Ayam Goreng Tomyam Pedas. Cuba Buat Sekali, Rasanya Memang Ramai Suka!
Sekali sekala ingin juga kita mencuba resipi baru untuk memberi kelaian pada menu hidangan harian. Mana tahu hidangan itu boleh menjadi menu kegemaran seisi keluarga.
Jadi apa kata hari ini anda cuba buat resipi yang dikongsikan oleh Nurul Ateekah iaitu Ayam Goreng Tomyam Pedas. Lihat sahaja warna sambal tomyam yang dimasak sudah menampakkan rasa enak hidangan ini.
Jadi untuk ketahui keenakan rasanya, di sini dikongsikan resipi untuk dijadikan panduan.
RESEPI AYAM GORENG TOMYAM PEDAS
Ayam 1 ekor (dipotong dan dibersih)
5 sudu besar cili kisar
1@2 paket perencah tomyam
8 batang cili padi merah
8 batang cili padi hijau
1 batang serai(dihiris serong)
4 helai daun limau purut
Ads
1 biji tomato (dibelah 6)
1 labu bawang besar (dipotong bulat)
5 ulas bawang putih(dihiris)
2 cm lengkuas (dipotong)
Lobak merah(tambahan)
½ cawan air
2 sudu besar SOS tiram
2 sudu besar SOS ikan
Serbuk perasa(jika perlu)
Garam Dan gula(jika perlu)
Ads
CARA MEMASAK
1)Masukkan minyak masak secukupnya untuk mengoreng ayam. Lumurkan sedikit kunyit dan garam pada ayam dan goreng sehingga masak.
2) Gunakan minyak yang sama(keluarkan sedikit minyak untuk menumis bahan2 tomyam)
3) Tumiskan bawang putih,bawang merah,serai,daun limau purut dan lengkuas. Masak sehingga naik bau dan kekuningan.
Ads
4) Masukkan cili kisar dan tumis sehingga masak dan pecah minyak.
5)Kemudian,masukkan perencah tomyam,cili padi,sos tiram,sos ikan dan tambahkan garam dan serbuk perasa(Jika perlu) serta gaul rata.
6)Akhir sekali,masukkan lobak merah,ayam yang telah digoreng dan air ½ cawan..biarkan ianya merenih sebentar dan sedikit kering.
Bukanlah tidak berjaya menghasilkan Nasi Ayam yang enak tetapi mencuba resipi baru yang rasanya lebih enak dan sedikit berbeza pastinya buat semua ibu-ibu teruja untuk mencuba. Lebih-lebih lagi anak-anak suka makan Nasi Ayam yang mudah dan berkhasiat.
Perkongsian Puan Rafiza Idayu di facebooknya pernah mendapat sambutan yang cukup luar biasa. Dia yang menggunakan resipi perapan ayam yang diadaptasi daripada resepi masterchef yang pernah berkhidmat di Istana Buckingham. Berikut merupakan petua dan rahsia yang diberikan olehnya.
RESIPI NASI
BAHAN-BAHAN:
Beras
2 ulas bawang putih
1 inci halia
Kiub pati ayam
Bay leaf (atau daun pandan) – untuk wangi
Lemak ayam
Air rebusan ayam
Serbuk kunyit
CARA MEMASAK:
Asingkan isi ayam dan lemak ayam. Lemak ayam inilah sebenarnya ‘the ultimate secret’ dalam pembuatan nasi ayam. (Lebih mujarab, gunakan lemak di bahagian bontot ayam.
Panaskan lemak ini dalam periuk nasi hingga keluar minyaknya. Asingkan lemak ayam untuk proses seterusnya.
Buang lemak yang tertinggal dan masukkan bawang putih dan halia yang telah ditumbuk halus.
Masukkan bay leaf dan kiub pati ayam.
Masukkan beras, biarkan masak sebentar dan kemudian masukkan air rebusan ayam.
Biarkan nasi hingga masak.
RESEPI PERAPAN AYAM
BAHAN-BAHAN:
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
3 sudu makan madu
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan minyak bijan
Sedikit lada sulah
RESIPI SAMBAL
BAHAN-BAHAN:
6 biji cili merah
2 ulas bawang putih
1 sudu makan jus limau nipis
Sedikit halia (anggaan 1 ruas jari kelingking)
4 sudu makan gula
1 sudu kecil garam
Air rebusan ayam 3/4 cawan (200ml)
1 sudu kecil tepung jagung yang dilarutkan dengan 2 sudu air
Rahsia Mendapatkan Ayam ‘Juicy’
Masak air hingga mendidih.
