Tidak dinafikan kebiasaannya dalam rumah kita mesti ada satu bilik yang kita jadikan tempat menyimpan pelbagai barang-barang hingga menampakkan bilik tersebut seperti ruangan stor yang sarat.
Begitu juga dengan keluarga ini, ada satu ruang bilik seperti itu. Namun bila anak-anak semakin membesar, seorang ayah ini lakukan transformasi 360 darjah sekali gus menjadikan bilik tersebutcukup selesa untuk dua orang anak lelakinya.
Nak tahu kisahnya, jom baca perkongsian penuh daripada Muhamad Muktamin Abdul Karim, sekoga turut memberi inspirasi pada yang lain.
ILHAM DEKO UNTUK BILIK ANAK
Dari sebuah bilik yg belum pernah digunakan,tempat simpan barang saja.
Ads
Dengan cetusan ilham daripada titisan hujan dan lemon segar kehujanan timbullah idea utk transform 360° ruang yg tak seberapa ini menjadi sebuah bilik selesa utk dua anak bujang kami.
Dinding kami anak beranak lukis dengan berus dan roller saja(having fun)
Ads
Seadanya saja,alhamdullilah.90% dibeli di IKEA dan selebihnya Romantika Home Deco dan juga yg dah memang ada di rumah.
Semoga sedikit sebanyak memberi ilham deko utk sahabat-sahabat grup ini.
Ads
Dalam RM2,500 boleh dapat;
1)set katil 2 tingkat tu sekali dengan 2 drawernya.
2)2 tilam
3)2 set alas tilam/quilt cover+sarung bantal
4)3 bantal
5)lampu meja+bulb sekali mcm dlm gbr
6)papan putih termasuk aksesori (3 bekas biru+rail tempat gantungnya),rak biru dan putih yg diletakkan pada papan putih tu,3 kotak kecik 3 warna pada papan putih tu,hook/cangkuk
7)Set rak pakaian dan bar penggantungnya
SEMUA INI DI IKEA
8)Gambar/frame,poket utk letak remote dll.dan lemon *beli di Romantika
9)Cat jotun biru,kuning (lukisan) dan cat putih dinding
“Selamat mendeko kerana Allah,semoga dipermudahkan ”
Selepas Tujuh tahun mendirikan rumah tangga, pelakon Jehan Miskin dan isteri, Julie Camelia Rhee akhirnya menerima kehadiran cahaya mata pertama mereka pada jam 12.15 pagi Sabtu lalu.
Jehan menerusi laporan Harian Metro memberitahu, isterinya selamat melahirkan bayi lelaki mereka seberat tiga kilogram di sebuah pusat perubatan swasta di ibu negara.
“Bayi kami lahir awal. Isteri saya sepatutnya dijangka bersalin sekitar minggu pertama Mac. Jadi, doktor buat pembedahan kecemasan.
“Berat badan pun dikira cukup baik meski dia dilahirkan dua atau tiga minggu lebih awal dari tarikh jangkaan,” ujarnya.
Menurut Jehan, bayinya dinamakan Axel Nova Rhee lahir dengan diiringi letupan di sekeliling hospital sempena perayaaan Tahun Baru Cina Hokkien.
“Boleh dikatakan kelahiran bayi Axel meriah disambut letupan mercun di sana sini,” katanya bergurau.
Pelakon filem 10 Tips Tipu Bini ini amat teruja bergelar bapa. Dia memaklumkan isteri dan bayi mereka dalam keadaan baik.
“Buat masa ini, mereka berdua masih berehat lagi di hospital. Sebaik keluar hospital nanti, isteri akan menjalani tempoh berpantang di rumah bersama keluarga,” katanya.
Sementara itu, perkongsian Jehan dan isterinya berkenaan kelahiran Axel Nova Rhee menerusi Facebooknya mendapat maklum balas positif daripada rakan artis, kenalan dan peminat.
Setiap kali anak batuk atau demam , pasti ibu orang yang paling tak senang duduk. Nak-nak lagi kalau anak-anak jenis yang sakit lambat nak sembuh. Kadang kala memakan masa berminggu-minggu.
Kerana itu, ibu sangat alert dan mengawal pemakanan anak-anak terutama makanan junk food seperti gula-gula dan sebagainya. Nak nak lagi anak jenis yang sukar untuk makan ubat. Puas dipujuk dengan pelbagai cara, ada sahaja alasan dan karenah mereka yang tidak mahu makan ubat.
Untuk ibu-ibu yang ada masalah ini, apa kata buat sendiri candy atau gula-gula untuk anak-anak. Istimewanya candy ini bukan sahaja selamat dimakan malah ia membantu melegakan batuk atau sakit tekak yang dialami anak-anak.
Namun, candy ini bukanlah ubat dan anak-anak tetap perlu mendapatkan rawatan doktor jika batuk berterusan dan tidak baik. Candy ini adalah sebagai rawatan alternatif.
