Ayah Ni Sibuk Siapkan ‘Order’ Jambangan Duit Tanpa Tahu Itu Untuknya Dari Anak, Buat Warganet Tersentuh Hati!

Share

Pengorbanan ibu bapa dalam membesarkan anak-anak tidak mampu dibalas waima dengan wang ringgi yang menimbun. Kerana itu anak-anak dituntut supaya berbuat baik kepada kedua-duanya kerana pada merekalah terletaknya syurga.

Baru-baru ini, seorang wanita bernama Salwani menerusi laman Twitternya telah memuatnaik satu foto ayahnya sibuk menyiapkan ‘order’ seseorang padahal sebenarnya, jambak duit itu untuknya daripada anak-anak tercinta.

Salwani sebelum ini pernah memuat naik kisah arwah ibunya sehingga tular. Kini dia berkongsi kisah ayahnya. Cukup menyentuh hati kasih sayang seorang anak terhadap ayahnya.

Tak…. Masalahnya sekarang ni bouquet duit ni buat nak bagi hadiah birthday ayah in advance time raya haji ni. Tapi tuan sendiri dok hias ni sbb dok tipu ayah cakap ni orang tempah. Penat tau berlakon.

Tinggal sorang ni je harta dunia akhirat yang ada

 


 Rata-rata meluahkan rasa sebak dan mendoakan semoga terus berbakti kepada ayahnya.