
Ayam gunting adalah antara menu kegemaran anak-anak. Rasa sedap rangup dan pedas membuatkan jika makan pasti nak lagi!
Biasanya dibeli ketika di pasar malam atau bazar Ramadan. Sebenarnya nak buat ayam gunting ni mudah. Apa kata buat sendiri menggunakan resipi ini.
Mudah dan sedap. Hasilnya memang macam di kedai.
CARA MASAK AYAM GUNTING RANGUP
“Krup..krup” bila dia masuk dalam mulut.. Ayam gunting, rangup diluar, Iembut dan juicy didalam. Tak susah, guna tepung goreng serbaguna bestari je hihi. Dah takyah g pasar malam petang.
CARA PENYEDIAAN:
-Isi dada ayam yg telah dileperkan
-Tepung serbaguna bestari + 1 sk soda bikarbonat
-Telur + garam-pukul manja je
-Golek isi ayam pada tepung
-celup telor
-golek semula pada tepung
-Goreng dengan minyak panas (tenggelam)
Isi dada ayam
4 BAHAN JER: Telur 1 biji, isi dada ayam, tepung bestari dan 1 sk soda bikarbonat.
SIAP! AYAM GUNTING ALA PASAR MALAM
Selamat mencuba!
Sumber : Salimah Olie
Jika Mahu Kekalkan Kerangupan Ikan Bilis, Ikut Petua Mudah Ini

Sebut sahajalah menu apa sekali pun jika berasaskan ikan bilis memang sedap. Meskipun ringkas penyediaannya.
Ikan bilis yang digoreng garing memang enak dimakan dengan pelbagai cara. Boleh dimakan bersama nasi lemak, bubur nasi dan juga boleh dijadikan rencah dalam nasi goreng. Malah jika dijadikan sambal goreng ikan bilis pun tidak pernah menghampakan.
Tapi tahukah anda, ada cara untuk mendapatkan rasa ikan bilis goreng yang enak dan kerangupannya dapat tahan lama? Cuba petua ini.
BAHAN-BAHAN:
Ikan bilis
Cuka makan
CARA PENYEDIAAN:
1. Bersihkan ikan bilis dan masukkan ke dalam bekas.
2. Masukkan cuka dan gaulkan rata bersama ikan bilis.
3. Perap selama 5 minit.
4. Goreng ikan bilis seperti biasa.
Ibu-Ibu Cuba Buat Sendiri Nasi Impit Homemade. Betul Betul Mudah Dan Super Jimat!

Tidak lengkap rasanya jika raya tiada menu yang satu ini. Selain Rendang, Lemang dan ketupat, Nasi impit adalah hidangan yang harus dan wajib dihidangkan di pagi hari raya. Enak dimakan bersama kuah lodeh, rendang, sate dan bermacam-macam lagi.
Pelbagai pilihan nasi impit segera yang dijual di pasaran. Hanya perlu merebusnya dan siap untuk dihidangkan. Tetapi, kalau buat sendiri, akan lebih jimat dan boleh hasilkan dengan banyak. Modal hanyalah plastik tahan panas, beras serta lidi sate. Mudah je!
Jom lihat langkah demi langkah penghasilan Nasi Impit homemade perkongsian dari saudari Rafiza Idayu menerusi grup Masak Apa Hari Ini (MAHN).
BAHAN-BAHAN:
Periuk Bertekanan Tinggi (Pressure Cooker-PC)
• Beras 1 pot = 130g (Saya guna beras Sekinchan Best)
• Plastik saiz 5×8 (5 inci x 8 inci)
• Lidi Sate
CARA MEMASAK:
1. Lubangkan plastik menggunakan lidi sate.
2. Masukkan beras 1 pot = 130g.
3. Basuh beras berkenaan. Masukkan sahaja air dalam plastik yang berlubang tu.
4. Toskan.
5. Lipatkan plastik begini.
6. Lipat kali ke dua.
7. Lubangkan guna lidi sate di bahagian lipatan.
8. Kemaskan plastik dengan menyulam lidi ke dalam lubang yang telah dibuat seperti dalam gambar. Kalau boleh elakkan penggunaan stapler kerana bullet stapler yang kecil dan halus dibimbangi masuk ke dalam makanan yang kita makan. Lagipun mengelakkan bullet berkarat masuk ke dalam makanan kita.
9. Patahkan lidi yang terlebih. Siap! Sedia untuk direbus.
10. Cara nak periksa kandungan beras begini tipnya. Pastikan kandungan beras setengah dari saiz plastik. Paras beras berada di bawah garisan bucu ke bucu plastik.
11. Masukkan air hingga 3/4 periuk.
12. Masak menggunakan api besar selama 45 minit.
13. Selepas 45 minit. Tunggu sehingga semua tekanan dah keluar sendiri, ok dah boleh keluarkan nasi impit kita.
14. Nasi Impit Ekspress. Alhamdulillah, cantik kejadian nasi impit kita.
Tip:
- Bagi anda yang tiada periuk tekanan, boleh juga merebus nasi impit dengan menggunakan periuk biasa sehingga ia kembang dan pejal.
- Untuk periuk saiz 23cm diameter ini bolehlah masukkan 4 ketul nasi impit. Lebih jangan kerana beras akan mengembang. Dibimbangi nasi impit tak cukup terendam.
- Pressure Cooker bukan macam periuk biasa yang kita boleh buka tutup ketika dimasak. Hati hati ketika mengendalikan PC.
- Letak untuk penyejukan nasi impit. Kalau rupa parasnya herot beret semasa merebus, boleh ditekan dan dibetulkan kedudukan segiempatnya. Tekan sahaja ketika panas panas. Insya allah, dah sejuk nanti cantik bentuknya
Sumber: Rafiza Idayu (www.amazingayu.com) via MAHN
Nak Elak Nasi Cepat Basi, Kena Praktik 7 Langkah Ni. Boleh Tahan Sampai Esok!

