Ayam Goreng Cili Halia Masam Manis. Rasanya Sedap & Mudah Sangat Cara Buatnya!

Bila hari-hari memasak untuk keluarga, siapa kata tak kering idea dibuatnya.  Itu yang kadang-kadang termenung depan peti ais untuk memikirkan menu. Sudahnya menu yang paling simple juga jadi pilihan.

Jadi untuk menu hari ini, jangan fikir panjang lagi jom buat resipi ayam goreng cili halia masam manis yang dikongsikan oleh Ryna Kharysta.  Cara penyediaannya cukup mudah dan yang penting dijamin rasanya menepati selera anda sekeluarga.

Ayam Goreng Cili Halia Masam Manis. Rasanya Sedap & Mudah Sangat Cara Buatnya!

Ayam Goreng Cili Halia Masam Manis

Bahan-bahan:

1/4 ekor ayam -potong kemudian gaulkan dnegan garam, kunyit dan goreng

3 biji bawang merah – sederhana besar

2 biji bawang putih

Ads

1 inci halia

1/2 inci belacan

4 biji cili merah

6 biji cili padi

1 atau 2 keping asam keping

1 sudu teh sos tiram

Ads

1 sudu teh cuka

1 sudu teh sos ikan

1 batang serai – di ketuk

Hirisan bawang besar

Minyak

Ads

Garam dan gula secukupnya

Cara memasak:

  1. Kisar bawang merah/ putih, halia, cili padi, cili merah dan belacan.
  2. Masukkan dalam minyak yang dipanaskan guna api sederhana dan goreng hingga naik bau.
  3. Masukkan sedikit air supaya tak kering sangat sambil masukkan garam.
  4. Kacau sekejap dan masukkan gula 1/2 sudu teh saja serta sedikit gula.
  5. Masukkan pula sos ikan, sos tiram, asam keping, cuka dan serai yang diketuk tadi. Goreng sampai naik bau kalau kering sangat letakkan air sedikit mengikut keadaan.
  6. Masukkan ayam dengan hirisan bawang besar gaul sehingga bawang tu layu & boleh padamkan api.
  7. Siap untuk dihidang!

Baca artikel menarik lain di sini:

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Ayam Goreng Cili Halia Masam Manis. Rasanya Sedap & Mudah Sangat Cara Buatnya!

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI