Ayam masak palembang ini jika dilihat sekali pandang, kita akan nampak macam ayam masak kicap. Tapi sebenarnya ia mempunya tekstur kuah yang lebih pekat dan lebih enak rasanya.
Ada yang terasa nak cuba masak?
Mudah sahaja membuatnya, boleh sahaja jadikan menu menyelerakan untuk seisi keluarga. Ikuti sahaja resipi yang dikongsikan oleh Junainna Hussin Chua ini.
Dalam mangkuk besar, pukul gula kastor dan butter hingga kembang.
Setelah itu masukan putih telur, esen vanila, dan krim putar. Gaul hingga sebati.
Masukan pula bahan kering seperti tepung gandum, tepung jagung dan Milo. Gaul dan uli menggunakan tangan hingga menjadi doh.
Alihkan doh daripada mangkuk. Balutkan doh dalam plastik jernih pembalut makanan kemudian rehatkan ia dalam peti sejuk selama setengah hingga satu jam.
Taburkan sedikit tepung sebelum menghamparkan doh tadi. Gunakan kayu penggelek (rolling pin) untuk meratakan doh. Pastikan doh tidak terlalu nipis.
Gunakan penerap biskut pilihan untuk menerap doh tersebut.
Gris atau alas dulang dengan kertas minyak. Susun biskut di atas dulang dan jangan lupa taburkan chocolate rice sebagai hiasan. Kalau nak letak coklat M&M atau hirisan kacang pun boleh juga!
Bakar pada suhu 185ºC selama 20 hingga 25 minit.
Mudah sangat. Siap kudapan buat anak-anak.
Sumber: Ibu Resepi
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Crab stick selain enak dijadikan perencah dalam masakan, sebenarnya sedap dan cukup menyelerakan jika digoreng dengan salutan tepung istimewa yang cukup mudah disediakan.
Ini sebagaimana perkongsian resipi crab stick yang viral di page masakan di Facebook baru-baru ini.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Melihat beberapa keping gambar yang dikongsikan, nyata hidangan yang disediakan itu nampak cukup menyelerakan. Sekali gus membuatkan sesiapa pun teruja dan teringin untuk mencubanya.
Apatalah lagi andai naham-bahan telah sedia ada di rumah dan anak-anak sememangnya gemar makan crab stick, jadi apa kata anda sediakan menu ringkas ini untuk dinikmati bersama-sana.
Cara penyediaan
1. Sediakan telur kemudian gaulkan bersama dengan tepung rangup (bancuhan perlulah tidak terlalu pekat, tidak terlalu cair)
2. Masukkan sedikit garam dan lada sulah ke dalam bancuhan tepung tadi.
3. Siapa nak letak sayur, masukkan sikit brokoli yang dicincang.
4. Menyadur dan menggoreng, warna kuning rangup yang cantik, selesai.
Campur 2 Rempah, Itu Rahsianya Nak Lagi Sedap Masak Kari Daging!
Tidak dinafikan setiap antara kita tentu ada rahsia masakan hingga menjadikan hidangan yang dimasak begitu enak rasanya dan istimewa. Ini seperti dalam menyediakan Kari Daging, dengan adanya gabungan ramuan yang tersendiri menjadikan menu yang dikongsikan oleh Ida Shahida ini begitu menyelerakan dan sudah dapat dibayangkan betapa enak rasanya.
Menurutnya selain menggabungkan dua jenis rempah iaitu rempah kari daging dan rempah nasi beriani, untuk pastikan kari daging nak bagi rasa sedap masukkan sedikit lemak daging atau lemak harimau menangis atau daging harimau menangis. Makan sedap berganda ganda jadinya.
Jadi bolehlah anda cuba sendiri menyediakan menu ini untuk dimakan dengan pelbagai jenis nasi dan boleh juga untuk dimakan dengan ketupat dan lemang di Hari Raya nanti. Apatah lagi menurut empunya resipi, menu ini sangat cepat dan mudah disediakan berbanding rendang.
