Ayam Madu Pasar Malam, Masak Dalam Kuali Pun Boleh. Begini Ibu Ni Kongsi Resipi & Tipnya!

Share

“Pagi tadi anak pesan nak makan ayam madu macam kat pasar malam tu. Setakat ayam madu pasar malam tu aishhh mudah yakmat. Korang boleh bakar dalam oven, air fryer atau ala ala BBQ dengan resipi ni. Kakchik buat yang mudah saja, kita masak dalam kuali.”

Begitulah perkongsian seorang ibu ini di media sosial berkenaan keinginan anaknya untuk menikmati ayam madu.

Sudah menjadi lumrah kita sebagai mak-mak ni, pantang kalau anak teringin atau mengidam. Kita usahakan juga untuk sediakan agar mereka dapat menikmati hidangan dari air tangan kita sendiri. Baru puas hati!

Sekiranya keluarga anda juga merupakan penggemar  ayam madu, apa kata anda sediakan resipi yang dikongsikan oleh Umie Watie ini. Selamat mencuba.

AYAM MADU PASAR MALAM

Bahan-bahan:

10 ketul drummet
2 sdb sos cili
2 sdb sos tomato
2 sdb sos tiram
2 sdb sos Lada hitam
2 sdb minyak
2 sdb madu
6 sdb kicap manis

Cara Buat :

Dalam bekas gaulkan semua bahan sampai sebati. Lepas tu boleh simpan dalam peti sejuk. Bila-bila nak makan dah senang.

Masak dalam kuali saja. Masak dengan api kecil. Tutup tudung kuali, sesekali kacau rata supaya ayam kita tak hangit.

Bila nampak sos dah memekat bolehlah matikan api.

Ekstra Tip 

Kalau anda nak bakar di dalam oven atau air fryer pun boleh. Guna suhu 180 dan bakar selama 20 minit.

Tadaaa. Dah siap, esok dah boleh pacak khemah kat tepi jalan. Kita jual ayam madu. Selamat mencuba.

Sumber : Umi Watie 

Jom tonton video menarik adik-adik Bintang Kecil di Scream Park Sunway Lagoon.

Lagi video menarik berkenaan pilihan peralatan dapur yang memudahkan kerja kita di dapur. Sila tonton.

ARTIKEL MENARIK : DIY Rak Tinggi Di Dinding Untuk Tambah Ruang Simpan Barang. Praktikal & Jimat Ruang!

Baca Ini Juga :Rupanya Kalau Ada Ekzema Bukan Makanan Laut Je Kena Pantang, Tapi 12 Jenis Sayur & Buah Ni Juga!

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club