
Isi Kandungan
ToggleAyam goreng berempah sememangnya menjadi pilihan bila kita menjamu selera di restoran mamak. Kombinasi rasa rempah dan isi ayam yang digoreng rangup, memang enak sekali dinikmati bersama nasi panas.
Bagi anda yang sukakan menu ayam goreng ala kedai mamak, resipi perkongsian Umi Watie ini tentunya harus dicuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
Resipi Ayam Goreng Berempah
Bahan-bahan:
Ayam secukupnya
Telur
Serbuk kunyit
Serbuk Kari
Daun kari
Tepung jagung
Garam
(sukatan bahan bergantung pada jumah ayam yang digunakan. Ubah suai mengikut cita rasa masing-masing)
Rangup & Juicy, Simpan Sampai Malam Pun Masih Sedap
Cara memasak:
1.Satukan semua bahan di dalam bekas bersesuaian Gaulkan semua bahan sampai sebati.
2. Perapkan ayam dalam peti sejuk seketika. Nanti bila sudah sedia untuk dimakan, baru goreng supaya boleh dinikmati panas-panas.
3. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng ayam sampai garin menggunakan api perlahan sahaja.
4. Bila ayam sudah garing sempurna, angkat dan toskan minyaknya.
5. Ayam Goreng Rempah Sempoi sedia dihidangkan bersama nasi putih ataupun nasi berperisa seperti nasi goreng.
6. Tekstur isi ayam selepas digoreng. Lembut dan juicy. Sedap!
Kredit resipi & foto: Umi Watie
‘Mood’ Ketuhar Berbeza-beza, Kenal & Fahamkan Barulah Dapat Membakar Elok!

Kalau tak kenal ragam oven sendiri itu ruginya, sebab bila membakar kek atau biskut tidak sempurna masaknya.
Rungutan seperti masak kek atau biskut mesti hangus, tak pun ada juga terjadi kadang-kadang tak berapa masaklah, kek tak mahu naiklah dan macam-macam lagi. Walhal, ikut resipi bulat-bulat, tetapi tetap juga tidak menjadi.
Kenapa ye?
Masalah-masalah sebegini memang biasa dihadapi terutama buat kita yang kurang pakar dalam memasak kek atau biskut. Hinggakan ada yang mengatakan menyediakan hidangan kek atau pastri ini sangat leceh dan tidak semua boleh menyediakannya. Skil memasaknya tidak sama dan perlu dipelajari.
Untuk itu, Shahidan Shuib yang berpengalaman memasak kek telah kongsikan beberapa tip. Semoga ia bermanfaat dan sedikit sebanyak menjadikan kita lebih berilmu dalam penyediaan hidangan pastri ini. Jom cuba!
- Beli penanda suhu termometer (klip)
Walaupun setiap ketuhar/oven kita telah disertakan dengan alat penunjuk suhu ketuhar di luarnya, sebenarnya kita tidak boleh percayakan sangat penunjuk aras ketuhar tersebut. Mungkin, kita sudah membetulkan suhu kepada 170 darjah Celsius tetapi dalam ketuhar tersebut belum lagi sampai kepada 170 darjah tersebut. Atau, yang lebih teruk suhu di dalam sebenarnya melebihi 180 darjah Celsius, terlebih panas.
Oleh itu, letakkan penanda suhu di dalam dan pastikan berada di tengah-tengah. Cara ini mungkin menyelamatkan kek dan pastri anda daripada menjadi terlalu kering ( satu atau dua darjah Celsius memang mempengaruhi tekstur kek sama ada terlebih garing atau kurang masak (underdone).
- Kenali ‘hotspots’ oven
Apakah itu? Tempat atau lokasi dalam oven yang mempunyai kepanasan yang tidak setara. Untuk menguji di manakah hotspots dalam ketuhar kita, kita uji dengan membakar roti kita. Susunkan kepingan roti. Dalam suhu kepanasan 180 – 190 darjah Celsius, bakar roti kita sekitar 7 minit. Atau, lihat dengan kerap kegaringannya.
Kemudian keluarkan dan lihat kepingan roti yang mana satukah yang terlebih hangit, garing dan yang mana menerima haba yang sekata?
Saya buatkan ujian ini pada oven ‘built in’ saya, bahagian hadapan sebelah kiri nampaknya menerima kepanasan yang lebih daripada tempat lain. Jadi, akan datang saya akan pastikan adunan kek saya diletakkan lebih jauh ke belakang sedikit. Cara ini membantu saya untuk meletakkan loyang kek besar atau kecil berdasarkan pengetahuan saya yang tahu ‘hotspot’ dalam oven saya.
Ekstra tip lagi tentang ketuhar
- Sentiasa panaskan oven sebelum membakar kek dan pastri. Ini adalah peraturan paling asas. Jika kita siapkan adunan kek kemudian baharu masukkan ke dalam oven kemudian baru mahu panaskan oven, ini akan menyebabkan tekstur luar lebih keras dan dalamnya mungkin kurang masak.
- Sentiasa letakkan kek betul – betul di tengah rak dalam ketuhar. Kepanasan suhu lebih setara dan seimbang.
- Sentiasa menggunakan api atas dan bawah, kecuali jika resipi meminta hanya menggunakan api atas sahaja, atau api bawah sahaja. Contoh, ada beberapa resipi cheesecake yang meminta menggunakan api bawah sahaja untuk mengelakkan permukaan kek merekah. Mengapa menggunakan api dan atas bersekali? Supaya kepanasannya seimbang.
- Loyang hitam lebih panas berbanding loyang yang berwarna cerah. Ingat itu. Penyerapan haba lebih pantas. Jadi, mahu buat biskut/cookies selalu gunakan talam/tray hitam atau perak? Ingat tentang ini.
- Bawah 160 darjah ia menunjukkan suhu yang kurang panas. Sesuai untuk bakar kek yang memerlukan suhu rendah seperti kek keju, atau kek yang tekniknya ‘slow baking’. Selalunya, resipi kek kebanyakannya dibakar menggunakan suhu 170 darjah Celsius ke atas sehingga 180 darjah selsius. 200 darjah ke atas selalunya digunakan untuk membakar muffin atau kek chiffon. Suhu ini amat panas.
Sumber : Shahidan Shuib
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Nak Buat Garlic Crispy Sedap & Goreng Tak Pahit, Ni Caranya!

