Makan

Ayam Goreng Tumis Rempah Dengan Bawang, Confirm Anak-Anak Minta Tambah!

Share

Sebut sahaja ayam goreng, anak-anak kita lah yang paling gemar dan teruja. Apa lagi di bulan puasa ini, tak sah kalau tak ada ayam goreng.

Jika anak-anak jemu dengan ayam goreng biasa, apa kata ikut style perkongsian resipi Superdaddy, Khairul Abdullah yang menumis ayam goreng dengan rempah. Memang sedapnya lain macam. Jom cuba!

Goreng ayam gini memang anak-anak suka. Rasa manis-manis pedas gitu. Sedap yakmat.

Bahan-bahan nak kena ada.
½ ekor ayam, dipotong dan digaram kunyitkan dia
2 biji kentang dipotong baji
1 biji bawang besar dihiris nipis
3 tangkai daun kari
1 sudu rempah 3 sekawan
3 ulas bawang putih dihiris nipis
5 ulas bawang merah dihiris nipis
1 inci halia dihiris nipis
1 batang serai diketuk
2 sudu Serbuk Kari Ayam/Daging
2 sudu Serbuk Kari Ikan
3 sudu sos tiram
1 sudu gula
Garam secukup rasa.

Cara nak buat dia:
1. Goreng ayam sampai masak dan ketepikan. Goreng pula kentang sampai keperangan dan ketepikan. Keluarkan minyak dan tinggalkan sedikit sekitar 6 sudu untuk menumis.

2. Tumis hirisan bawang besar sampai garing rangup dan masukkan sedikit daun kari, kacau sekejap dan angkat. Letak atas tisu dapur, biar dia serap minyak.

3. Tumiskan bawang putih, bawang merah, rempah 3 sekawan, halia, serai dan daun kari sehingga harum dan masukkan rempah kari daging dan kari ikan.

4. Kacau cepat-cepat dan masukkan sos tiram. Kacau sebati dan masukkan sedikit air, dan kacau sedikit lagi biar memekat.

5. Masukkan ayam dan kentang lalu kacau sebati. Masukkan sebahagian bawang besar goreng tadi dan kacau. Tutup api dan hidangkan dalam bekas dan taburkan baki bawang besar goreng tadi.

Siap!

Menarik: “Memang Idola, Alif Satar Dipuji Netizen, Ajak Followers Solat Subuh Macam Solat Jumaat Di Masjid!

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club