Tiada yang lebih memilukan seorang ayah apabila anak yang meninggal dunia secara tiba-tiba. Lebih mendukacitakan bila mana timbul andaian kononnya punca kematian disebabkan coronavirus.
Itu yang berlaku kepada Allahyarham Nur Izzah Izzati, 20, yang meninggal dunia ketika membeli aksesori telefon bimbit di tempat kerjanya di Seksyen 13, Shah Alam, 26 Januari lalu.
“Anak saya meninggal bukan kerana coronavirus. Itu tidak betul. Saya sekeluarga kesal dengan tindakan pihak yang menyebarkan maklumat tanpa usul periksa.
“Pada hari kejadian, arwah (Nur Izzah) cuti kerana menghadiri majlis pertunangan di Taman Seri Kapar, Sungai Pinang.
“Kemudian, selepas selesai majlis, arwah ajak saya ke tempat kerjanya untuk membeli aksesori telefon bimbit. Itu kali terakhir saya bersama arwah sebelum dia pergi buat selamanya.
Kata Norazlan, dia mengetahui Allahyarham pengsan selepas seorang rakan memaklumkannya sebelum bergegas mendapatkan Allahyarham.
“Kawan arwah memberitahu Nur Izzah pengsan dalam kedai. Saya masuk dan terus memeriksa nadinya. Waktu itu, saya lihat arwah tidak sedarkan diri.
“Saya angkat arwah masuk ke dalam kereta dan terus hospital yang kebetulan berhadapan dengan premis itu bersama rakannya. Tiba di hospital, doktor segera memberi bantuan perubatan, namun Allah lebih menyayanginya,” katanya.
Kisah sedih ini turut dimuat naik seorang rakan arwah Nur Izzah menerusi twitternya. Dalam perkongsian tersebut, dia bercerita kronologi bagaiamana kejadian itu berlaku sehinggalah merekia dikejutkan dengan kehilangan nur Izzah buat selamanya.
Sumber: Berita Harian Online & Nazirul