Ayam Masak Halia Terpaling Simple, Tapi Rasanya Memang Sedap!

Share

Ini satu lagi masakan yang mudah dan menjanjikan rasa yang enak untuk disediakan kepada keluarga tercinta, iaitu Ayam Masak Halia. Masakan ini jika digandingkan bersama telur dadar dan sambal belacan pasti makan bertambah dibuatnya.

Berikut dikongsikan resipinya untuk menyediakan yang dikongsikan oleh Mell Abdul Rahman menu ini bagi yang belum pernah menyediakannya. Untuk yang suka masakan lebih pedas boleh cuba Ayam Goreng Tomyam Pedas

pula.

 

 

RESIPI AYAM MASAK HALIA

BAHAN-BAHAN

Ayam

Bawang putih

Bawang besar

Cili padi

Halia

Daun bawang

Serbuk lada

Kicap pekat

Kicap cair

Sos tiram

Tepun jagung

 

 

Cara Masak :

1.Panaskan minyak tumis bawang besar, halia, bawang putih, cili sampai naik bau.

2.Masukkan ayam dan kacau

3.Masukkan sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Gaul sebati

4.Masukkan garam. Saya letak sikit je chicken stock sebagai penambah. Tak perlu banyak sebab dah ada kicap dan sos tiram. Nanti rasa halia lari.

5.Letak sedikit serbuk lada.

6.Akhir sekali bila ayam pun sudah separuh masak, masukkan tepung jagung yang sudah dibancuh. Gaul sekata dan kecilkan api sehingga ayam masak.

7.Siap.

 

BACA ARTIKEL MENARIK INI JUGA

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club