minta isteri pilih dan buat keputusan. Jika ingin beli peti sejuk baru, suami juga akan serahkan pada isteri.
2. Suami ringan tulang, rajin bantu isteri
Namun saya perasan, pada masa-masa yang terhad di rumah inilah dia akan cuba membantu saya mengemas rumah, basuh
tandas, basuh baju (masukkan kain dalam mesin sahaja tapi tetap bermakna), jaga anak dan lain-lain. Dia akan lakukan semua kerja yang biasa saya lakukan tanpa disuruh oleh saya. Walaupun suami jarang mengucapkan ucapan cintanya pada saya tetapi saya tahu pertolongan ikhlasnya itu sebenarnya salah satu cara untuk dia menunjukkan yang dia ambil berat
tentang saya.
3. Suami meminta nasihat dari isteri
Apabila suami anda meminta pendapat atau nasihat dari anda, itu bukan sahaja menunjukkan perasaannya kepada anda tetapi dia juga mahu anda tahu yang dia percayakan anda dan perlukan bimbingan anda.
4. Suami pegang tangan isteri
Ads
Inilah tanda suami sayang isteri, yang tidak perlu disorokkan. Tidak kira di tempat awam atau anda berdua berada di rumah, apabila suami memegang tangan anda, dia sebenarnya sedang mengucapkan ‘saya sayang kamu‘. Percaya atau tidak, pegangan tangan adalah ungkapan paling mudah untuk cinta sejati. Ia adalah sentuhan fizikal tanpa ada rangsangan hubungan intim dan cara paling mudah si suami menunjukkan perasaan hatinya.
5. Suami shopping untuk isteri
Samada dia membeli-belah bersama dengan anda atau dia membeli sesuatu untuk anda semasa di dalam perjalanan pulang ke rumah. Jika suami anda bersedia untuk shopping till he drop, ketahuilah itu antara tanda yang dia benar menyayangi anda.
6. Sudi menjadi pendengar setia
Terangguk-angguk bila isteri bercerita tentang perkara seharian. Tambahan lagi jika ada gosip hangat di pejabat, yang panas seperti baru keluar oven. Walaupun telefon bimbit masih di tangan, suami masih lagi mendengar tanpa mencelah.
7. Senyuman manis suami
Masih ingat lagi senyuman pertama saat pertama kali anda dan suami bertemu? Bagaimana senyuman itu memberi impak besar di dalam hidup anda. Impak senyuman sama seperti pegangan tangan. Senyuman yang ikhlas mempunyai kuasa
melembutkan hati seseorang. Kenang kembali saat-saat manis berdua bersama. Setiap kali dia senyum kepada anda, sebenarnya dia sedang menyatakan ‘saya sayangkan kamu’ tanpa kamu sedar.
8. Apabila suami ikhlas dalam memberi
Sesuatu itu mungkin dari bentuk hadiah, pujian atau pun pandangan yang penuh dengan kasih sayang. Apabila suami anda mengambil masa untuk memberi sesuatu untuk anda, itu adalah isyarat yang menunjukkan hanya anda di fikirannya. Hadiah tersebut mungkin kesukaan anda dan mungkin juga tidak. Kata-kata sayang tidak perlu dilafazkan melalui kata-kata. Pandang tepat ke mata suami anda dan selami hatinya. Anda akan dapat jawapannya di situ
Ads
Sumber: Kelab Wanita Ibu Isteri Malaysia
Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!
Ads
Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!
Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!
Penyediaan hidangan secara selamat adalah penting untuk memastikan keluarga tidak terdedah dengan bahaya bakteria yang boleh mengakibatkan keracunan makanan.
Begitu juga kepada yang selesa memasak pada kuantiti yang banyak untuk dijadikan stok dan dibekukan. Ada teknik dan cara yang disarankan oleh doktor ini untuk kekal selamat.
Ini perkongsiannya.
“Saya sibuk doktor, jadi saya beli barang mentah sebulan sekali. Saya rasa sebab tu saya selalu kena sakit perut”
Sebenarnya, jika caranya betul, tak salah pun nak simpan barang mentah basah seperti daging, ayam, udang, sotong selama sebulan dalam freezer.
Bahan mentah yang nak simpan di dalam freezer kena dibersihkan, lepas tu dipotong dan disimpan dalam bekas kedap udara, ikut catuan sekali masak. Nak masak nanti, tinggal keluarkan satu bekas. Mudah.
Tapi, jangan curi-curi pakai Tupperware kesayangan mak kalian, nanti mengamuk orang tua tu, dah tak jadi mudah kalau gitu. Jadi makin susah pula. Hehe.
Selain mudah, simpan ikut catuan kecil dapat elak beku dan cairkan bahan mentah berulangkali. Ini dapat elakkan kontaminasi. Lagi-lagi kalau kau nyahbeku dengan cara rendam dalam bekas berisi air.