Menikmati bawang putih yang digoreng rangup sering membuatkan selera terbuka bahkan tidak dinafikan bawang putih juga mempunyai khasiatnya dalam kesihatan tubuh badan kita.
Jadi untuk menyediakan gorengan bawang putih yang rangup dan tidak pahit digoreng, ada tips dan rahsianya.
Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Masfaliza dan bolehlah diikuti langkah demi langkahnya. Selamat mencuba.
Resepi Garlic Crispy Cik Ayu
Musim covid 19 ni elok makan bawang putih banyak-banyak untuk tambahkan imun badan kita. Cik Ayu halalkan resepi ini dan semoga kita dilindungi olehNya
Bahan-bahannya :
Minyak masak, bawang putih, ikan bilis, garam, serbuk perasa jenama Hilal, penyagat brand tupperware.
Cara buat :
STEP 1: Relaikan bawang putih dan rendam selama 20-30 minit untuk mudahkan proses buang kulit bawang nanti.
STEP 2 : Pilih yang besar-besar senang kerja dan hasilnya nanti garenti puas hati.
STEP 3 : Sagat guna speedy mando ni brand tupperware.
STEP 4 : Rendam dengan garam halus selama 15-20 mimit dan diramas-ramas manja gitew untuk buangkan rasa maung bawang putih tu.
STEP 5 : Bilas dengan air paip selama 3 kali. Selepas itu letakkan di dalam jaring yang berlubang halus untuk buangkan lebihan tadi. Jemur seketika, tidak perlu tunggu sampai betul-betul kering. Memadai air itu sudah kering sahaja.
STEP 6 : Goremg dengan minyak yang banyak dan panas. Api kena besar dan bila dah agak-agak dah hampir masak, kecilkan api. Bila bawang dah tukar warna keemasan cepat-cepat angkat. Jangan tunggu sampai warna bawang jadi coklat sebab nanti bawang tu rasa pahit.
STEP 7 : Sejukkan dalam dulang. Bila sudah sejuk nanti bawang ni sendiri akan terlerai. Jangan cuba untuk relaikan bawang ketika masih panas. Bawang akan jadi hancur, taburkan sedikit serbuk perasa hilal untuk rasa lebih sedap. Tak letak pun tak apa.
STEP 8: Goreng ikan bilis. Bila da sejuk gaulkan bersama bawang putih tadi.
Bila dah betul-betul sejuk boleh campurkan ikan bilis dan bawang putih, simpan di dalam bekas kedap udara.
Sumber : Masfaliza Ab Jaafer via MAHN
Petua Mudah Tempoyak Tahan Lama & Tak Berkulat, Barulah Rasa Selamat Nak Buat Stok Banyak-Banyak!

Bila dah datang musim durian ni, hantu durian takkan lepaskan peluang makan raja buah itu bersungguh-sungguh. Maklumlah, buah-buahan bermusim kan? Bila dah datang kenalah manfaat sebaiknya. Hehe.
Dalam dok menikmati durian, pasti anda akan jumpa beberapa buah yang tak berapa elok isinya kan? Mungkin rasanya tawar, atau terlajak lembik. Haaa isi durian begini jangan dibuang pula, sayang tau! Apa kata buat jadi tempoyak. Bila nak makan tinggal masak je ikut menu yang kita suka. Paling tidak, gaul dengan sambal belacan pun sodap!
Yang mana first time nak buat tempoyak tu, boleh cuba cara ni!
RESIPI TEMPOYAK
Bahan-bahan:
Durian
Garam
Cara-cara:
1. Asingkan durian dengan bijinya. Yang ini tempoyak masam tau. Kalau tak nak masam, selepas asingkan biji dengan isi terus simpan dalam bekas dan letak dalam peti sejuk.
2. Masukkan di dalam penapis.
3. Toskan dan biarkan 2 malam. Letak di luar peti ais.
4. Masukkan garam secukupnya jangan terlalu masin. Gaul rata.
5. Akhir sekali simpan dalam balang. Boleh letak penuh sebab gas dia dah keluar. Sebelum tutup bekas, tabur sedikit gula.
Boleh simpan dalam peti ais atau kat luar. Selamat mencuba!
Sumber: Mayang Suri
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!