Ayam Gunting Ala Pasar Malam, 4 Bahan Jer. Tak Payah Beli Lagi, Memang Sedap!

Share

Ayam gunting adalah antara menu kegemaran anak-anak. Rasa sedap rangup dan pedas membuatkan jika makan pasti nak lagi!

Biasanya dibeli ketika di pasar malam atau bazar Ramadan. Sebenarnya nak buat ayam gunting ni mudah. Apa kata buat sendiri menggunakan resipi ini.

Mudah dan sedap. Hasilnya memang macam di kedai.

CARA MASAK AYAM GUNTING RANGUP
“Krup..krup” bila dia masuk dalam mulut.. Ayam gunting, rangup diluar, Iembut dan juicy didalam. Tak susah, guna tepung goreng serbaguna bestari je hihi. Dah takyah g pasar malam petang.

CARA PENYEDIAAN:
-Isi dada ayam yg telah dileperkan
-Tepung serbaguna bestari + 1 sk soda bikarbonat
-Telur + garam-pukul manja je
-Golek isi ayam pada tepung
-celup telor
-golek semula pada tepung
-Goreng dengan minyak panas (tenggelam)

Isi dada ayam 

4 BAHAN JER:

Telur 1 biji, isi dada ayam, tepung bestari dan 1 sk soda bikarbonat.

SIAP! AYAM GUNTING ALA PASAR MALAM

 

Selamat mencuba!
Sumber : Salimah Olie