Sakit hati jika nasi yang kita masak hari ni, esok paginya belum sempat masakkan nasi goreng, nasi sudah pun basi. Geram juga. Mungkin salah ketika mencuci atau beras yang tak berkualiti. Semua ini selalu jadi andaian kita.
Mungkin kah cara atau teknik memasak anda penyebab nasi mudah basi? Apakah petua masak nasi dengan betul untuk mengelakkan daripada cepat basi?
Jom cuba 7 petua masak nasi ini untuk membantu mengelakkan nasi yang dimasak daripada cepat basi.
1. BASUH HINGGA BERSIH
Sesetengah orang kata, jangan basuh nasi banyak kali kerana risau semua nutrisi akan keluar. Walaubagaimanapun, jika beras hanya dicuci sekali, ia cenderung akan menjadi cepat basi.
Apa yang anda boleh lakukan adalah mencucinya dengan betul dan pastikan air bilasan beras betul-betul keluar sebelum mencuci kali lagi buat kali kedua atau ketiga.
Selain itu, anda boleh cuba membuat bilasan terakhir dan memasak nasi menggunakan air dari mesin penapis sekiranya ada di rumah.
2. PASTIKAN PERIUK DICUCI BERSIH
Salah satu lagi penyebab masalah nasi cepat basi adalah kerana adanya kotoran atau nasi yang masih melekat pada periuk yang digunakan. Jika diperiksa dengan teliti pada bahagian dalamannya, mungkin terdapat bahagian yang dikotori dengan karat atau kesan wap nasi. Ini boleh menjejaskan fungsi ‘rice cooker’ dan kualiti nasi anda.
Oleh itu, pastikan anda mencuci periuk nasi dengan bersih setiap kali selesai menggunakannya.
3. PERAHKAN LIMAU NIPIS
Sebelum nasi dimasak, perahkan setengah biji limau nipis ke dalam 2-3 pot beras yang dah disukat dengan air. Jangan khuatir, rasa nasi tidak akan berubah meskipun ia telah ditambah dengan perahan limau ini.
Malah, ia menjadikan nasi lebih harum dan tahan lama kerana keasidannya.
4. HILANGKAN WAP NASI SELEPAS DIMASAK
Apabila nasi dimasak dengan rice cooker, jangan lupa buka penutupnya sebaik saja butang ‘cook’ berubah kepada ‘warm’.
Kais-kaiskan sedikit nasi supaya nasi masak secara rata dan biarkan wap yang terkumpul keluar daripada periuk. Dengan cara ini, nasi tidak akan menjadi lembab. Sebelum menutup semula nasi tadi, lapkan penutupnya dengan kain bersih.
Petua masak nasi ini bukan saja menjadikannya tahan lama, tetapi juga menjadikannya teksturnya lembut dan berderai dengan elok. Seperkara lagi, pastikan anda mencabut plug ‘rice cooker’ sekiranya nasi tidak akan dimakan dalam masa terdekat.
5. MASUKKAN SECUBIT GARAM
Selepas mencuci beras dan menyukat air, masukkan secubit garam ke dalam periuk.
Tujuan memasukkan garam adalah supaya nasi yang masak lebih tahan lama, sedap dan kenyal.
6. PANASKAN PERIUK NASI ATAS DAPUR
Kadang-kadang kita terlupa ada nasi dalam periuk semasa balik kampung. Maka, nasi pun berulat dan berair. Walaupun dah dicuci banyak kali, mungkin bakteria masih ada yang aktif dan menyebabkan nasi mudah basi selepas itu.
Untuk mengatasi masalah ini, pengguna Facebook, Puan Suaida Salehudin menyarankan agar telingkupkan periuk nasi atas dapur, kemudian nyalakan api. Tindakan ini dapat membunuh semua bakteria yang masih tinggal sekaligus menjadikan nasi yang dimasak tahan lebih lama.
Tambahnya lagi, petua masak nasi turun-temurun ini memang berkesan dan nasi yang dimasak takkan basi walaupun dah 2 hari.
7. MASAK AIR DALAM PERIUK NASI
Cara ini mungkin mempunyai fungsi yang sama dengan tips ke-6 di atas.
Isikan air di dalam periuk nasi sehingga penuh. Kemudian, masak di atas dapur gas sehingga air mendidih. Boleh memasukkan beberapa helai daun pandan ketika proses ini. Dapur akan wangi semerbak.
Menurutnya, proses masak air sehingga mendidih di dalam periuk nasi ini tidak perlu dilakukan setiap kali hendak masak nasi. Memadai melakukankannya sekali sebulan untuk menjamin ketahanan nasi.
MUDAH BUKAN?
- Inilah beberapa petua masak nasi yang boleh anda lakukan untuk meningkatkan kualiti dan menjaga ketahanannya. Jadi, tiada masalah lagi kalau anda terlupa menyimpannya dalam peti sejuk.
- Walaubagaimanapun, ia juga bergantung kepada faktor lain seperti suhu persekitaran, teknik sukatan air, dan jenis beras yang digunakan.
- Sekiranya anda mempunyai tips lagi, bolehlah kongsikan kepada kami. Mudah-mudahan dapat dimanfaatkan oleh ramai orang di luar sana.