Ayam Goreng Rangup Bersos Ala Korea Versi Super Daddy. Mudah Je, Hanya Guna Bahan Di Dapur!

Share

Annyeonghaseyo! Siapa pernah makan ayam korea? Rasa ayam dengan sos korea yang pekat ditaburi dengan bijan, memang teringat-ingat rasanya!

Disebabkan nak keluar susah sekarang takut terjangkit dek covid, jom buat sendiri ayam korea resipi dari Super Daddy Khairul Abdullah. Jom cuba!

Inilah maksud sebenar sedap hingga menjilat jari. Memang confirm kau akan jilat jari waktu makan Ayam Goreng Rangup Bersos Homemade Ala Korea ni.
Awat lah sedap sangat sos dia tu, haishhh.
Jomlah, aku tulis resipi terus, tulis cerita panjang pun korang bukan nak baca.Ayam Goreng Rangup Bersos Homemade Ala Korea

Ayam Goreng Rangup Bersos Homemade Ala Korea

Bahan-bahan diperlukan:
Untuk ayam goreng rangup:
7-10 ketul kepak ayam atau drummet atau keduanya sekali. Bersih dan toskan.
3 ulas bawang putih.
1 inci halia.
1 sudu lada hitam.
6 sudu tepung gandum.
2 sudu tepung jagung.
Sedikit garam.
Untuk Sos Homemade Ala Korea
2 ulas bawang putih diketuk.
4 sudu sos tomato.
1 sudu serbuk cili atau paprika.
1 sudu kicap manis.
1 sudu madu.
1 sudu gula perang/gula melaka.
1 sudu bijan.

Cara nak buat dia:
Ayam goreng.
1. Sagat bawang putih dan halia ke dalam ayam dan taburkan sedikit garam dan lada hitam. Gaul sebati dan perap dalam 30 minit.
2. Campurkan tepung gandum dan tepung jagung dan gaul sebati. Ambil ayam satu demi satu dan salutkan dalam tepung tersebut.
3. Goreng ayam sampai kuning keemasan dan angkat. Biarkan sejuk seketika dan goreng semula kali kedua biar sampai perang. Kena goreng 2 kali untuk dapatkan kerangupan yang best.
Senang buat 2 batch, goreng batch pertama, angkat dan sejukkan dan goreng batch kedua. Dah siap batch kedua masukkan balik batch pertama tadi dan goreng sampai keperangan.
Siap.
Untuk sos pula.
Tumis bawang putih dengan sedikit minyak sampai naik bau dan masukkan sos tomato, kicap, serbuk cili/paprika, 3 sudu air dan gula perang/melaka. Kacau sampai didih dan masukkan madu. Kacau sampai pekat.
Siappppp.
Tuang sos atas ayam dan gaul sebati biar bersalut semuanya. Kemudian taburkan bijan.
Taraaaaa.
Aku tak masukkan paprika dan serbuk cili, sebab tu kurang merah. Maklumlah nak makan dengan anak-anak, maka taknak lah pedas kan.
Nanti jenuh depa makan bersulam air.
Biar aku sahaja,
Cintai kamu bersulam rindu.