Ibu bapa mana yang tak sayang anak-anak kan. Bila mana tiba tarikh istimewa baik hari lahir mahupun perkahwinan, pasti luahan ibu bapa mengundang sebak.
Bagi Achey, pelawak dan juga pelakon, kehadiran si kecil Tiara benar-benar mewarnai dunia rumahtangganya bersama Anne.
Manakan tidaknya,sudah lama pasangan ini berusaha untuk memiliki zuriat sendiri namun belum dikurniakan rezeki yang satu ini. Begitu pun mereka tidak mengeluh,sebaliknya tetap optimis dan terus berusaha.
Peluang memiliki anak akhirnya berjaya tercapai. Walaupun bukan dari darah daging sendiri, namun pasangan ini tetap sayang seperti anak sendiri.
Terbaru Achey berkongsi satu video sempena hari lahir anak angkat nya itu. Cukup menyentuh hati dengan perkongsian tersebut.
Tahun ke 3 sayang…
…
Semoga besar kamu menjadi insan yang baik 🤲🤲
…
Ayah tak boleh nak panjang2 pasal anak… kalahhh 😭😭😭..
..
Love u @tiarazinnirah_official ..
..
HAPPY BIRTHDAY sayang… ingat mama @anne_achey dan ayah dah besar nanti…
Perkongsian menyentuh hati itu turut mendapat reaksi ramai.
Sumber: acheykintangkintung