Apabila mendidih, barulah dimasukkan ayam.
Tutup periuk (wajib) dan masak hingga 5 ke 6 minit.
Guna api yang besar.
* Air rebusan ini akan digunakan untuk membuat sup ayam dan masak nasi. Tujuan kita menggunakan air mendidih sebab kita nak perangkap jus ayam kekal di dalam daging ayam tersebut. Pastikan air yang banyak hingga tenggelam ayam.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ayam panggang atau ayam percik sememangnya menjadi pilihan keluarga. rasanya yang enak selain kurang kolestrol dibandingkan dengan ayam goreng juga faktor disukai.
Namun, kena hati-hati dalam memilih ayam panggang. Bimbang boleh memudaratkan diri. Dr Zubaidi Hj Ahmad kongsikan pandangan Khanafi Mohd mengenai hal ini.
Hati-Hati Memilih
Jika anda sedang menikmati hidangan dan mendapati daging ayam masih merah dan ada kesan darah, hentikan, JANGAN MAKAN!
Daging ayam mentah mengandungi pelbagai jenis patogen yang boleh menyebabkan jangkitan penyakit.
Dalam kes yang ringan, kita mungkin mendapat gejala sakit perut, muntah dan cirit.
Ada kes serius melibatkan kematian apabila kuman ini masuk kedalam saluran darah manusia dan merebak ke seluruh tubuh. Situasi ini dinamakan sebagai “bacteremia”.
Sekiranya kita ‘sayang’ dan masih mahu makan daging tersebut, masak semula sehingga suhu daging mencecah 74° C.
Jika kita makan di restoran, jangan teragak-agak untuk pulangkan menu tersebut untuk dimasak dengan sempurna.
Bulan Ramadhan ini, ayam percik dan ayam panggang selalu ada masalah seperti ini.
Hati hati ya teman-teman semua.
Tanda-tanda ayam tidak dimasak sempurna:
✅ Daging berwarna kemerahan ✅ Kesan darah di antara sendi tulang ayam ✅ Berbau hanyir & berlendir ✅ Daging berbeza tekstur ✅ Suhu dibahagian dalam daging lebih sejuk
Credit: Public Health Malaysia
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Umumnya bila kita telah mencuci ayam yang dibeli, kita akan simpan di dalam peti sejuk sekali gus di dalam bekas atau pun ada juga yang praktiskan diasing mengikut kuantiti yang diingini di dalam beberapa plastik zip lock.
Namun bila terlalu banyak pembahagian di dalam bekas-bekas plastik tersebut, menjadikan ruang penyimpanan padat. Bahkan tidak dinafikan bukan murah juga harga plastik zip lock tersebut.
Tidak dengan itu, agak susah juga untuk kita leraikan potongan ayam yang telah disimpan di dalam bekas tersebut hingga memerlukan kita merendam terlalu lama.
Namun tahukah anda ada cara lebih praktikal dan menjimatkan di mana anda bila menyimpan ayam dengan cara yang dikongsikan oleh salah seorang pengguna TikTok Roseaffi ini.
Cara Simpan Ayam Paling Mudah & Jimat!
Menerusi video yang dikongsikan di laman sosial TikTok, Rose Afifi berkongsikan cara simpan ayam yang mudah bagi mereka yang bekerja.
Cara-caranya:
Cuci ayam dengan bersih dan toskan.
Ambil kertas pembalut makanan, lipat dua. Pastikan bahagian luar yang ada lapisan plastik.
Letakkan pembalut ketas dalam bekas. Susun atas di atas kertas pembalut tersebut.
Susun atas di atas kertas pembalut tersebut.
Lapikkan lagi kertas pembalut makanan jika masih ada ruang untuk letak ayam.
Tutup bekas yang berisi ayam dan sedia untuk disimpan di dalam peti ais.
Hasilnya, ayam mudah untuk dikeluarkan. Tak perlu rendam air. Selamat mencuba!
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Tentu ramai yang gemar makan buah naga merah atau putih. Namu tahukah anda bahawa ini sebenarnya ada perbezaanya khasiat.Nak tahu lebih lanjut ikuti perkongsian...