Sebut sahaja menu Ayam Tandoori, sudah dapat dibayangkan akan keenakan rasa dan kemewahan warna ayam tandoori tersebut, merah menyerlah. Melihatnya memang nampak menyelerakan, namun bagi yang begitu prihatin dengan kesan pewarna makanan pada kesihatan, mungkin menolak untuk kerap menikmati hidangan nan satu ini. Apatah lagi jika ingin diberikan kepada anak-anak kecil.
Menyedari hal ini, di sini dikongsikan cara mana ibu boleh sediakan hidangan ayam tandoori dengan lebih sihat seperti mana menu yang dikongsikan oleh seorang doktor ini. Nak tahu lanjut, jom baca perkongsian penuh ini.
Hari tu ada yang tanya saya, ada tak resepi ayam yang #pilihansihat Ada! Hari ni kita masak Ayam Tandoori (tanpa pewarna).
Ayam Tandoori by Kamarul Ariffin Nor Sadan
.
Bahan-bahan:
2 bahagian pinggul ayam
200ml greek yogurt (tanpa perisa)
2 sudu besar serbuk cili/paprika
½ sudu kecil serbuk jintan putih
½ sudu kecil serbuk kunyit
½ sudu kecil serbuk ketumbar
½ sudu kecil garam masala
1 biji limau nipis
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 ikat daun pudina
1 ikat daun ketumbar
½ bawamg besar
garam
Cara penyediaan :
.
1. Ayam ni saya buang kulit dan lemaknya, kemudian kelar-kelar agar perapan masuk ke dalam serta lebih cepat masak.
Ads
.
2. Ni bahan segar. Bawang putih dan halia, kita tumbuk atau kisar halus. Kemudian, daun pudina dan daun ketumbar pun tumbuk halus.
3. Ini bahan-bahan serbuk. Garam masala tu, kalau tak ada pun tak apa. Kalau nak cari garam masala, pergi sahaja ke pasar raya, cari di bahagian rempah. Biasanya ada dalam botol kaca kecil-kecil.
Saya tak suka pedas sangat, kalau kurangkan serbuk cili nanti warna pula tak cantik jadi saya ganti serbuk cili kepada serbuk paprika. Paprika = Capsicum = tak pedas.
4. Yogurt! Nak sedap, guna Greek Yogurt. Kalau tak jumpa, plain yogurt biasa pun boleh. Jangan risau, menjadi juga nanti. Gerik tu di Perak. Yogurt ni bukan berasal dari sana.
Ads
5. Letak ayam dalam mangkuk, perah separuh limau nipis. Orang kata, limau ni akan melembutkan ayam. Tengok tangan saya tu, lembut dan gebu, kan? Sebab kena jus limau nipis masa potong limau tu tadi.
7. Masukkan bawang putih dan halia yang kita dah tumbuk halus tadi. Kemudian, masukkan semua rempah serbuk kita tadi, berserta dengan garam secukup rasa. Gaul gaul gaul! Pastikan perapan masuk dicelah kelaran ayam tadi. Perap untuk beberapa jam. Nak perap semalam pun OK!
Ads
8. Dah siap perap. Panaskan pan grill atau kuali tidak lekat! Buka api sederhana. Minyakkan dia. Tipis-tipis je minyak tu. Jika nak pakai oven, panaskan oven 180°C. Bila dah panas, panggang untuk 45-60minit (bergantung pada saiz ayam). Saya pakai pan grill je. Letak ayam atas pan grill! Biarkan selama 5 minit setiap belah. Api sederhana. Bolak balikkan ayam ni setiap 5-10 minit supaya tak hangus. Siapa yang guna oven tu, jangan lupa terbalikkan ayam juga setelah 20-30 minit memanggang.
Tip :
Trick untuk ayam nampak merah tanpa guna pewarna adalah sapukan minyak yang digaul dengan serbuk cili setelah ayam separa masak. Kalau nampak kering, sapu minyak bercili ni.
Semasa tunggu ayam perap tadi, saya sediakan raita. Raita ni sedap gila makan dengan Ayam Tandoori.
Campurkan bawang putih, halia, daun pudina, daun ketumbar yang kita dah tunbuk halus tadi. Letakkan secubit garam. Kemudian baham tumbuk tu campurkan dengan baki yogurt yang masih ada tadi, dalam mangkuk. Dah siap raita pudina ketumbar kita. Nak segar lagi, perah sikit limau nipis.
