Dah buntu nak masak apa? Yang pasti nak masak untuk tarik minat anak makan lagi lah susah!
Apa kata cuba resipi ayam goreng salut tepung yang sedap dan berkerak cantik ni! Sebijik rasanya macam ayam goreng kat kedai. Bezanya, nak makan tak payah pergi beratur nak beli, buat zupp zapp dah siap boleh makan! Dijamin puas hati jika dibuat ikut resipi di bawah ini.
Lagipun cara membuatnya sangat senang hanya menggunakan lima bahan termasuk ayam tanpa perlukan telur. Jom cuba!
Bahan-bahan:-
Ayam
Tepung Bestari (pedas)
Tepung Gandum
Tepung Beras
Serbuk cili
Cara-caranya :-
1) Ayam dicuci sehingga bersih dan di sejat atau tos kan dahulu
2) Campurkan tepung bestari, tepung beras, serbuk cili dan air (jangan pekat sangat/cair) – Bancuhan basah
3) Perapkan ayam bersama dengan bersama bancuhan tepung selama sejam dalam peti ais
4) Campurkan dengan sekata tepung bestari, tepung beras, tepung gandum dan sedikit serbuk cili tanpa air.- Bancuhan kering
5) Gaulkan ayam yang diperap tadi bersama bancuhan tepung yang kering.
6) Minyak harus banyak dan dipanaskan terdahulu sebelum mengoreng. Goreng sehingga kelihatan kekuningan dan siap untuk dihidangkan.
Sumber : Lina Liyana
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club