Ayam Goreng Salutan Tepung Berkerinting Ala-ala KFC. Ni Cara Buatnya Nak Lebih Crunchy!
Memancing selera tetamu cilik yang bertandang di Hari Raya tidaklah sukar jika dihidang ayam goreng. Makan begitu sahaja sudah membuatkan anak-anak makan berselera, pun begitu jika digoreng dengan salutan tepung yang terlihat ‘berkerinting’ menambah lagi keterujaan untuk dijamah dan seakan sudah dapat membayangkan keenakan rasa ayam goreng tersebut.
Jadi untuk itu, ketahui rahsia untuk membuat ayam goreng yang rangup dan menyelerakan yang sekali pandang seperti ala-ala ayam KFC. Ini sebagai mana yang dikongsikan oleh Mimi Diana.
Bahan perap :
Kunyit
Stok ayam maggi
Bahan salutan ayam :
Tepung gandum
Tepung bistari
Langkah 1 : Gaulkan ayam yang telah dibersihkan dengan serbuk kunyit
Langkah 2 : Perasakan dengan stok ayam pekat. Perap buat seketika. (Boleh beli online di sini)
Langkah 3 : Campurkan 1 cawan tepung gandum dengan ½ cawan tepung bistari.
Langkah 4 : Kemudian ambil ayam yang telah diperap tadi dan salut ayam tersebut dengan tepung yang digaul sebati.
Langkah 5 : Sediakan air di dalam mangkuk, dan kemudian masukkan ayam bersalut tepung ke dalam air buat beberapa saat.
Langkah 6 : Kemudian salut sekali lagi dengan tepung sampai nampak kerinting-kerinting. Boleh ulang beberapa kali proses rendaman dalam air dan salut dengan tepung untuk hasil kerinting-kerinting yang lebih banyak.
Langkah 7: Goreng ayam dengan api sederhana sehingga kekuningan.
Langkah 8 : Siap dan sedia untuk dinikmati.
BACA ARTIKEL MENARIK INI JUGA
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club