Kalau tiba-tiba terasa teringin hendak masak ayam atau daging yang sedia ada di dalam peti sejuk mesti leceh jadinya bukan? Maklumlah, terpaksa  menunggu lama untuk dinyah bekukan sebelum boleh dimasak.

Bahkan hingga ada yang tidak sabar, segera pula dicurahkan air panas atau pun paling tidak terpaksa direndam  untuk satu tempoh yang panjang.

Pun begitu, mungkin belum ramai yang tahu tentang satu perkakasan ini yang berfungsi mempercepatkan proses nyahbeku dilakukan

Ia berupa tray yang cukup ringan namum berfungsi sangat efektif dan memudahkan ibu-ibu yang hendak memasak hidangan tanpa perlu menunggu terlalu lama untuk ayam atau daging lembut setelah di keluarkan daripada leti sejuk.

Untuk lebih jelas, ikuti perkongsian daripada puan Huda Zainal ini. Jom baca.

Benda alah ni suami belikan masa #PKP. Serious memang sangat berguna sangat untuk yang jenis tak decide nak masak apa.

Ilham nak masak apa tu datang last minit. Tambah dengan tak ada microwave di rumah.

Ads

Biasa nak nyah sejuk beku ni makan masa agak lama. Semenjak ada defrost tray ni tak lah lama nak menunggu dekat dapur bila tak keluarkan awal-awal lauk beku.

Ayam Beku Lagi Cepat Dicairkan Bila Guna Defrost Tray!

Biasa sebekas ayam ni guna defrost tray dalam 35 – 45 minit dah lembut. Tanpa perlu rendam pun dalam air.

Nanti tray akan jadi sejuk macam pegang ais. Memang ajaib namun terbukti berkesan.

Ads

Ayam Beku Lagi Cepat Dicairkan Bila Guna Defrost Tray!

Ni masa beku. Bonda letak dalampinggan rectangle nak avoid air ayam meleleh bila dah cair nanti.

Ayam Beku Lagi Cepat Dicairkan Bila Guna Defrost Tray!

Ads

Selepas 40 minit. Letak sebelum solat asar, dah siap solat dan mengaji. Tengok dah elok jadi macam ni.

Bonda tutup dengan tudung saji masa ni. Tak mau lah lalat datang menghurung.

Kat shopee kalian boleh je buat carian “Defrost Tray”. Masa tak glamour lagi benda alah ni harga dia RM12 je. Tadi tengok semua atas RM20. Cuma masih berbaloi beli daripada nak beli microwave kan.

Selamat bershopping. Penting ada peralatan yang boleh kurangkan masa berlama-lamaan dekat dapur ni.

Boleh juga shopping produk di sini.

Sumber : Huda Zainal

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI