
Pelakon dan penyanyi veteran, Jalil Hamid, 66, yang sebelum ini disahkan mengalami masalah jantung, kini banyak menghabiskan masa berehat di rumah.
Kenyataan ini dikongsikan sendiri oleh Jalil di aplikasi Tiktok miliknya @AyahJalilHamid, dan sekaligus meminta peminat agar sentiasa mendoakan kesihatannya.
“Masih ada yang rindu dengan lakonan Ayah? Ayah sekarang banyak luangkan masa bersama keluarga…,” tulisnya dalam keterangan video.
Video terbabit memaparkan aktiviti Jalil bersama keluarga serta gambarnya ketika menerima rawatan di hospital.
Terdahulu, Jalil dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Serdang, pada awal Mac lalu akibat masalah jantung yang dihadapinya.
Jalil mengalami masalah pernafasan sebelum dibawa ke hospital berkenaan untuk rawatan.
Dia bagaimanapun memilih pulang ke rumah pada 7 Mac bagi memberikan ruang kepada mereka yang lebih memerlukan.
“Kalau nak ikutkan, saya masih lagi perlu dirawat di hospital. Tapi, saya kasihan melihat pesakit-pesakit yang lebih teruk keadaan mereka. Jadi, saya minta untuk dibenarkan pulang dan berehat di rumah.
“Kasihan saya lihat apabila ada sesetengah pesakit yang tak dapat katil. Ada yang perlu menunggu sehingga empat ke lima hari untuk mendapat katil. Bahkan, ada yang sampai terpaksa berbaring di laluan. Saya beritahu hospital, tak mengapa saya mengalah,” katanya.
Di hospital, doktor menjalankan beberapa ujian termasuklah ujian darah. Di rumah, dia memerlukan oksigen dan tahap oksigen juga perlu dipantau.
Sumber : Tiktok Jalil Hamid
Cikgu Ni Ada 6 Tip Untuk Anak Happy & Mama Cool Di Hari Pertama Ke Tadika!

Tentunya ibu bapa yang pertama kali ingin menghantar anak ke sokolah tadika akan berasa berdebar bukan?
Lebih-lebih lagi kita sebagai ibu bapa merasakan anak-anak yang berumur 5 atau 6 tahun ini masih kecil lagi dan tidak pandai mengurus diri.
Bermacam-macam persoalan berlegar difikiran, adakah anak kecil kita boleh membiasakan diri di hari pertama di sekolah nanti? Mungkin menangis ke dia hari Selasa nanti? atau Seronokkah dapat jumpa kawan-kawan seusia?
Walau apa pun keadaan dan situasinya nanti, kita sebagai ibu bapa perlu juga persiapkan minda dan hati agar ‘bertabah’ untuk meninggalkan anak-anak di sekolah.
Di sini disertakan tip bermanfaat daripada Cikgu Ashikin Hashim, Genius Aulad Saujana Utama.
Tip Anak Happy, Mama Cool di hari pertama di tadika.
1. Set Minda
Mengapa kita sekolahkan anak kita di tadika? Tak wajib pun kan? Ya. Sebab kita mahukan yang terbaik untuk anak kita. Kita nak dia belajar mengenali dunia luar. Kita nak anak kita happy. Kita bukan nak pressure anak kita. Jadi, jangan memaksa tetapi memujuk dan menggalakkan. Jika anda merasakan anak tidak bersedia, tiada masalah untuk withdraw tapi tunggu dulu. Baca sampai habis. Jangan withdraw selagi anda tak buat semua tip ini.
2. Konsisten dan sabar.
Jika anak anda menangis pada hari pertama sekolah bukan bermaksud anak anda tak bersedia. Bukan juga bermaksud dia tak suka sekolah berkenaan. Bukan juga bermakna anda ibu ayah yang tidak bagus.
Tidak salah anak menangis pada hari pertamanya. Pujuk anak dengan baik dan berikan kata-kata semangat buat anak. Anak juga seperti kita. Kita akan rasa janggal di tempat baru. Kita juga akan rasa takut jika berpisah. Begitu juga anak kita.
Konsisten dengan rutin baru ini. Bangun pagi seperti biasa dan tetap ke sekolah seperti yang dijadualkan. Setiap anak berbeza penerimaan mereka.
Ada yang cepat membiasakan diri tapi ada juga yang memakan masa. Mengikut pengalaman saya paling lama anak akan cuba sesuaikan diri adalah dalam masa sebulan. Tapi sesetengahnya ada yang mengambil masa yang lebih lama.Jadi bersabarlah.
3. Sentiasa berkomunikasi dengan guru. Jika anak menangis, berkongsilah perasaan anda dengan guru anak anda. Guru yang professional dan berpengalaman akan sentiasa menenangkan dan memberi jaminan bahawa anak anda akan OK.
Tidak salah jika anda bertanya tentang keadaan anak dan guru akan menjawab dengan baik. Cumanya anda kena bersabar jika guru mengambil masa untuk menjawab soalan di whatsapp. Jika telefon, gunakan masa selepas waktu belajar. Anak anda adalah keutamaan guru pada waktu pembelajaran, bukan menjawab telefon dan mesej melainkan perkara penting.
4. Perlu kah tunggu anak depan kelas? Bagi saya cukup memberikan pelukan dan ciuman dan lambaian. Kemudian anda pergilah dating dengan husband biar kami jaga anak anda. Hehee. Berilah kepercayaan kepada kami dan yakinlah anak anda berada di dalam tangan pendidik yang berpengalaman. Nak tunggu juga? 15 minit sudah cukup.
5. Jika anak mengamuk berguling? Baik. Cuba pujuk dulu. Biasanya memang guru akan bantu. Sekali lagi berikan kepercayaan kepada guru untuk mengendalikan anak anda. InshaAllah lama-lama anak akan ok bila dia tengok eh selamat rupanya saya di sini. Eh best rupanya. Eh ada kawan rupanya hehehe.
6. Peranan selepas sekolah. Tugas kita ketika selepas sekolah adalah amat penting. Bila di rumah berbuallah dengan anak tentang sekolahnya atau kenangan anda bersekolah dulu. Katakan bahawa esok kita akan ke sekolah lagi. Mama nak Wafa senyum. Nanti jumpa kawan. Dapat main dengan kawan. Tidur awal semoga mood anak nanti baik. Tak mengamuk sebab tak cukup tidur.
Percayalah kata-kata ini: Mama yang cool akan menjadikan anak lebih happy dan tenang.
Tenang-tenang sahaja Mama. Anak anda pasti akan ok. Doa banyak-banyak kepada Allah mudahan Allah mudahkan perjalanan anak kita yang baru sekolah ini. Selalu sebarkan positive vibes kepada anak agar anak dan kita lebih tenang.
Nota:
- Jika anak anda menangis berterusan atau anda terlalu bimbang, terdapat tanda anak kemurungan atau stress bila bersekolah, rujuklah kepada pengetua dan yang lebih pakar.
- Kepada ibu bapa yang mempunyai anak istimewa seperti ASD/ADHD dan sebagainya, consult dulu dengan doktor dan OT. Pihak sekolah perlu tahu keadaan anak anda. Biasanya anak istimewa yang bersekolah biasa adalah kerana ianya salah satu terapi mereka untuk membiasakan diri dengan persekitaran baru.
- Bagi ibu bapa yang mungkin tidak tahu anak mereka mungkin ASD dan sebagainya, pasti mengharapkan pihak sekolah untuk alert dan aware. Jadi, para pendidik awal kanak-kanak perlu tahu apakah tanda atau kelakuan anak istimewa ini. Pada saya wajib tadika untuk bekerjasama dengan mana-mana OT sebagai tempat rujuk.
Semoga tip dan perkongsian ini bermanfaat untuk semua.
sumber : Ashikin Hashim
Genius Aulad Saujana Utama
Pernah Dijemput Bicara Tajuk ‘Isteri Umpama Bidadari’, Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood Luah Sebak Dan Titip Doa.

Umum mengetahui khabar duka ini, apabila penyanyi, Siti Sarah Raissuddin, 37, menghembuskan nafas terakhirnya tepat pukul 5.13 pagi tadi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).
Setelah berita pemergiannya, laman media sosial dihujani dengan luahan sebak. Para peminat, selebriti, wartawan dan ilmuan agama. Ia termasuk Datuk Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood, nama yang tidak asing lagi dalam pentas dakwah.
Meluahkan rasa sebak pemergian Siti Sarah, beliau juga mengimbau kenangan ketika arwah dan suaminya ditemu bual dengan topik ‘Isteri Umpama Bidadari’. Dalam pada itu, warganet turut meluahkan sebak dengan khabar duka itu.
Berlinangan air mata ini.
Pemergianmu Duhai Siti Sarah, dijemput Illahi pada pagi Isnin dengan Husnul Khatimah iaitu pengakhiran yang sungguh indah dalam redha Allah SWT dan diimpikan oleh semua.
Hijrahmu ke jalan Allah untuk menjadi hamba Nya yang terbaik, Ibadah Qurbanmu yang engkau rahsiakan untuk seisi keluargamu dan setelah dikau pergi baru kami tahu, indahnya Infaqmu ke jalan Allah, kesetiaanmu berbakti sebagai Isteri yang Solehah, sabarnya dirimu sebagai Ibu yang hebat kepada anak-anakmu, pengorbanan sucimu dalam berjuang hingga syahid dalam melahirkan anak solehmu.
keikhlasanmu dalam berjuang melawan sakit hingga syahid…Ternyata semuanya ini adalah amal solehmu yang sungguh indah dan mendapat kesudahan yang terindah kurniaan Allah.
