HomeInspirasi“Ayah Pesan Solat Jangan Tinggal. Emak Selalu Puasa Bila Saya Ambil Peperiksaan.”...
“Ayah Pesan Solat Jangan Tinggal. Emak Selalu Puasa Bila Saya Ambil Peperiksaan.” Dulu Penggembala Kambing, Kini Anak Kampung Ini Graduan Kelas Pertama Di UK
Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Kehidupan sebagai anak kampung tidak melunturkan semangat anak muda ini untuk berjaya. Daripada seorang pengembala kambing, dia kini mampu tersenyum bangga apabila bergelar graduan kelas pertama universiti di United Kingdom (UK).
Biarpun berasal dari keluarga yang sederhana, dia berjaya melanjutkan pengajian ke luar negara dan mencipta kejayaan manis. Itulah perjalanan hidup Muhammad Afiq Ismail, 23, sebelum menamatkan pengajian jurusan Perakaunan dan Kewangan, University of Essex, London.
Anak jati Kampung Batu Mengkebang, Kuala Krai, Kelantan itu bukan sahaja menyebabkan ibu bapanya menitiskan air mata kegembiraan, malah mengharumkan nama kampung kerana kejayaan meraih kelas pertama.
Muhammad Afiq yang merupakan anak kedua daripada dua beradik itu menceritakan bagaimana dia menghabiskan masa di kebun sebaik tamat persekolahan atau ketika cuti.
“Ayah kerja sendiri dan sewaktu kecil, saya membantu ayah berniaga di kedai runcit. Kami ke pasar membeli ikan, sayur dan sebagainya untuk dijual.
“Malah, saya membantu ayah mengangkat getah untuk dijual. Habis baju berbau getah, namun sedikit tidak risau kerana semangat untuk membantu keluarga.
Ads
“Hanya saya yang ada dan boleh membantu ayah kerana abang, Muhammad Isyraff, 26, pula orang kurang upaya (OKU). Dia lahir normal tapi selepas tiga tahun kakinya sakit.
“Doktor terpaksa bedah, namun ada kesan lain menyebabkan dia tidak boleh berjalan lama. Kakinya menjadi tidak kuat,”jelas Muhammad Afiq lagi yang mula tular apabila rakan universitinya, Khairul Aiman Hamdan memuat naik kisahnya di facebook.
Antara status dimuat naik dalam FB ialah: “Dan seperti biasa, aku suka untuk tahu latar belakang serta kisah anak Malaysia yang belajar di luar negara. Semua orang ada kisah sendiri. Tambahan kisah-kisah inilah, yang buatkan hidup ini menarik. Ini mungkin cerita biasa bagi kalian, tapi bagi aku, kisah ini istimewa. Perlu aku kongsikan kisah anak muda ini dengan kalian.
Ads
“Afiq, budak Kuala Krai dari Kampung Batu Mengkebang adalah legenda hidup yang aku bertuah dapat kenali. Umum, mungkin kerana aku asal bandar, bila dimomok cerita anak kampung berjaya ke menara gading atau berjaya dalam hidup adalah satu cerita klise. Mungkin selama ini aku sendiri tak pernah jumpa, maka penyebab aku tak pandang sebelah mata.
“Dari tarik kelapa sawit, jaga kambing, hingga bawak lori, hari ini, anak itu pegang Ijazah paling berharga. Graduan kelas pertama, kursus Perakaunan dan Kewangan, University of Essex. Balasan buat ayah ibu. Aku tumpang bangga.”
Menurutnya, dia sentiasa berpegang teguh nasihat diberikan kedua ibu bapanya setiap kali melangkah ke universiti.
“Ayah pernah cakap, biar kita orang kampung asalkan berjaya. Tapi jangan lupa asal usul kita. Jangan lupa pengorbanan ibu ayah, orang kampung. Yang paling penting, jangan lupa Allah, solat jangan tinggal.
Ads
“Saya sentiasa percaya pada diri sendiri serta ibu bapa. Emak selalu puasa bila tahu saya hendak menduduki peperiksaan,” katanya.
Katanya, dia pernah bersekolah pondok sebelum memasuki sekolah swasta ketika di tingkatan 1.
“Selepas PMR (Penilaian Menengah Rendah), saya kena keluar sekolah itu, sebab keputusan saya tidak mencapai tahap minimum.
“Dari situlah saya mula belajar bersungguh-sungguh. Alhamdulillah saya berjaya menamatkan pengajian,” katanya.
Difahamkan, kebanyakan ternakan dijaganya sebelum ini sudah dijual kerana tidak sesiapa untuk menjaganya.
