
Masakan bertemakan ayam memang menjadi kegemaran sekeluarga. Tambah lagi, jika nak buat pun mudah.
Begitu dengan perkongsian puan Norhafizan Ezan Sulaiman yang berkongsi resipi ayam masak kicap. Lebih sedap apabila aroma daun kari dan kuah yang pekat tentu menambah selera. Malah resipi ini viral telah dishare lebih 83K.
Mesti best ni. Jom buat lunch hari ni. Bahan-bahan memamg ada di rak dapur.
Rujuk gambar bahan dan cara membuatnya.
Memang mudah dan sedap.
Kredit:Norhafizan Ezan Sulaiman
Kek Marble 5 Bahan Je. Super Mudah Buat!

Mungkin ada di antara kita tiba-tiba tekak ni teringin pula hendak merasa enaknya kek. Hendak dibeli, mana ada kedai kek dibuka pagi-pagi begini. Lagipun bukankah hari cuti sebegini, elok sangat kalau kita dapat sediakan sendiri.
Resipi Kek marble ini contohnya hanya menggunakan 5 bahan yang mudah dan pastinya ada ramuannya telah tersedia di dapur anda.
Nak tahu apa resipinya, ayuh semak satu persatu sebelum kita memulakan ‘aksi’ memasak di dapur. Resipi ini dikongsi oleh Nur Hidayah Dayah Via MAHN.
BAHAN-BAHAN:
1 cawan butter
1 cawan gula
3 biji telur
11/2 cawan tepung kek
Sedikit serbuk coklat
CARA BUAT:
1. Pukul butter dengan gula sampai kembang.
2. Masukan telur, pukul lagi.
3. Last sekali masukan tepung dan bahagi dua adunan. Satu dicampur coklat dan satu lagi asli. Lapiskan adunan dan bakar dalam suhu 190 selama 40 minit.
Menu Pencuci Mulut Unik Untuk Keluarga? Resipi Kek Belimbing Buluh Ni Pasti Sedap Dan Menjadi!

Belimbing buluh sangat dikenali dengan rasanya yang masam dan selalu dijadikan salah satu bahan dalam masakan seperti sambal atau asam pedas. Bukan itu sahaja, buah belimbing buluh ini juga enak dijadikan sebagai jeruk.
Tetapi resipi kali ini sedikit berbeza dan unik kerana buah belimbing buluh ini dijadikan sebagai pencuci mulut iaitu kek. Jika belum cuba mana datang hasilnya, jadi anda sangat disyorkan untuk mencuba resipi yang dikongsikan oleh Anie Ssa ini.
Menurut perkongsian daripada pengguna profil Facebook ini, walaupun kek ini diperbuat daripada buah belimbing buluh namun, rasanya tidaklah masam sebaliknya sedap dan bertekstur sangat gebu. Selamat mencuba!
Kek Belimbing Buluh
Bahan-Bahan:
- 2 cawan buah belimbing
- 4 biji telur gred A
- 11/2 cawan gula
- 11/2 cawan minyak
- 1/2 sudu teh garam
- 1 sudu teh pewarna hijau (blend semua bahan 1-6 ini
hingga sebati) - 2 cawan tepung gandum
- 2 sudu teh soda
Cara-Cara:
– Ayak dahulu tepung kemudian campurkan semuanya hingga sebati.
– Boleh dibakar pada suhu 160° selama 50 minit dan siap dihidang.
Sumber: Anie Ssa
Ni Cara Betul Buat Daging Goreng Kunyit Jadi Basah-basah Sikit. Barulah Sedap!

Tinggal beberapa hari kita umat Islam akan meraikan Raya Haji dan bila sebut sahaja Raya Korban tentunya kita turut terbayang keenakan hidangan berasaskan daging korban.
Mungkin sudah ada difikiran, menu istimewa yang ingin disediakan daripada daging korban yang diterima. Namun buat anda yang masih tercari-cari, resipi yang enak dan menepati citarasa keluarga, apa kata anda cuba sediakan Daging Goreng Kunyit seperti yang dikongsian oleh Dani J Tang.
Sape suka macam ni? Basah-basah sikit. Ni bukan daging korban, saya guna daging dari pasaraya je.
Daging goreng kunyit cara saya
Bahan-bahan:
- Daging hiris ikut suka
- kacang panjang hiris
- Bawang holland hiris
- Cili hiris
Cara Penyediaan:
- Sediakan periuk @ kuali. Letak daging. Hidupkan api. Biar air daging keluar. Masukkan sos tiram & serbuk kunyit.
- Masak sampai empuk. Tambah air jika perlu. Kacau-kacau biar semua sebati dan lembut serata.
- Bila daging dah lembut, air dah kering & tinggal sikit, dia akan terbit minyak dari lemak-lemak daging tu. Kalau nak tambah minyak silakan. Terpulang. Kalau saya memang tak tambah dah sebab tak suka daging jadi garing.
- Masukkan bawang dan kacang panjang. Gaul sebati. Bila bawang dah layu. Masukkan cili.
- Kalau saya, tak perlu garam dah sebab dah guna sos tiram. Rasa lah ye, kalau perlu garam dan gula sila tambah.
Nota : saya doakan sesapa yang nampak post ni senantiasa diberi rezeki kesihatan, rezeki anak-anak, mudah dapat kerja, hidupnya sentiasa tenang, bahagia dan bebas dari hasad dengki.
Sumber : Dani J Tang via MAHN
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club