OK! Ayam dah masak! Kita hidang dengan raita macam ni! Hiaslah sedikit dengan daun ketumbar, bawang besar, potongan limau nipis!
Ayam berempah, diperah limau nipis, cicah dengan raita pudina. Memang menyelerakan!
Sememangnya jika sesiapa ada menanam pokok limau kasturi, bila berbuah memang lebat sampai tidak termakan dibuatnya. Jika dibiarkan begitu sahaja, tentu akhirnya akan busuk begitu sahaja.
Jadi apa kata anda buat seperti yang dikongsikan oleh Puan Ummi Ain ini, memandangkan semasa tempoh PKP yang lalu dan musim hujan, pokok limau di rumahnya banyak berbuah. Biasanya hantar ke kedai kawan yang berniaga laksa dengan kantan dan kesum.
Oleh kerana kedai tutup maka limau kasturi banyak di rumah. Kantan dan kesum pun banyak tapi hari ni nak cerita perihal limau kasturi. Dah bagi jiran-jiran tapi masih banyak lagi. Setiap kali suami ke kebun akan bawa balik limau kasturi.
Nak elakkan dari limau rosak jadi jom kita buat kiub limau.
Guna loyang acuan talam je senang. Kalau tak ada boleh guna acuan ais kiub tapi susah sikit nak keluarkan. Mgkin boleh fikir cara lain. Nanti nak guna ambil saja kiub tersebut. Boleh buat air limau asamboi, masuk dlm siakap stim limau dan lain-lain
Saya biasa ambil 2-3 kiub tuang air panas sikit saja kurang dari 1/2 gelas. Minum lepas makan. Boleh bantu turunkan bacaan gula sebab saya ada diabetes.
Macam-macam boleh buat
Meninjau di ruangan komen, ada juga yang berkongsi cara lain yang boleh dimanfaatkan. Contohnya seperti komen oleh Jamaliah Abdullah, “Buat jus cinta sis. Sedap. Limau tu di rebus sekejap dan keluarkan airnya. Sumbatkan asam boi. Smpn 2 bln dlm botoi..sedap buat minuman panas dan sejuk”
Tulis Kuali Mokde pula,“Tq share tipsnya tt.. Tak penah terpikir.. Selalu buah2 limau nipis dekat rumah.. Rosak mcm tu je..so lepas ni dh boleh buat kiub..”
Komen Zainuri Ayie pula, “Saya selalu beli limau kasturi untk buat detox, tips saya basuh bersih limau kasturi, then blend dgn kulit2 lepas tue letak dlm botol kaca hasil blend tdiw, simpan dlm peti ais… setiap pagi amalkan minum pati limau tdi yg dicampur dgn segelas air suam, smbil bekerja akn berpeluh… amalkan setiap malam sebelum tdo dan pagi sebelum sarapan, rasa dyea xberapa masam sb dh blend skali dgn kulit, Alhamdulillah berat trun dan always bertenaga… sekian”
Wonton ni asalnya snek yang dijual tepi jalan tapi sekarang dah jadi menu masakan di restoran. Wonton ni boleh makan macam tu je dengan sup atau dengan mee. Mee tu tak kira lah mee tarik ke mee kuning ke mee suhun ke.
Kalau wonton asli masakan China, inti wonton tu daging khinzir. Tapi orang Melayu kita pon kreatif, tukar inti tu dengan ayam atau udang. Wonton ni boleh digoreng jugak tau. Tesktur rangup dia tu sesuai jadikan snek atau hidangan sampingan dengan menu utama.
Sama ada sup atau goreng, wonton ni jadi penambah rasa dalam hidangan tau. Nak buat dia senang je walaupun bentuk dia macam susah je nak buat. Jom cuba buat sendiri di rumah!
BAHAN-BAHAN:
BAHAN INTI:
1/2 biji lobak merah *dipotong dadu
2 ulas bawang putih *dicincang hauls
1/4 cawan daun bawang *dipotong pendek
1 cawan ayam *dipotong dadu
Garam
1 sudu kecikl kicap manis
Sedikit minyak bijan jika suka. Lagi sedap bila tambah minyak bijan, rasa authentic
1 sudu kecil tepung ubi kayu
Kulit dumpling
BAHAN KUAH:
2 ulas bawang putih
Air / air rebusan ayam
Garam
Lada sulah
Daun bawang
CARA MEMASAK:
1.Mula-Mula campur bahan inti kecuali kulit dumpling
2.Sedia kan kulit dan letak inti..sapu sedikit air keliling kulit dan bungkus ikut selera
3.Rebus sehingga ayam masak dan toskan..
