Ayam Goreng 65 Tanpa Guna Pewarna, Ni Ramuannya Untuk Nak Nampak Menyelerakan!

Share

Ayam Goreng 65? Mungkin ada yang tertanya-tanya mengenai resipi yang dikongsikan oleh Sheena ini.

Namun hakikatnya ayam goreng 65 ini cukup enak dan biasanya dimasak menggunakan pewarna untuk menampakkan ayam goreng terlihat kemerah-merahan.

Namun, melalui perkongsian resipi daripada Sheena ini cukup menarik perhatian bilamana penyediaan ramuan tidak menggunakan pewarna dan hanya rempah-rempah tertentu dan hasil gorengan ayam  memang nampak cukup menyelerakan.

Nak tahu lanjut  bahan-bahan yang digunakan, jom semak perkongsian daripadanya.


Hi kwn2… hari ni sy share recipe…
CHICKEN 65 (tanpa pewarna). Biasanya kat kedai warna dia mcm merah2 sikit sbb add food colouring. Kalau nak letak colour blh jugak no problem…

Bahan-bahan:

2 tbsp ginger garlic paste/2sb b.putih n halia kisar
1 tbsp fennel powder/ 1sb serbuk jintan manis
1 n half tbspn coriander powder/ 1 setengah sb serbuk ketumbar
1 teaspn turmeric powder/ 1sk serbuk kunyit
2 tbspn chilli powder/ 2sb serbuk cili
1tbspn kashmiri chilli powder/ 2sb s.cili kashmiri

Salt as needed
Masukkan 2sb tairu/yogurt (saya lupa add)optional)

1sb serbuk lada putih

Mix well

Tutup dgn aliminium foil atau masukkan dlm bekas kedap udara. Simpan dlm peti sejuk. Perap minimum 1jam maximum semalaman. Saya perap 4jam.

Selepas perap. Saya masukkan 2sb tepung jagung dan 1 sb tepung beras
Masukkan Daun kari

Panaskan minyak banyak sikit. Api slow biar minyak betul-betul panas. Lebih kurang 5min. Apabila minyak betul-betul panas. Masukkan ayam dan naikkan api medium.

Lepas masukkan ayam. Jangan kacau untuk 2mins. Lepas tu pusing sebelah lagi dan biar 2min. Ulang step ni untuk seminit @2minit. Total masa untuk masak ayam ni dalam 5 to 7min je.