RESEPI ISTIMEWA KARI DAGING HARI RAYA DARI IDASHAHIDA
Resepinya:
Santan 2 kotak kecil 200ml x2( kalau nak guna hanya sekotak saja pun boleh dan tetap sedap no.1). Caranya santan 1 kotak:
Masukkan 1/2 kotak Santan selepas rempah dah masak masukkan 1 cawan air dan 1/2 lagi dimasukkan sebelum nak masukkan kerisik).
1 serbuk cili allagapas atau 1 sudu besar jika nak pedas
Rempah ini dibancuh kental dengan sedikit air.
5 sudu besar kerisik
1 1/2 cawan air
4 biji ubi kentang -dipotong 4
2 cawan minyak atau lebih untuk rempah masak betul. (rempah bila betul betul masak..akan jadi warna merah dan terdapat minyak di atasnya).
Cara Masak:
1.Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bawang hingga layu.
2.Kemudian masukkan serai, lengkuas dan halia. Tumis hingga berbau wangi dan kemudian masukkan rempah 4 sekawan. Kacau.
3.Masukkan rempah kari. Sentiasa kacau kerana mudah hangus.
4.Bila rempah sudah masak masukkan daging. Masak dengan menggunakan api sederhana. Kacau selama 20 minit sampai air daging keluar semuanya dan keringkan sedikit kuahnya. Pekatkan
Masukkan air 1 1/2 cawan . Dikacau kacau.
Kemudian masukkan 1/2 kotak santan tadi bersama ubi kentang , gula, garam dan kiub ayam/ajinomoto. Ketika ini api sederhana. ( cuba rasa sikit kuah nya – kena bagi kuah dah rasa sedap ketika ini sebab kuah ketika inilah yang amat penting untuk membuatkan daging dan kuah rasa sedap).
Terus dikacau dan biar mendidih 2 -3 kali selama 20 minit atau sampai daging lembut pastu baru masukkan santan yang 1/2 tadi ,kacau kacau. Biar mendidih 2 kali baru dimasukkan 1 kotak santan yang lagi satu tu…biarkan mendidih sekali…bila daging dan ubi kentang lembut dan sedap baru dimasukkan kerisik. Dikacau kacau sekejap.
8.Sekarang dah jadi pekat kuahnya. Rasailah apa yang kurang..sila tambah. Pastikan ubi dan daging telah empuk baru masukkan KERISIK. biarkan 5 minit . pastu baru ditutup api dapur. rasailah dulu apa yg kurang ditambah.SELEPAS MASUKKAN KERISIK KUAH KARI AKAN JADI PEKAT LIKAT DAN AMAT SESUAI DICICAH LEMANG DAN KETUPAT.
Kalau dah masuk kerisik agak dalam 5 minit sila tutup api.
( baru sedap dan pekat likat)
Peringatan penting:
* klu nk kuah banyak tambahlah air 1 cawan lg iaitu sebelum dimasukkan kerisik”
* lepas tu biar mendidih lama sikit supaya ia pekat semula.
* jika last sekali tu ubi kentang dah masak lembut tapi daging belum empuk lagi..sila keluarkan ubi kentang dahulu nanti bila daging dah empuk baru masukkan semula ubi kentang kedLam periuk kari tu….
Masak apa apa pun perlu ada tekniknya supaya rasa sedap dan menyelerakan.
Dah siap…..
** Minyak kena banyak supaya rempahnya masak sempurna baru gulai akan jadi sedap. Nanti bila dah masak boleh buang minyak tu sedikit.minyak tu boleh buat goreng ikan..lagi sedap ikan goreng anda.**
Bukan calang-calang dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi! Siapa sangka Tomok buktikan cintanya pada ilmu tiada penghujung.Bapa kepada tiga orang anak ini,...