4.Untuk kuah Tumis bawang putih..bila dah naik bau masukkan air..bila dah mendidih perasakan garam dan lada sulah
5.Sedia kan mangkuk letak dumpling dan tuang kuah sup..
6.Nak lagi sedap tabur sedikit emping cili..sedia untuk Di nikmati
Perkongsian Amran Husni berkaitan cara menyediakan minuman Cappucino di rumah menarik juga untuk kita mencuba sendiri. Maklumlah minuman yang lazat ini, biasanya dijual di cafe-cafe yang ternama dan pastinya harga yang ditawarkan boleh tahan juga harganya.
Bayangkan bila kita sekeluarga teringin merasai kehebatan rasa minuman tersebut, mahu kempis juga dompet dipoket seluar. Jadi apa kata, kita rajinkan diri untuk menyediakan minuman ini dengan mengikut langkah dan cara yang dikongsikan oleh Amran ini.
Ini perkongsiannya:
Dulu masa balik dari Melbourne lawat adik aku grad, aku start gila kopi. “Coffee Culture” kat sana tak sangka sangat besar dan pelbagai sebab banyak Italian, French & Europe yang settle down di sana bawa budaya kopi mereka dan diolah pula dengan budaya hipster Aussie.
So memang banyak kafe-kafe hipster yang jual kopi sedap. Sebab tu Starbuck terpaksa tutup 84 oulet depa. Memang overrated pun Starbuck ni. Dan kebelakangan tahun ni banyak orang Malaysia yang pernah rasai sendiri Coffee Culture di sana balik ke sini dan buka coffee shop yang sangat menghargai rasa kopi yang terbaik. Contoh macam espressolab, artisan coffee dan banyak lagi.
Tapi masalah aku pula kat sini, secangkir kopi mau nak lebih dari RM10. Hari-hari minum dah berapa. So aku google la cara yang ekonomi dan ubahsuai untuk aku enjoi kopi dengan cara yang murah, sedap dan senang. Suka Ahmad Maslan kalau dengar ni.
Ok ini cara nak buat secangkir cappucino yang lazat setanding cafe hispter di luar sana.
Aku beli kopi tesco je. Yang dah siap gilis. Harga yang hitam tu RM18 dan merah RM10. So boleh la buat dalam 30-40 cawan. Terpulang korang nak cari brand dan jenis camana.
Ni namanya french press. Beli kat MR.DIY dalam RM10. Banyak jenis dan yang bagus brand BODUM. Mahal tapi tahan. So bubuh la dalam 8 sudu kecil serbuk kopi. Nak lagi umphh letaklah dlm 10-15 sudu. Ikut selera masing-masing.
Bubuh air panas dalam 80ML. Jangan letak air mendidih nanti kopi akan hangit. Dan kacau guna sudu perlahan. Pastikan guna sudu plastik, kaca dan kayu. Jangan besi sebab boleh jejaskan rasa kopi tu.
Lepas 3-4 minit tekan perlahan-lahan batang tu. Jangan lama sangat rendam kopi tu sebab akan hangitkan rasa kopi tu. Bubuh dalam cawan dan bersihkan french press tu.
Panaskn susu segar. Aku selalu guna goodday fresh milk. Dalam 80ML dan tutup api bila dah nampak susu tu berasap. Jangan sampai mendidih nanti jadi ketulan keju lak.
Tuang dalam french press tu dan kocak susu tu guna penekan tu sampai buih jadi sama dengan kuantiti susu.
Inilah hasil kocakan tadi. Buih sama dengan level susu.
Dan tuang perlahan2 bersama kopi tadi.
Tadaaa…. siap! Tambah la gula satu sudu. Kalau nak rasa manis. Ikut selera memasing k. Nak buat corak mcm kat kedai tu aku xreti la. Janji leh minum masuk tekak aku, settle.
Ekstra Tip
Ini portion kalau nak buat cappucino. So kalau guna 60 atau 80 atau 90 ML espresso, susu n form pun kena level yg sama.