Rumahtangga yang bahagia itu apabila susah senang suami isteri sama-sama tempuh. Jika kesedihan luahkan kepada pasangan. Usah simpan di lubuk hati, nanti makan diri.
Ketika ini, peranan pasangan adalah penting untuk memujuk hati dan memberi kata-kata semangat agar tidak bersedih.
Itulah yang dikatakan saling melengkapi antara satu sama lain. Barulah bahagia tercipta tanpa batas.
Sebagaimana perkongsian ini, oleh saudara Abu Hurairah Roslan yang menyedari bahawa isterinya sedang berduka dengan pelbagai dugaan yang mendatang. Namun sebagai suami, dia membantu menenangkan keadaan yang dialami oleh isterinya.
Dah pukul 2.30 pagi. Saya menggosok-gosok mata melihat jam. Takut silap. Ya, Dah 2.30 pagi tapi isteri masih tidak ada disebelah ni. Dia kata ada hal di pejabat, selesaikan kerja dan urusan taska. “Saya balik jap lagi ya”
Saya pun masuk bilik, tidurkan anak-anak dan saya terlena sekali. Kepenatan seharian di kedai membaiki komputer dan berjual beli. Saya telefon isteri, tak jawab. Allah! Risaunya.
Saya terus capai kunci kereta dan cari nak cari dia. Turun ke bawah saya nampak kereta isteri depan rumah. Dia ada dalam tu. Terus saya berlari ke dia. “Eh? Awak kenapa ni? Kenapa ni?” Matanya bengkak. Bersandar sahaja dalam kereta. Rupanya, dia dah sampai rumah awal, tapi tak mampu keluar.
Ada sesuatu yang difikirkan. Menahan perasaan yang dalam. Terasa diri ni tak berguna, kerana mungkin ada sesuatu yang saya abaikan. Saya bawa dia naik ke bilik dan tenangkan.
“Kerja. Masa depan anak-anak. Rumahtangga kita. Mak yang telah pergi. Semuanya buatkan saya tak boleh tidur. Saya beban sangat abang. Maafkan saya” Tiada kata yang mampu saya kata.
Saya hanya tenangkan dia di pelukan. Saya biarkan dia nak lepaskan semua. Sampai berjam-jam isteri meluahkan. Apa yang dia rasa. Apa yang dia tak suka. Apa yang dia mahu. Apa yang dia serabut. Apa dan apa semuanya saya dengar. Walaupun kepenatan dan mengantuk sangat. Ya,
Sebagai suami, kita benar-benar menjadi suami apabila kita adalah “span” yang menyerap semua masalah dan kependaman dari isteri. Kita ada kekuatan itu. Percayalah. Allah membekalkan jiwa dan doa yang cukup buat isteri. Walaupun kita tahu, kita pun tidak kuat mana.
Namun, apabila kita membuka telinga untuk mendengar, menghamparkan jiwa untuk isteri melempar semua kesakitannya, membina tiap ujian menjadi susunan cinta, isteri akan pulang menjadi wanita yang cukup sempurna buat kita.
Lalu,Tiap kelemahan dan kesilapan kita juga, akan difahami dan di doakan kepada Allah, moga kita sentiasa menjadi lelaki yang paling baik buat dirinya. Saya menulis ini, dari lelaki kepada lelaki. Dari suami kepada suami. Isteri kita, sangat terdedah kepada kejahatan diluar sana. Ramai lelaki nak rosakkan isteri kita. Nak ganggu isteri kita. Dan disaat isteri kita kosong, mereka mudah mengisi semuanya.
Dan ramai isteri diluar sana yang cukup tertekan dan stress dengan suami mereka. Tiada ubat untuk mereka, melainkan kita sendiri yang datang, sambut tangan dan hati yang lemah itu, kembali menguatkan. Jadi suami, baru kita tahu kenapa Tuhan cipta kita jadi lelaki. Pulanglah lelaki. Ada wanita yang perlu dirimu di syurga mereka.
Bintang Kecil: Tengok gigi macam bersih je kan, tapi sebenarnya bila kita tak bersihkan dengan betul semakin lama buat gigi kita jadi berkarat. So teknik berus gigi kenalah betul.
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Hati-hati apabila jumpa duit syiling persekitaran halaman rumah. Bimbang ia ada kaitan dengan khianat yang menggunakan ilmu sihir.
Siapa yang tidak bimbang jika nampak situasi pelik ini di rumah. Demi memastikan keselamatan keluarga, pastikan berhati-hati jika melalui keadaan itu.
Nak tahu sebabnya, ikuti lanjut perkongsian ini. Moga lebih berhati-hati.
