Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Di saat kanak-kanak lain seusianya bebas berlari , bermain dan melakukan apa saja dengan rakan-rakan lain, dia pula menjaja kuih demi membantu keluarga demi kelangsungan hidup.
Kisah adik ini dimuat naik oleh seorang wanita Mieka Fieqa menerusi laman facebooknya. Menurut guru ini, adik yang bernama Aliff ini membantu ayahnya menjual kuih dengan menaiki basikal.
“Saya selalu beli pulut udang dekat adik ni..sedap sangat..dia selalu jual dekat PENDANG SQUAR ,KEDAI ECO PENDANG ..UMOR DIA 11 TAHUN(darjah 5). Tadi ada masa sikit nak sembang dengan dia.
“Sedih sangat tengok dia dalam umur dia macam ni tapi dia terpaksa melupakan masa kanak2 dia untuk keluaga dia…mak dia dah meninggal.ayah dia sakit( tak tau sakit apa).ayah dia buat pulut udang.
“Dia tolong ayah dia jual pulut udang naik basikal dari pagi smpai malam Lepas habis 1 trip dia akan balik dan ambik lagi pulut udang dan jual lagi.niat dia baik sangat2 tolong ayah dia untuk besarkan adik2.
“Dia ank sulung..adik dia ada 3 org lagi…aku tanya dia, ayah bagi berapa tolong jual..dia cakap,
dia tak minta pon upah..dia nak tolong ayah dia ja. Sebab dia tau keluarga dia susah. dia akan pergi setiap kereta “nak pulut udang x” aku respect dekat dia.“Dia tolong ayah dia untuk adik2. Dia yang tolong ayah dia buat pulut udang..ayah dia tak ada kenderaan.katanya rosak…aku tanya pulak pasal pelajaran dia..dia cakap dia periksa dapat no 2 selalu la…aku rasa budak ni cerdik..lagi berlenang ayaq mata aku…..tolong ea kawan2 kalau nampak adik ni beli la pulut udang dia..bantu dia..nak dekat bukak sekolah ni..baju sekolah..kasut sek semua kena beli…..jom viral bagi murah rezeki adik ni dengan ayah dia.
“Semoga Allah sentiasa lindungmu kamu sayang..kakak sayang kamu????
ni no tel dia 0107886184 adik ni nama dia alif…sapa yang nak tempah buat kenduri ke boleh la tolong2 famly adik ni.. ada tambahan sikit adik ni ada mak tiri.
Terbaru, kisah adik Aliff sudah mendapat perhatian semua pihak dan masyarakat. Pihak Zakat pendang dan JKM pendang turut turun melihat keadaan untuk membantu. Semoga ada sinar baru untuk keluarga tersebut.