Pengalaman mengerjakan umrah bersama keluarga tentunya memerlukan persiapan rapi sejak awal lagi. Biasa juga kita dengar perkongsian di fb bagaimana seorang ibu atau ayah mempersiapan kelengkapan detail untuk membawa anak-anak kecil bersama. Pun begitu, perkongsian daripada seorang lelaki berusia 63 tahun yang pergi menunaikan umrah bersama isteri, kakak ipar dan anak perempuan bongsunya menarik juga kisahnya.
Pelbagai persiapan mengumpul maklumat dilakukan bermula seawal setahun sebelum tarikh penerbangan, dan semua itu untuk pastikan diri dan keluarganya faham dan bertujuan memudahkan urusan di sana. Dan mengetahui lagi apa kisahnya, jom baca perkongsian ini.
Catatan pengalaman pertama saya bersama keluarga (isteri, anak perempuan bongsu dan kakak ipar) mengikuti pakej umrah pada 9/12 hingga 18/12/2016. Catatan di bawah khusus berkisar APA YG KAMI LIHAT DI SEBERANG JALAN DI LUAR PAGAR MASJID NABAWI.
PERSEDIAAN SEBELUM PERGI UMRAH:
Walaupun keluarga menyedari saya sebagai suami@bapa berumur 63 tahun mengidap sakit lutut kronik, sakit pinggang dan tidak lagi secergas dulu, namun hakikat sifat seorang isteri, anak perempuan bongsu dan kakak ipar pastinya bergantung sepenuhnya ke atas saya kerana saya LELAKI@KETUA KELUARGA. Maka untuk menjadikan umrah yang entah bila boleh diulang menjadi kenangan abadi, saya mengumpul maklumat setahun lebih awal. Selain kursus umrah, sebagai warga emas celik IT memudahkan saya mengembara awal mencari maklumat melalui google street, youtube dan FB. Saya juga menjadi follower badan rasmi FB & IG seperti Tabung Haji, Haramain dan Makkah_Madinah.
SEMASA DI MASJID NABAWI:
Selain program rasmi bersama mutawif serta solat dan zikir di masjid, saya menjadi mutawif tanpa tauliah untuk keluarga bagi memenuhi aktiviti ziarah lain. Di antara perkara yang kami buat selepas solat asar @ sementara menunggu solat maghrib:
1) Hari pertama (cuaca cerah & suhu 16°c), usai solat Asar kami tawaf sekeliling kawasan Masjid Nabawi yang mempunyai 40 pintu pagar@gate bermula dari gate 1. Di luar gate 1 (bahagian Selatan masjid berdekatan dengan Raudhah/kubah hijau) terdapat kedai menjual cenderamata buatan Madinah (Almunawara gift shop). Di belakang bangunan kedai ini terdapat bangunan mahkamah syariah.
2) Dari gate 2 jika berjalan terus keluar menghala arah kiblat@ Selatan sejauh 800m, di situ terdapat masjid Bilal ibn Rabah. (Sumber google. Kami tak pergi ke masjid ini atas faktor kesuntukan masa dan elak keletihan).
3) Di seberang jalan gate 3, 4 & 5 ada sebuah klinik (Al Safiah Health Center) dan pasar menjual kurma (Pasar Tammara).
4) Di gate 5 terdapat 2 buah museum iaitu The Holly Quran Exhibition dan The Prophet's Mosque Expansion Exhibition.
Ads
5) Lebih kurang 50m dari gate 6 kita boleh nampak masjid Al Ghamamah dan di sebelahnya jarak 30m ialah masjid Abu Bakar as-Siddiq.
6) Di pagar bhg. barat masjid, dari gate 7 dgn jarak 100m terdapat masjid Ali bin Abi Talib.
7) Di sepanjang gate 8-14 (bhg. barat masjid) terdapat 3 buah museum iaitu Assalam, Muhammad The Messenger of Allah dan The Beutiful Names of Allah Exhibition.
8) Di gate 15, berjalan 50m menghala keluar kita akan menemui sebuah taman mini berpagar yg subur menghijau iaitu Sokaifat bani Saedah. Taman ini adalah tempat kaum muhajirin & kaum ansar berhimpun membincang perlantikan khalifah bagi menggantikan nabi Muhammad SAW yg baru wafat dan belum dikebumi. Di taman ini lah mereka bersetuju melantik Saidina Abu Bakar as-Siddiq sebagai khalifah pertama umat Islam.
