Bila hari-hari masak, akan ada satu hari mak-mak jadi tepu tak tahu nak masak menu apa lagi dah! Tapi, nak tak nak kena masak jugalah untuk makan suami dan anak-anak. Kalau anak beranak tak songeh nak makan apa tak mengapa, ni jenis memilih makanan ni, mak juga yang sengsara!
Yang mana nak masak menu ayam hari ni, tapi buntu nak masak apa, boleh cuba buat menu ayam kicap ala 3 budak gemok yang jual kat luar sana, sekali pakej sambal gesek untuk suami tercinta. Mudah je cara nak buatnya, tapi yang penting kena rajinlah baru jadi! hehe. Jom tengok cara-caranya!
RESEPI AYAM KICAP ALA 3 BUDAK GEMOK DAN SAMBAL GESEK
Bahan A:
1/2 ekor ayam dibersihkan, potong kecil dan gaul dengan garam serta serbuk kunyit. Goreng hingga garing.
Bahan-bahan B: (tumbuk/ kisar sedikt kasar)
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3 biji cili api merah
5 biji cili api hijau
1/2 inci halia – hiris nipis dulu
Bahan-bahan C :
4 sdm sos tiram
7 sdm kicap lemak manis
2 sdb kicap cair
1 sdb karamel masakan
1 sdb gula melaka
1 sdb pes asam jawa
3 tangkai daun kari
Garam (bubuh jika perlu sahaja)
Ajinomoto – optional
Cara-caranya :
1) Gorengkan ayam hingga garing. Ketepikan seketika.
2) Tumbuk atau kisar sedikit kasar bahan² B.
3) Gunakan minyak lebihan goreng ayam tadi tumiskan bahan² tumbuk/kisar hingga kuning.
4) Masukkan bahan² C. Garam letak bila perlu. Kacau 2-3 minit. Sesuaikan rasa. Sekiranya suka agak berkuah masukkan sedikit air.
5) Bila dah cukup rasa, masukkan ayam yg digoreng tadi. Gaul rata. Siap.
RESEPI SAMBAL GESEK 🌶
Bahan-bahannya:
15 biji cili api hijau*
15 biji cili api merah*
1 biji bawang holland size kecil* – potong kasar
3 ulas bawang putih* – potong kasar
Garam dan gula secukup rasa
1 biji perahan limau nipis
Minyak masak untuk menggoreng
Cara-Caranya :
1) Panaskan minyak dan gorengkan semua bahan² yang bertanda *
2) Gorengkan hingga layu dan bawang sedikit kekuningan.
3) Bila dah layu angkat dan tumbuk/ kisar semuanya hingga 90% lumat..
4) Perasakan dengan garam, gula & perahan limau nipis. Sesuaikan rasa. Siap
Untuk tambahan, boleh sediakan side sayur-sayuran yang sesuai dengan menu ayam kicap ini.
Sumber : Rozmaliza Omar
Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, KELGST5 di sini