Ini satu lagi masakan yang mudah dan menjanjikan rasa yang enak untuk disediakan kepada keluarga tercinta, iaitu Ayam Masak Halia. Masakan ini jika digandingkan bersama telur dadar dan sambal belacan pasti makan bertambah dibuatnya.
Berikut dikongsikan resipinya untuk menyediakan yang dikongsikan oleh Mell Abdul Rahman menu ini bagi yang belum pernah menyediakannya. Untuk yang suka masakan lebih pedas boleh cuba Ayam Goreng Tomyam Pedas pula.
RESIPI AYAM MASAK HALIA
BAHAN-BAHAN
Ayam
Bawang putih
Bawang besar
Cili padi
Halia
Daun bawang
Serbuk lada
Kicap pekat
Kicap cair
Sos tiram
Tepun jagung
Cara Masak :
1.Panaskan minyak tumis bawang besar, halia, bawang putih, cili sampai naik bau.
2.Masukkan ayam dan kacau
3.Masukkan sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Gaul sebati
4.Masukkan garam. Saya letak sikit je chicken stock sebagai penambah. Tak perlu banyak sebab dah ada kicap dan sos tiram. Nanti rasa halia lari.
5.Letak sedikit serbuk lada.
6.Akhir sekali bila ayam pun sudah separuh masak, masukkan tepung jagung yang sudah dibancuh. Gaul sekata dan kecilkan api sehingga ayam masak.
7.Siap.
BACA ARTIKEL MENARIK INI JUGA
- “Jangan Namakan Air Katira Kalau Tak Letak Katira”- Dr Kamarul Kongsikan Resipi Originalnya!
- Kuih Ketayap, Ni Resipi Nak Dapatkan Adunan Kulit Yang Cantik Dan Inti Yang Sedap!
- Inti Sedap & Kulit Karipap Rangup, Begini Cara Buat Karipap Daging Kurma!
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club