9) Di pagar bhg. utara @ belakang masjid, sepanjang gate 16 hingga 27 terdapat deretan hotel dan kedai yg menjual pelbagai barangan seperti emas, minyak wangi, pakaian, kurma, cenderamata dll.
Ads
10) Makanan segera KFC ada berdekatan gate 20.
11) Gate 21 merupakan pintu masuk utama ke Masjid Nabawi. Di luar gate terdapat tugu jam di tengah bulatan@roundabout. Jika kita berdiri di gate dan menghadap tugu jam, sayup mata memandang di belakangnya ialah Jabal Uhud. Dari gate 21 berjalan terus arah utara (400m) akan jumpa pasar kurma dll barangan yg dijual dgn harga berpatutan (Bengali Market).
12) Gate 25 terdapat starbuck dan dari gate ini terus masuk ke pintu 25 masjid Nabawi merupakan laluan khas jemaah wanita untuk ke Raudhah.
13) Gate 27-33 (di bhg. timur masjid) ditutup kerana di luar pagar ada projek pembinaan.
14) Gate 34 ada laluan khas utk jemaah wanita yg ingin melihat perkuburan Baqi dari luar pagar.
Ads
15) Di luar gate 35 terdapat klinik (Bab Jebreel Health Center).
16) Gate 36 laluan khas jemaah lelaki utk memasuki kawasan perkuburan Baqi.
17) Di luar gate 37 terdapat pejabat utk melapor kehilangan orang atau harta benda.
18) Di luar gate 38-40 (bhg. selatan) agak sunyi. Hanya trdapat bangunan 2 tingkat bersambung memanjang sehingga ke gate 6 yg mengandungi museum The Holly Quran Exhibtion.
Masa yg kami ambil utk tawaf keliling pagar Masjid Nabawi ialah 1.30 jam.
Mohon maaf jika ada sebarang kesilapan maklumat. Semoga bermanfaat. Terima kasih.
Melangkah umur ke 44 tahun semalam, penyanyi dan juga chef selebriti Dato’ Fazley Yaakob luah rasa syukur diberikan keredhaan olehNya untuk kejar pahala dan mencari rezeki sehingga ke hari ini.
Dalam perkongsiannya di laman Instagram, Dato’ Fazley imbas kembali kejayaan yang dikecapinya kini bulan perkara yang mudah. Tidak bermula dari latar belakang yang senang, pelbagai cabaran yang dilaluinya untuk kekal hingga ke saat ni.
“24 tahun dalam dunia seni, 10 tahun dalam dunia masakan dan 5 tahun sebagai ketua keluarga besar (selepas pemergian Bapak tersayang)
“Laluan saya bukan mudah, pelbagai dugaan fizikal dan emosi telah saya lalui selama ini. Di lahirkan dalam keluarga yang serba kekurangan; Bapak dulu keluarga peniaga gerai mee goreng di kedah, dan Ibu keluarga penoreh getah dan pembuat kuih2 melayu di Negeri Sembilan.
“Seawal usia bawah 5 tahun, dah pernah merasai kepayahan tiadanya baju raya baru, di besarkan di kampung kerana ibu @rsd.umi tidak mampu untuk besarkan saya di Kuala Lumpur kerana kepayahan hidup. Namun kami tetap kaya kasih sayang dari dulu sehingga ke hari ini”, tulisnya dalam kapsyen perkongsian tersebut.
Malah, melalui pengalaman hidup ini, Dato’ Fazley atau nama sebenarnya Ahmad Fadzli Yaakob membuat beberapa kesimpulan yang dijadikan panduan hidupnya.
1) Kasih sayang tak boleh di jual beli dan harta dunia belum mampu membahagiakan
2) Ibu dan Ayah kita adalah anugerah terbesar dunia akhirat, kebahagiaan mereka adalah punca kejayaan kita
3) Anak dan isteri @azrene_ahmad adalah kebun pahala. Usahalah membahagiakan mereka dengan perhatian dan kasih sayang. Pengorbanan itu perlu demi kelansungan hidup
4) Biarlah orang membuat jahat pada kita, kita usahalah untuk kekal senyum dan redha. Tak perlu balas kejahatan dengan kejahatan, diam dan memaafkan lebih mulia
5) Jangan sia siakan mereka yang menyayangi kita, jangan abaikan mereka yang beri kita perhatian yang kita perlukan. Usah di kejar sesuatu yang bukan milik kita, jangan lalai dengan apa yang kita telah ada
6) Orang tak suka kita? Senyum! Orang kutuk kita? Senyum! Orang troll dan kutuk2 kita melampau lampau? BLOCK DAN DELETE! 😈
Semoga perkongsian Dato’ Fazley ini memberi manfaat buat semua.
