Kasihnya ayah berkorban nyawa, meskipun mulutnya jarang berkata manis, apatah lagi menampakkan senyuman yang mesra ditambah pula sentiasa berwajah tegas, pun begitu percayalah hati seorang ayah akan sanggup berkorban apa sahaja demi anak-anaknya.
Memetik kisah yang dilaporkan di Harian Metro, seorang bapa bernama Adzmarudin Abd Rahman, 54, yang tidak mempunyai pekerjaan tetap selepas diisytiharkan muflis pada 2008 akui melalui kehidupan yang sukar.
Namun tetap melakukan pelbagai pekerjaan untuk menyara keluarga apatah lagi bila mana anak lelakinya Ahmad Darwisy Farhan, 19, perlu dibedah segara akibat masalah skoliosis iaitu keadaan di mana kelainan pada tulang belakang di mana tulang melengkung ke samping secara tidak normal.
Kini ayah ini terdesak untuk mencari dana bagi menampung pembiayaan pembedahan anak bongsunya yang mengalami tulang belakang bengkok atau skoliosis.
Adzmarudin memaklumkan, dia memerlukan RM13,370 lagi bagi membolehkan pembedahan segera dilakukan dengan kos keseluruhan pembedahan adalah berjumlah RM31,730.
“Saya kini tiada pendapatan tetap dan terpaksa melakukan pelbagai pekerjaan untuk menyara keluarga. Dengan rekod pernah muflis, susah untuk saya mencari pekerjaan yang tetap.
“Pihak hospital menyatakan kos untuk pembedahan sahaja mencecah RM31,730, namun sebahagian daripadanya dibiayai Tabung Kebajikan Pesakit Hospital Canselor Tuanku Muhriz yang diluluskan sebanyak RM18,000,” katanya lagi.
Mahu Keluarkan Wang KWSP
Dia berkata, apabila pihak menyatakan kos yang terpaksa ditanggung, dia hanya memikirkan mahu mengeluarkan wang daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memandangkan itu sahaja simpanan yang ada.
Ads
“Bagaimanapun, saya hanya boleh mengeluarkannya pada Januari tahun depan kerana belum cukup umur bersara sedangkan anak memerlukan pembedahan dengan segera.
“Selain keadaannya yang bertambah teruk dan hanya bergantung kepada ubat tahan sakit, saya juga tidak mahu pengajiannya yang bakal disambung di peringkat ijazah pada Oktober depan terencat jika pembedahan tidak dijalankan dengan segera.
“Saya difahamkan pembiayaan daripada tabung hospital mempunyai tempoh sehingga hujung tahun ini sahaja. Saya tidak pasti jika ia dapat disambung seandainya saya tidak berjaya mengumpul wang sebanyak RM13,000 dalam masa terdekat,” katanya.
Mohon Bantuan
Tambahnya, dia pernah memohon bantuan daripada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains), namun sehingga kini belum tahu keputusannya, malah untuk mengeluarkan wang daripada KWSP adalah mustahil kerana ia hanya boleh digunakan untuk tujuan perubatan pencarum sahaja.
“Kalau boleh saya tidak mahu untuk meminta sumbangan atau derma daripada mana-mana pihak dan hanya memikirkan bantuan daripada Mains serta wang KWSP, namun kedua-duanya hampir mustahil,” katanya.
Ads
Kesihatan Semakin Kritikal
DARWISY menunjukkan gambar xray tulang belakangnya disebabkan penyakit skoliosis atau tulang belakang bengkok. FOTO Azrul Edham
Adzmarudin berkata, anak bongsu daripada enam beradik itu dikesan mengalami skoliosis ketika berusia 16 tahun, namun keaadaannya tidak kritikal seperti sekarang.
“Ketika mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dia merasa senang lenguh dan tidak boleh berdiri terlalu lama dan kini tulang rusuknya sudah mula menghimpit organ dalaman seperti jantung dan paru-paru kerana tulang belakang yang semakin membengkok.
“Setiap pergerakan yang dia lakukan terpaksa berhati-hati dan tidak boleh membongkok terlalu lama. Dia selalu mengadu sakit dan susah untuk tidur, malah pembelajarannya juga terganggu,” katanya.
Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi Adzmarudin di talian 010-324 0040.
Jika berminat boleh juga sertai event lawatan ke Escape secara virtual pada 6 Ogos ini. Bukan itu sahaja, malah banyak lagi aktiviti menarik menanti anda. Jadi jangan lepaskan peluang, segera hubungi nombor yang terdapat di dalam poster atau klik DI SINI
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Usahawan berjaya, Datuk Seri Aliff Syukri menerima kejutan yang paling istimewa daripada isteri tercinta, Datin Seri Nur Shahida sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-17.
Menerusi sebuah posting di Instagram, Aliff menerima sebuah kereta mewah berjenama Ferrari sebagai hadiah perkahwinan mereka.
Tambah Alif lagi, kereta Ferrari berwarna merah itu juga dipilih sendiri oleh isterinya.
