Ayah Ni ‘Slow-Slow’ Didik Lima Anak Buat Simpanan Emas, Target Hingga Beli Rumah Sendiri.

Share

Memang susah nak didik anak menyimpan duit, lebih-lebih lagi untuk simpanan emas. Namun untuk mendidik anak tentang kepentingan menabung kena slow-slow supaya ia menjadi bukan paksaan sebaliknya atas kesedaran kepentiangan untuk masa hadapan.

Begitu juga Syukor Hashim yang mendidik anak-anak dalam menyimpan emas. Dia memulakan dengan memberikan setiap anaknya satu gold card folder.

Bermula dengan cara itu, anak-anaknya akan ada simpanan masing-masing. Namun, dia menetapkan sasaran untuk anaknya di masa hadapan dengan mengaitkan simpanan emas mampu membeli rumah di masa hadapan.

Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini 

Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.
SASARKAN TARGET SIMPAN EMAS UNTUK BELI RUMAH

 

Saya ada 5 orang anak. Semuanya saya simpankan emas sebagai harta mereka.
Namun anak nombor 2 nie (Fadzil) lebih terrer simpan emas.

Kakak dan adik-adik dia cuma ada satu gold card folder setiap seorang, namun dia dah sampai 2 gold card folder.

Adik-adik dia ada masalah tak tahan nak shoping beli beyblade dan perabis duit namun Fadzil nie steady mekdi simpan duit.

SLOW-SLOW DIDIK ANAK SIMPAN EMAS

Gais, cuba bayangkan.
Walaupun saya mendidik orang untuk simpan emas, namun saya tahu ianya sangat mencabar.

Ini kerana nafsu manusia secara semulajadi bukanlah menyimpan tapi cenderung perabis duit. 

Anak-anak saya nie saya slow-slow ajar simpan duit jadi emas.

Lepas tu saya bagitau kat diorang satu perkara.
“Korang target simpan emas sampai boleh beli rumah sendiri”

Dengan kata lain, saya kena kaitkan simpanan emas nie dengan kemampuan membeli rumah di masa hadapan.

Logiknya seperti berikut:
Rumah = mahal.

Diorang simpan emas sikit-sikit dari sekarang. Nanti dah besar diorang boleh beli rumah yang mahal.

Saya dan CikJun siap bagi pesanan kat anak-anak. Semua harta mak abah, itu kami punya. Korang kena cari harta sendiri.

Tapi kalau bab belajar. Itu semua kami tanggung.
Korang belajarlah setinggi mana korang boleh pergi. Kami akan cari duit untuk korang.

Sumber: Syukor Hashim

 

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club