Untuk ibu-ibu yang nak cuba buat sendiri, jom tengok perkongsian dari AJ Idris ini.
Ini bukanlah ramuan ubat batuk, cuma sebagai alternatif untuk mengurangkan / melegakan sakit tekak dan batuk ringan. Kena juga jumpa doktor, tau.
Bahan-bahan
Sebiji lemon, ambil jus,
1 sudu kecil serbuk halia,
3 sudu kecil gula perang (dalam gambar sesudu je buat contoh). Boleh gantikan dengan gula putih kalau suka.
cara membuat:
Masak semua bahan di atas dalam api perlahan sampai berbuih macam ni. Kaca-kacau ya.
Bila dah berbuih, tutup api. Kacau-kacau lagi sampai buih hilang, dan air tadi jadi pekat dan agak melekit.
Cepat-cepat titiskan, sebab dia akan cepat mengeras. Titislah comel-comel. Kalau ada acuan, sila guna.
Bila dah keras, taburkan gula ising. Tapi di sini saya taburkan serbuk bunga ros sebagai ganti gula ising. Kata pun nak sihat.
Ini, warnanya agak gelap sebab saya gunakan gula merah.
Yang ini, saya campurkan sedikit serbuk bunga ros dalam ramuan.
Dah keras dan sejuk, simpan dalam bekas kedap udara. Siaplah sudah.
Memetik berita di BERNAMA berkenaan petua dua beradik yang sehingga kini kekal sihat walau telah berusia melebihi satu abad, siapa sangka amalan berpuasa selama tiga bulan sehingga Ramadan dijadikan rutin setiap tahun sejak mereka di usia muda lagi.
Dua beradik yang dikenali sebagai Munah Yunus, 115 dan Pah Yunus, 111 yang menetap di Kampung Rengas, Tok Bok bersyukur masih sihat dan dikurniakan usia yang panjang walau pun pergerakan mereka kini agak terbatas.
Bercerita lanjut, Pah berkata pergerakan mereka berdua mula terbatas sejak 10 tahun lalu dan masing-masing kini hanya mampu mengesot selepas keduanya terjatuh dalam kejadian berasingan sehingga menyebabkan tulang belakang mereka terjejas.
“Alhamdulillah, kami berdua bersyukur diberi usia yang panjang walaupun jika hendak diikutkan secara rasmi di kad pengenalan, usia saya yang berdaftar adalah 97 tahun, manakala kakak pula berusia 100 tahun.
“Namun mengikut tanda simbul ‘*’ yang diletakkan pada hujung nombor kad pengenalan kami sebenarnya saya telah berusia 111 tahun, manakala kakak pula telah mencecah 115 tahun” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya.
Amal Berpuasa, Kekal Sihat
Nenek kepada 18 cucu ini berkata beliau mengakui ramai yang bertanya amalan serta petua yang diamalkan ketika usia muda, yang membuatkan mereka masih kekal sihat sehingga sekarang.
Katanya sejak dahulu lagi beliau serta kakaknya telah mengamalkan untuk berpuasa tiga bulan secara berterusan iaitu bulan Rejab, Syaaban dan juga Ramadan, selain turut berpuasa sunat pada hari Isnin dan Khamis.
“Sehingga kini saya masih mengamalkan berpuasa selama tiga bulan selain puasa sunat pada hari Isnin dan Khamis. Alhamdulillah, setakat ini saya tidak mengalami sebarang masalah ketika berpuasa dan dari segi kesihatan, saya hanya menghidap penyakit darah tinggi dan juga parkinson.
“Bagaimanapun, sejak beberapa tahun kebelakangan ini kakak saya sudah tidak mampu untuk berpuasa penuh pada bulan Ramadan sahaja, kerana mudah mengalami keletihan selain beliau juga sudah nyanyuk,” katanya yang kini menetap di rumah anak masing-masing.
Ambil Suntikan Vaksin
Pah yang turut menzahirkan rasa kebimbangan dengan keadaan wabak COVID-19 di negara ini, beliau berkata dia dan kakaknya tidak melepaskan peluang mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 pada 12 Julai lalu.
“Walaupun kami tergolong dalam golongan warga emas dengan pergerakan agak terhad namun kami berdua tidak ragu melepaskan peluang mendapatkan suntukan vaksin kerana khuatir wabak ini mudah mengangkiti golongan seperti kami.
“Syukurlah, kami berdua telah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin iaitu dos pertama pada 12 Julai dan dos ke dua pada 5 Ogos lalu di pusat pemberian vaksin (PPV) di Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat, Pulai Chondong.
“Alhamdulillah, selepas menerima suntikan vaksin saya tidak mengalami sebarang kesan sampingan, dan kakak pula mengalami demam beberapa hari namun kini telah kembali sihat sedia kala,” katanya.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520