Menurut Aliff, dia sudah lama mengimpikan kereta mewah berkenaan namun, tidak menyangka isterinya akan memberi kejutan kepadanya sebagai hadiah.
“I love you sayang. Tak sangka isteri saya kejutkan saya sempena ulang tahun perkahwinan kami yang ke-17.
“Sebenarnya lama saya idamkan kereta Ferarri terbaru ini,” katanya.
Aliff memberitahu hasart untuk memiliki kereta idamannya itu selama ini terbantut apabila memikirkan keadaan ekonomi ketika ini.
“Bila fikir balik dengan anak ramai tak sesuai. Komitmen makin tinggi bila anak dah remaja dan ekomoni pun tak stabil tapi terkejut dapat hadiah,” kongsinya lagi.
Walau bagaimanapun, Aliff sangat berterima kasih kepada isteri tercinta kerana melakukan kejutan yang paling bermakna ini.
Menerusi video yang dikongsikan, anak-anak Aliff turut kelihatan teruja sewaktu melihat dan menaiki kereta tersebut.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kebahagiaan rumahtangga adalah dambaan setiap pasangan suami isteri. Kerukunan inilah akan memberikan impak yang positif dalam kehidupan.
21 Petua Eratkan Kasih Sayang Suami Isteri
1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.
2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.
3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.
4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.
5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.
6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.
7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.
8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari. Jika boleh, biarlah berlaku dalam bilik ‘beradu suami isteri’ agar ia berakhir dengan ‘kemesraan’ jauh dari pandangan anak-anak.
9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.
10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.
11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.
12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.
13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.
14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.
15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.
16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.
17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.
18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.
19. Setiap pagi berikan kucupan tanda sayang agar harinya dimulakan dengan senyuman, dan malam bisikan manja tanda terima kasih sepanjang hari berbakti kepada keluarga yang dibina bersama. Tidak salah juga minta maaf andai hari itu ada perkara yang mengguris hati suami/isteri, jangan tunggu raya sahaja!
20. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.
21. Sentiasalah berdoa memohon kepada Allah SWT agar dikurniakan rasa kasih dan sayang antara pasangan suami isteri.
Kita biasa dihidangkan dengan ayat, lelaki tugasnya keluar mencari rezeki manakala isteri pula di rumah menguruskan anak-anak dan rumah tangga. Sebenarnya dalam rumah tangga kena saling memberi dan menerima tanpa ada sebarang keluhan.
Biarpun tugas isteri dan ibu di rumah menguruskan rumah tangga dan anak-anak, namun itu tidak bermakna suami boleh lepas tangan. Kena membantu dan ‘top up’ mana yang patut. Percayalah, selain tugas sebagai ketua keluarga mencari rezeki, suami dan ayah juga perlu memberi perhatian pada rumah tangga.
Moga bermanfaat buat pasangan suami isteri dengan perkongsian dari saudara Firdaus Shakirin ini.
Jangan limitkan tugas suami tu, hanya keluar mencari rezeki…
Balik rumah, bagi duit pada anak bini, beli barang keperluan mereka, then cukup…kita dah boleh buat apa yg kita suka…nak kluar hujung minggu dgn kwn2, nak melepak smpai pagi di kedai mamak, nak main HP smpai lebam mata…
Alhamdulillah klu dah buat bab tu…dah kluar, dah cari rezeki, dah bwk balik “rezeki” tu utk dikongsi anak isteri…sekurang kurangnya, satu bab dah selesai…
Bab keje2 rumah? Bab mendidik anak2? Bab menjaga dan memahami hati isteri?
Bab ni pun, klu bleh, buatlah sekali…jgn letak limit atau had, “aku dah cari rezeki, aku dah bagi duit kat kau, maka kau nak apa lagi…”
“Apa lagi yg tak cukup?”
Bukan tak cukup, tapi ianya juga memerlukan penglibatan dan sumbangan dari kita sebagai seorang suami…percayalah, setelah balik mencari rezeki, kita masih ada kudrat utk buang sampah, kemas rumah, cuci pinggan, lipat kain dan sebagainya…
Kita juga masih ada tenaga utk ajar anak2, mendekati, bermesra dan menggauli anak2 kita…
Bab mendengar dan memahami isteri plak, xperlu kudrat dan tenaga, hanya perlukan masa dan telinga utk mendengar apa yg nak diluahkan dan diceritakan isteri, seterusnya memberi pandangan, pendapat serta nasihat…
Hal ini sebenarnya dah cukup utk melahirkan sebuah keluarga yg bahagia…anak2 membesar dgn baik, isteri rasa dirinya dihargai dan keluarga kita tenang serta aman drpd sebarang permasalahan…
Simple bagi yg selalu buat, tak simple dah menyusahkan bagi yg tak pernah buat atau xnak buat…
Skop seorang suami dan ayah itu luas…jgn limitkan hanya dgn keluar mencari rezeki…wallahualam…
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.