“Ayahanda Sudah Lebih Seminggu Di Hospital..”-Mufti Perlis Mohon KKM Kaji Kesan Sampingan Dos Penggalak

Share

Mufti Perlis, Profesor Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkongsi saranan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di instagram miliknya agar memandang serius kesan sampingan dos penggalak kepada mereka yang mingkin tidak sesuai.

Ini berikutan ayahnya yang mula mengalami gajala muntah dan menjadi sangat lemah selepas menerima dos ketiga vaksin Covid-19.


“Ayahanda saya sudah lebih seminggu di hospital. Selepas dos ketiga, beliau mula muntah dan menjadi sangat lemah. Menurut doktor, beliau terkena sekali lagi stroke di bahagian yang sensitif di kepala.

“Punca masih tidak jelas. Apakah ada kaitan dengan dos penggalak atau tidak? Saya tidak pasti. Hanya pakar yang dapat menjelaskan,”katanya meluahkan rasa di Instagram miliknya semalam (Isnin)

 Bercerita lanjut, Mohd Asri berkata ramai juga yang telah berkongsi situasi seperti itu di media sosial.

“Kebetulan minggu sebelum itu ada anak seorang sahabat meninggal setelah jatuh sakit mengejut selepas dos ketiga. Beliau sebelum itu sihat. Saya tidak pasti sebab kematian yang sebenar. Keluarga beliau orang kampung tidak menuntut siasatan terperinci. Mereka hanya kata “lepas vaksin nombor 3, tak pasai pasai dia sakit, lepas tu meninggal”. Mungkin juga ada punca lain,” jelasnya lagi.

Selain itu beliau turut berkongsi cerita mengenai seorang bakal ahli jamaah umrah beliau yang ambil dos penggalak sebagai syarat umrah, tiba-tiba jatuh sakit dan meninggal.

“Juga tidak pasti apakah punca sebenar. Kebetulan atau ada kaitan? Kena kajian pakar.

“Apapun, pihak KKM wajar memandang serius dan mengkaji kesan sampingan dos penggalak kepada mereka yang mungkin tidak sesuai. Ramai yang menyebut hal ini di sosial media. KKM kena ambil perincian setiap kes. Semoga Allah merahmati kita semua,” pintanya.

Sumber : Ig @drmaza_official

Jom saksikan video menarik Cabaran Pegang Ular, Berani Ke? dari adik-adik BK kita ni.

 

Tonton juga video ini, rasa-rasanya apa yang menarik jika kita shopping di beberapa kedai yang dianggap ‘kedai saka’ ni ye?

ARTIKEL MENARIK : Berminggu-minggu Batuk Tak Hilang, Rupanya Petua Dari Aunty Cina Ni Yang Serasi Bantu Anak Pulih!

Baca Ini Juga :Tiba-tiba Tiada Elektrik, Ambilkan Saja Cotton Bud & Buat DIY Untuk Jadikan Lilin. Boleh Tahan Berhari-hari!

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club