Sesungguhnya semua ini menyentuh hati kami dan mengajar kami untuk terus memburu redha Allah. Allahu Betapa dikau dicintai Allah, dicintai suamimu Shuib Sepahtu anak-anakmu, keluargamu dan kami juga menyayangimu hingga terasa benar kehilanganmu
Benar kata Shuib : Siti Sarah adalah Bidadari Syurganya…
Julai 2011 Semanis Kurma menjemput Siti Sarah & Shuib dalam Tajuk :
Isteri Umpama Bidadari . Ternyata benar.
سْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
اَلحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ العَلَمِيْنَ، وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ
“ Ya Allah..ampunilah segala dosa Siti Sarah hamba Mu yang solehah ini. Terimalah segala amalannya. Rahmatilah dia dengan rahmat Mu yang Maha Luas. Lapangkanlah kuburnya Ya Allah.Jadikanlah kuburnya sebagai taman-taman Syurga.Masukkanlah dia ke dalam Syurga Firdaus Mu tanpa dihisab Ya Allah.
Peliharalah anak kecilnya yang baru lahir dan kesemua cahaya matanya dengan sebaik-baik pemeliharaan dari Mu Ya Allah.Kurniakanlah ketabahan hati dan kekuatan buat Suaminya Shuib Sepahtu di dalam menempuh ujian Mu ini Ya Allah.Berilah pertolongan Mu kepadanya dalam mendidik anak-anak mereka. Lapangkanlah hati Shuib dan anak-anaknya Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang”.
سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ ٱلْعِزَّةِ عَمَّايَصِفُوْنَ وَسَلَامٌ عَلَى ٱلْمُرْسَلِيْنَ
وَٱلْحَمْدُلِلّٰهِ رَبِّ ٱلْعَالَمِيْنَ
Peminat sebak
Sumber: Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!
Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!
Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!
Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!
Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520
Hyun Bin Suami Romantik, Pandai Ambil Gambar Isteri, Son Ye Jin Bertuah Ada ‘Juru Gambar Peribadi’

Isi Kandungan
ToggleDikenali sebagai salah satu pasangan Korea Selatan paling ‘favourite’ Hyun Bin dan Son Ye Jin dikenali sebagai salah satu pasangan selebriti yang kelibat keduanya sering menarik perhatian peminat.
Artis Korea Selatan diketahui sangat jarang memperlihatkan momen kebahagiaan mereka bersama pasangan terutama di media sosial. Maka tak hairanlah ramai peminat begitu teruja setiap kali ada momen harmoni dari para pasangan artis Korea yang dikongsi di media sosial.
Selalunya perkongsian artis kesayangan mereka ini akan mendapat banyak respon yang positof di kalangan peminat. Son Ye Jin ketika berbicara mengenai suaminya, Hyun Bin ternyata merupakan sosok pasangan yang romantis.
Hyun Bin Suami Romantik, Pandai Ambil Gambar Isteri
Setelah lama tidak muncul di layar kaca, Son Ye Jin tampil sebagai bintang tamu di sebuah program di saluran YouTube bertajuk Lim Jin Han Class. Munculnya Son Ye Jin untuk pertama kalinya setelah berkahwin dan melahirkan ini sentiasa dinanti-nantikan oleh peminatnya.
Dalam konten tersebut, Son Ye Jin berbicara tentang banyak perkara terutama yang berkaitan mengenai olahraga kegemarannya iaitu golf. Diketahui bahawa bukan hanya Son Ye Jin yang menyukai olahraga ini, tetapi juga sang suami, Hyun Bin.
Bagaimanapun bukan skil bermain golf yang menarik perhatian peminat tetapi skil fotografi Hyun Bin. Ternyata Son Ye Jin telah berjaya ‘mendidik’ suaminya untuk mahir memotretkan dirinya dengan gambar-gambar yang indah.
Son Ye Jin Bertuah Ada ‘Juru Gambar Peribadi’
JOM KITA JAMU MATA HASIL ‘KERJA SENI’ HYUN BIN DEMI MEMASTIKAN ISTERI TERCINTA GEMBIRA
Ternyata Hyun Bin sama seperti suami-suami ‘orang awam’ yang lain. Apabila sudah berkahwin dan bergelar suami, sang suami harus bersedia untuk bertindak sebagai juru gambar isteri tercinta.
Kredit foto: Instagram Son Ye Jin