Ayam masak merah ini sememangnya sangat sinonim dengan menu kenduri kahwin. Tapi bila kita cuba masak sendiri, rasa tak sama macam makan di kenduri.

Kalau teringin nak makan ayam masak merah ala kenduri tu, ikut saja resipi yang dikongsikan oleh Nor Haidah Md Said di bawah. Menurutnya, menu ini dipelajari dengan arwah ibunya dahulu.

Ads

CARA BUAT AYAM MASAK MERAH ALA KENDURI

Bahan utama:

  • Ayam 1 ekor
  • Kunyit
  • Garam

Bahan kisar:

  • Cili kering 2 genggam (rebus dulu)
  • Bawang besar 1 ½ biji
  • Bawang putih 6-7 ulas
  • Halia setengah ibu jari
  • Belacan setengah ibu jari
  • Buah tomato saiz besar 2 biji

Bahan tumis:

  • 3 sekawan
  • Bawang besar sebiji (hiris)
  • 1-2 batang serai (titikkan)
  • 4-5 helai daun pandan (potong atau simpul)

Ads

Cara-cara memasak:

  1. Gaulkan ayam bersama garam dan kunyit. Kemudian goreng ayam sehingga masak tapi jangan terlalu garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Cedok minyak dari kuali bekas goreng ayam tadi dalam 3 senduk.
  3. Tumiskan dulu bahan tumis sehingga semuanya layu. Kemudian baru masukkan bahan kisar yang sudah dikisar.
  4. Tumis sehingga semua bahan garing dan pecah minyak.
  5. Agak-agak bila nampak minyak dah kurang, tambahkan lagi sedikit minyak.
  6. Bila dah garing, tambahkan gula, garam dan perasa.
  7. Kemudain tuangkan sesenduk susu cair.
  8. Biarkan pecah minyak lagi sekali, tambahkan air kalau terlalu pekat.
  9. Bila dah cukup rasa dan sebati, boleh masukkan ayam yang sudah digoreng tadi dan gaul sekata.
  10. Taburkan hirisan bawang besar.
  11. Kecilkan api, tutup sekejap kuali dan biarkan ayam mereneh bersama sambal.

Ayam Masak Merah Ala Kenduri Cara Orang ‘Lama’, Hidang Dengan Nasi Minyak Memang Ngam!

Ads

Siap untuk dihidangkan! Selamat mencuba.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI