Umum mengetahui bila kita mula sahaja melangkah ke dunia pekerjaan pasti kita akan mendaftar menjadi ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Pun begitu, siapa sangka rupa-rupanya untuk menjadi ahli tidak perlu tunggu seseorang itu bekerja.
Bahkan seawal usia 14 tahun sekali pun sudah boleh mendaftar ahli untuk membuat simpanan di hari tua. Lagi istimewanya dapat juga menikmati dividen dan insentif lain yang ditawarkan oleh KWSP.
Namun mungkin ramai ibu ayah tidak tahu akan hal ini dan apabila seorang bapa Mo Ameen, berkongsi pengalamannya mendaftar dua orang anaknya yang berusia 15 dan 16 tahun menarik perhatian umum hinggakan perkongsian tersebut menjadi viral di media sosial.
Daftar Seawal Usia 14 Tahun
2 orang anak saya yang sulung dan no.2 (kedua-duanya masih sekolah menengah) telah pun mendaftar sebagai ahli KWSP pada tahun lepas (24 Disember 2021).
Ramai yang tak tahu, seawal umur 14 tahun sebenarnya sudah boleh menjadi ahli KWSP dan tidak perlu tunggu apabila mula bekerja.
Pendaftaran pula boleh dibuat di kios KWSP sahaja, tidak perlu ke kaunter.
Selepas daftar, perkara pertama yang saya suruh anak buat ialah daftar akaun online KWSP (i-Akaun) di kios yang sama.
Kedua, daftar akaun Simpanan Shariah menggunakan i-Akaun.
Ketiga, saya daftarkan caruman i-Saraan.
Keistimewaan
Alhamdulillah, akaun anak-anak saya telah pun ditukar ke akaun Simpanan Shariah berkuat kuasa 1 Jan. 2022. i-Saraan pula adalah caruman secara sukarela.
Disamping dapat menyimpan pada usia muda dan dapat dividen setiap tahun, kerajaan juga telah memperuntukkan insentif sebanyak 15% (jumlah insentif maksimum RM250 setahun).
Bayaran caruman i-Saraan secara online saya buat melalui Bank Islam.
Sebagai ahli KWSP juga akan mendapat manfaat kematian RM2500.
Mungkin ada yang bertanya, kalau sekadar nak menyimpan, boleh sahaja buka akaun bank atau tabung haji.
Berdasarkan pengalaman saya, simpanan anak-anak dalam Tabung Haji, akhirnya ayahnya juga yang guna . Sekian.
Sumber : Mo Ameen
ARTIKEL MENARIK
: Adunan Tak Naik? Wanita Ni Kongsikan Sebabnya Pada Yis!Baca Ini Juga :Hidup Mewah, Rupanya Datuk Lee Chong Wei Buat Macam-macam. Bukan Main Badminton Je Dulu!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club