Apabila bergelar ibu, pastinya gelagat anak akan menjadi momen indah untuk dikenang. Rasa tak sabar untuk mengandung dan melahirkan anak kerana inilah momen yang paling dinantikan oleh setiap wanita. Lengkap sudah fitrah hidup.
Begitu juga dengan pelakon, Fasha Sandha begitu teruja apabila cahaya matanya, Aisha Amaira. Menerusi laman instagramnya, Fasha berkongsi cerita pernah keguguran dua kali sebelum lahirnya Aisha. Assalamualaikum,
.
Pengikut ibu naik ke 5M hari Aisha dilahirkan, ramainya yang sayangkan #iburayfalrayshaaisha Alhamdulillah , Terima kasih pengikut ibu yang selalu mendoakan baik2 untuk ibu saya sejak dulu lagi….
Nama saya ,
AISHA AMAIRA BINTI MOHD AIDIL
Yang membawa maksud,
Bahagia dan Cantik Selamanya.
Ibu Aisha sangat kuat, hari kedua ibu dah kemas barang2 dan balik rumah.
.
Aisha adalah anak ke 5 ibu dan ayah tau… lagi 2 anak ibu ayah dah dalam syurga Allah. Ibu pernah 2 kali keguguran sebelum dapat Aisha. Tapi ibu dan ayah Aisha kuat, tak pernah putus asa dan tak putus doa. Al Fatihah untuk kakak dan abang Aisha di syurga.
Kepada ibu2 yang pernah melalui nasib yang sama dengan ibu ayah Aisha, jangan putus asa , Allah is the best planner.
.
Sebelah ibu Aisha ni namanya Nenek Kamisah (Tokmi) dialah matchmaker ayah ibu sehingga Aisha dilahirkan. @kam2u
.
Ayah @itsaidilaziz Aisha sayang Ayah, terima kasih sebab bantu ibu jaga Aisha kadang Aisha berjaga and poopoo at night
Setiap kelahiran cahaya mata, benda yang paling ibu-ibu suka buat adalah bau baby. Baby ni ada bau dia tersendiri yang buat kita rasa ketagih nak cium. Wangi sangat!
Bau dia macam sedap-sdap dan kalau sekali cium tu, nak cium lagi dengan penuh kegeraman.
Harapan setiap ibu bapa mesti mahukan anaknya menjadi anak yang soleh/solehah. Dari segi amalan sebagai muslim, ada beberapa amalan yang boleh amalkan untuk ibu kepada anak mereka agar menjadi seorang yang soleh/solehah.
Sesungguhnya anak itu pembawa rezeki dan kebahagiaan.
5 Tips mendidik anak soleh :
1. Bangun pagi, peluk anak sekurangnya 3 kali dan usap kepalanya dan berselawat sambil berniat dalam hati (bergantung pada niat kita untuk anak)
2. Lembutkan hati anak
hembus pada ubun, makanan dan pakaian
– Surah AlFatihah
– Surah Al-Hasyr (ayat 21-24)
– Surah Taha (ayat 1-5)
– Ayat Qursi
– zikir ya Latif
3. Setiap kali nak nasihat anak, baca 3 nama Allah dan hembus :
– Ya ‘Aziz
– Ya Jabbar
– Ya Mutakabbir
4. Doa khas agar keluarga jaga solat dan elok perangai. (Surah Ibrahim : ayat 40)
5. Sentuh lembut ubun² anak dengan tangan kanan sambil doa dan nyatakan harapan. Sebaiknya setiap malam dalam keadaan baru hendak tidur ketika otak sedang berehat dan lebih mendengar kata.
Amalan ini sedikit sebanyak tidak menyalahi hukum islam yang boleh kita amalkan sebagai amalan tambahan dan juga usaha serta doa untuk anak
(Dipetik dari Buku Mendidik Anak Cara AlFateh)
Sumber : aisyah rich &
Sumber : The Faiz Ibrahim
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tidak dinafikan mendidikan anak adalah suatu yang mencabar. Lantaran itu ada segelintir sanggup mengikuti kelas keibubapaan untuk mendapat ilmu.Menerusi FB Zatil Arip, beliau berkongsi...