Habis, cara nyahbeku bahan mentah yang betul macam mana? Camni:
◾Meletak bahan mentah di bawah air mengalir. Tak usah rendam dan tinggal.
◾Pindahkan bahan mentah dari ruang sejuk beku ke ruang chiller semalaman.
◾ Gunakan fungsi “defrost” pada microwave. Cara ini paling mudah dan cepat.
Kalau tak nyahbeku dengan betul, ais pada bahan mentah tidak cair sepenuhnya. Nanti bila kalian masak, bahagian yang ada ais tu, hidup balik. Hahaha. Tak lah! Nanti dekat situ bakteria membiak, dan boleh jadi punca keracunan makanan.
Jika boleh, makanlah makanan masak segar. Jika tak boleh, pastikan cara beku dan nyahbeku adalah selamat! Semoga bermanfaat!
Sumber : Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kes penderaan melibatkan kanak-kanak di pusat asuhan dan taska yang kian berleluasa membuatkan pelakon Elfira Loy sanggup berbelanja lebih untuk menghantar dua orang cahaya matanya ke sekolah yang boleh dipercayai.
Semuanya bagi memastikan keselamatan dua anaknya, Muhammad Rayyan Khalaf dan Nur Aria Mikayla lebih terjamin.
“Kisah-kisah ini menjadikan saya takut dan sanggup berbelanja lebih untuk hantar anak-anak ke sekolah yang dipercayai.
“Buat masa ini saya hanya rasa takut, berjaga-jaga dan mampu berdoa untuk mereka.
“Semua cerita (kes dera) merupakan peringatan untuk saya agar sentiasa bersiap sedia untuk apa sahaja kemungkinan termasuk aktiviti dilakukan oleh anak-anak yang terdedah dengan banyak perkara di luar,” katanya berkongsi.
Berkongsi kisah dua buah hatinya, Rayyan dan Aria yang kini semakin membesar, Elfira lebih senang membesarkan keduanya sendiri tanpa bantuan pembantu rumah.
Kata Elfira lagi dia paling beruntung kerana mendapat sokongan dan bantuan dari suaminya, Faris Khairol yang turut sama membantunya menguruskan dua anaknya di rumah.
“Bukanlah tidak percaya tetapi apabila saya ambil keputusan untuk memiliki anak, memang saya nak jaga sendiri dan suka menjadi seorang ibu.
“Menjadi seorang ibu adalah tanggungjawab dan ini juga adalah nikmat yang Allah SWT beri sebab dapat masa bersama anak-anak.
“Banyak kelebihan dapat jaga anak sendiri seperti mengajar mereka tentang ilmu agama dan perkara-perkara yang baik,” ujarnya.
Terdahulu, Elfira dan suaminya, Muhammad Farish Khairol Anuar mendirikan rumahtangga pada 1 Januari 2019. Pasangan ini dikurniakan dengan sepasang cahaya mata, Muhammad Rayyan Khalaf dan Nur Aria Mikayla.
Kisah Jahidah Nordin, wanita ini yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga sehingga koma mengejutkan masyarakat. Sementelah dia ketika Itu sedang hamil dan baru-baru ini melahirkan bayi sulungnya secara pembedahan.
Terbaharu, adik mangsa Fauziah Nordin memuatnaik perkembangan ibu serta bayi melalui media sosial sekali lagi menjadi perhatian warganet di aplikasi TikTok.
“Nufail meragam tadi. Bila letak tepi ibu, lena dia tidur. Rindu ibu rupanya. Nufail nak peluk ibu ye, ibu tak boleh lagi.
“Mummy (gelaran Fauziah) yang akan peluk Nufail selalu, pengganti ibu. Walaupun mummy bukan ibu kandung,” Ungkap Fauziah lagi.
Menurut Fauziah, bayi mesra dipanggil Nufail itu terus lena apabila berada di sebelah ibunya yang sudah tidak sedarkan diri sejak tahun lalu akibat kecederaan parah selepas disyaki dibelasah oleh suami.
Fauziah memuat naik satu video memaparkan bayi lelaki itu, J Eshan Nufail dikatakan meragam namun hilang tangisan selepas diletakkan di sisi ibu yang masih terlantar koma di atas katil.
Video berkenaan mendapat respond ramai. Rata-rata meluahkan rasa sebak melihat situasi tersebut. Bahkan terdapat beberapa lagi perkongsian lain turut mengundang simpati terhadap apa yang dialami ibu yang berusia 43 tahun ini.
Untuk rekod, Jahidah yang ketika kejadian sedang hamil empat minggu dilaporkan cedera di kepala dan tengkoraknya terpaksa dibuang akibat pendarahan, manakala rahang, tulang belakang serta rusuk pula retak.
Difahamkan, suspek Rosmaini Abd Raof yang melakukan perbuatan kejam itu di sebuah pangsapuri di Kampung Aman, Larkin pada 4 Mei lalu sudah didakwa di Mahkamah Sesyen di Johor Bahru, 17 Jun tahun lalu.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...