Bismillah, Aku pon tak paham apa orang nak buat khianat kat aku/family , yang aku tau kalau kumpul duit keliling rumah aku ni memang banyak , tiap kali buang mesti ada balik , yang mana cuba nak buat khianat tu insafla nak , aku ni bukanya meniaga juta2 , orang senang nak buat mcm mcm ,
Gambar 1 : dekat compressor aircond luar rumah
Gambar 2 : depan rumah dekat tempat ikan
Gambar 3 : dalam peti surat
Ini sebab jangan ambil
Amaran. Jangan sesekali kutip duit syiling yang anda jumpa..
Syiling dihalaman rumah Syiling didepan pintu rumah Syiling disebelah kereta anda Syiling yang tak tahu asal usulnya
Sbg contoh anda nk masuk kereta tiba² ada syiling diatas lantai sebelah kereta anda. Sedangkan semasa anda turun kerata syiling berkenaan tiada disitu.
Contoh yg kedua… Anda nak keluar rumah tiba² ternampak syiling dihadapan rumah… Jgn terus ambil ya.. Zaman skrg jika org nk sihir, berbagai² cara..
Akibat kianat dari pada sihir syiling yg di saluti tanah kubur…merana 1badan,bila.malam bedenyut2 bisa2 smpai menangis mnahan ksakitan…..berhati2lah bila anda tejumpa sihir speti ini..
Kena buat ini pendinding diri.
Jangan sesekali cuba sentuh. Sekiranya tiada keyakinan diri dan doa2.pdinding diri,sebaliknya sapulah dn teus buang….ambil 1jug air dan 3bji limau nipis,perahkan kdalam jug air,ambl segenggam garam ksar, larutkan bsma air dn perahan limau tadi, kemudian.
“Sukar Dibayangkan Bila Pasangan Menemui Allah Dulu, Yang Tinggal Pasti Kesunyian.”
Luhur dari hati seorang suami. Demikian yang boleh diungkapkan dengan perkongsian dari, Pakar Sakit puan Terkenal, Dr Hamid Arshat di laman facebooknya.
Selama 47 tahun bergelar suami isteri, ini antara nasihat dan pedoman yang dikongsikan oleh Dr Hamid dan baik untuk dipraktikkan oleh setiap pasangan lain jika mahu rumah tangga kekal bahagia.
“Alhamdulillah kita berdua capai umur 72 tahun, dikurniakan kesihatan, keimanan dan kebahagiaan hidup bahagia bersama selama 47 tahun. Semoga terus dirahmati dan diberkati Allah.
Bila sudah berumur, kita semakin sensitif dan mudah tersinggung, mudah marah dan konflik mudah timbul. Ini boleh mengancam kehormonian dan keutuhan hubungan suami isteri. Sedangkan lidah mudah tergigit, ini pula suami isteri.
Jangan suka mengungkit hal-hal yang lepas, khususnya yang negatif, tak sedap didengar, mengguris perasaan serta menimbulkan kemarahan.
Bila pasangan kita naik suara, berang, tak mahu mengalah, lari keluar, elakkan perang mulut, jauhkan diri agar sejuk hati. Begitu juga bila isteri berleter, larikan diri. Saya mengalah, surrender. No argument. Ha, ha, ha. Laugh it off.
Makanlah saja yang isteri masak, kalau sedap puji dia. Kalau tak sedap telan saja, buat tak tahu. Jangan bersuara. Tak guna bertengkar. Life too short.
Kalau pasangan kita tidur berdengkur, jawa kata ngorok dan ganggu kita nak tidur, lari pergi tidur diatas sofa. Ha, ha ha. Bila dia terkejut dan tengok pasangan tiada sebelah, paniklah dia mencari2. Lawak saja.
Saya lihat orang perempuan tak jemu-jemu membeli belah, kalau untuk beli keperluan dapur saya faham, tapi untuk beli lain-lain saya pun tak faham. Tak apalah biar dia pergi shopping till she drops, saya tunggu sambil minum kopi dan baca newspaper atau lainlain. Tak boleh komen apa dia beli. Ha, ha, ha……
Sebenarnya dalam umur macam kita, yang penting ialah companionship. Teman sejati, sehidup dan semati. Siapa pergi dulu Allah sahaja yang mengetahui. Dulu sudah sibuk bela dan besarkan anak-anak, sekarang kita perlukan privacy pula. Walau macam mana keadaan, hidup berdua dirumah sendiri tetap seronok dan menggembirakan. Tapi suka anak-anak dan cucu-cucu datang kerumah untuk makan bersama. Sukar dibayangkan bila pasangan menemui Allah dulu, yang tinggal tentu kesunyian.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...