Berita

Ayah Risau Anak Tak Balik, Hilang Lepas Buang Sampah

Share

Seorang ayah terkejut apabila menyedari anak perempuanya tidak pulang ke rumah selepas  membuang sampah di depan rumah.

Memetik laporan Sinar Harian, gadis berusia 20 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar membuang sampah di depan rumahnya di Taman Temerloh Jaya, Ahad .

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata, kehilangan Nurul Aliya Zulkifli yang merupakan eorang gadis orang kurang upaya (OKU) lembam dilaporkan oleh bapanya yang berusia 52 tahun pada Isnin.

Menurutnya, Nurul Aliya keluar untuk membuang sampah di lokasi yang terletak dalam jarak lima meter di depan rumah kira-kira jam 10.15 malam.

Katanya, ayahnya endapati anaknya tiada di hadapan rumah dan telah membuat carian di sekitar kawasan namun tidak menemuinya.

“Kali terakhir gadis itu dilihat memakai baju berwarna putih berbelang biru, berseluar hitam dan selipar.”

Jelasnya lagi, Polis meminta kerjasama orang ramai bagi mengesan gadis berkenaan memiliki ketinggian 160 sentimeter, berat 45 kilogram dan warna kulit kuning langsat.

Jelas beliau, tiada kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian dan pihak polis telah menjalankan pencarian sehingga kini namun masih belum ditemui.

Mazlan berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat tentang gadis berkenaan diminta tampil ke mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh di 09- 2716222.

Sumber: Sinar Harian