‘Ayah Penoreh Getah, Ibu Cleaner.” Terlantar Sakit Kanser Limfoma Tahap 4, Gadis Ini Perlukan Darah B+ Atau O Untuk Teruskan Hidup.

Share

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Siapa sangka, anak yang dahulunya sihat kini terlantar sakit tidak bermaya.

Luluh perasaan ibu dan ayah bila mengetahui anaknya menghidap Kanser Limfoma tahap empat. Kehidupan yang serba kekurangan menyebabkan keluarga ini semakin dihimpit kesusahan.

Kisah gadis ini dimuat naik  di facebook oleh Noorhafizah Ramli  yang merupakan sepupunya.

Itulah situasi yang dihadapi ibu dan bapa kepada gadis berusia 21 tahun ini, Nur Farahannis Hasdee, namun mereka tidak putus asa dan berhempas pulas bekerja memastikan rawatan terbaik kepada anak gadisnya itu.

Mungkin ini merupakan dugaan terbesar buat ibu dan bapa Farahannis yang perlu ditempuh dalam meneruskan kehidupan. Ibunya hanyalah seorang cleaner manakala bapanya seorang penoreh getah.

Jarak rumah dan hospital kira-kira 70 Kilometer menyebabkan suami isteri ini terpaksa berulang alik dari rumah mereka di Sik ke hospital di Alor Setar. Allahu hebatnya dugaan buat mereka.

Meskipun mereka menaiki kereta untuk ke hospital namun kenderaan tersebut sentiasa mengalami masalah selain sejak kebelakangan ini kesihatan ayah Farahannis juga terjejas sekaligus pendapatan mereka sekeluarga hanya bergantung kepada si ibu

Anak kedua daripada tiga orang adik-beradik itu kini sedang tenat dan terlantar di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar Kedah. Malah ketika ini dikhabarkan Farahannis memerlukan darah jenis B+ atau jenis O kerana palet darah nya kembali 0.

Difahamkan Nur Farahannis dibantu oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat dari sudut kos perubatan. Bagaimanapun  ibu ayahnya masih perlu menanggung beban membaiki kos kereta yang sering kerosakan, kos sara hidup sekeluarga selain juga kos minyak kereta untuk berulang alik dari Sik ke Alor Setar.

Atas rasa simpati dan perikemanusiaan, Noorhafizah Ramli di facebook telah memuatnaik perkongsian ini bertujuan meringankan beban keluarga Farahannis. Selain memaklumkan keadaan Nurfarahannis yang sedikit sebanyak menyukarkan lagi ibu dan ayah gadis tersebut untuk menjalani kehidupan

Bagi anda yang ingin meringankan beban keluarga ini boleh lah berbuat demikian di Bank Simpanan Nasional ini : 02115-4100011046-5 atas nama Shaharom Bt Che Amin (Ibu).

Sumber: Noorhafizah Ramli