Ayam Goreng Kunyit Nak Bagi Sedap Macam Orang Jual, Ni Caranya. Memang Boleh ‘Ketagih’ Anak Beranak Makan!

Share

Menu ayam goreng kunyit, menu ringkas yang bukan sahaja anak-anak menggemarinya malah kita sebagai orang dewasa juga cukup menyukai menu nan satu ini. Apatah lagi jika dimakan bersama sambal dan kicap lemak manis. Cukup sempurna gabungan rasanya!

Pun begitu, sering juga kita berasa hampa saat menyediakan menu ini bila mana rasanya tidak sebagaimana dijual digerai-gerai. Mungkinkah ada ramuannya yang tersendiri?

Membongkar apakah ramuan dan cara memasak hingga dapat menghasilkan rasa ayam goreng kunyit yang enak, perkongsian daripada Haja Saleh ini diharap dapat membantu.

Ayam goreng kunyit mudah, sedap ! 

Lama betul tak share resipi kan. Ayam Goreng kunyit ni kira feveret anak anak termasuklah bapak dia sekali, senang cepat tapi tetap sedap!

Jom cuba resipi ni 

Bahan bahan untuk ayam

600 gm dada ayam (dipotong dadu)
15 gm tepung jagung
10 gm tepung beras
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk kari
Satu kiub ayam
Sedikit air
Sedikit garam. Tak perlu Banyak. (sebab dah ada kiub ayam tu )

Perap dada ayam sekejap sebelum goreng dengan minyak yang secukupnya. (Biar sampai ayam tenggelam dalam minyak sepenuhnya)

Cara caranya:

Goreng ayam sampai masak.Masukkan carrot, bawang dan kacang panjang. Angkat dan toskan.

 

Bahan untuk sambal

5 biji cili merah
6-10 biji cili padi merah (dalam ni haja guna cili padi hijau je sebab merah yilek)
Sedikit belacan
Sedikit gula
Sebelah tomato potong dadu boleh tumbuk sekali.

Dah agak halus bahan-bahan kat atas boleh masak sekejap atas API. Ambik sedikit minyak goreng ayam tadi. Masak sekejap Dalam 5-8 minit.

Siap!

Boleh makan dengan nasi panas renjis-renjis kicap . Walahhhh sedap terangkat lagi-lagi kalau sambal tu pedas BERAPI.

selamat mencuba resipi SEDAP MUDAH ni

sumber : Haja Saleh