Masih hangat dengan isu orang ketiga, penyanyi Syada Amzah tulis surat terbuka kepada bapa, ND Lala setelah menerima keputusan untuk tidak lagi bersama. Menerusi hantaran yang dikongsi oleh Syada, dia meluahkan rasa kesalnya kerana bapanya sekali lagi pilih untuk tinggalkan keluarganya.
“Kami terima kenyataan yang sekali lagi, ayah pilih untuk pergi dan tidak pilih kami,” tulisnya.
Namun, disebalik rasa kecewa, insan yang bergelar bapa itu tetap sudah menyumbang jasa yang besar dalam hidup Syada dan dia turut tak terlepas mengucapkan ucapan terima kasih terhadap ND Lala.
“Terima kasih untuk semua pengorbanan ayah dalam membesarkan kami berempat”.
Dalam pada itu, Syada juga menyatakan bahawa dia dan adik-beradik sudah dapat menjangka perkara itu akan berlaku dan sekarang sudah jelas terbukti.
Sebelum ini Datin Fauziah Sarman, ibu kepada penyanyi terkenal dengan single terbarunya, ‘Hasrat’ itu memuat naik hantaran berkenaan konflik rumah tangganya. ND Lala turut dikatakan telah berkahwin lagi dengan isteri kedua, Siti Munirah Abd Ghani.
Sumber: Instagram Syada Amzah