“Ayah Mereka Telah Dirampas.” Ibu Syamsul Yusof Luah Kecewa

Share

Kala konflik rumah tangga melibatkan pelakon Puteri Sarah Liyana bersama pengarah sensasi, Syamsul Yusof masih belum menemui nokhtah.

Media juga melaporkan Syamsul Yusof kekal tenang mahu fokus pembikinan The Original Gengster yang bakal di terajui oleh pelakon-pelakon terkenal.

Sementelah itu,difahamkan Datuk Yusof Haslam sudah memujuk menantunya, Puteri Sarah itu untuk menimbangkan semula keputusan menfailkan perceraian terhadap anaknya, Syamsul Yusof.

Terkini,  ibu kepada Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail pula beberapa jam lalu menerusi satu hantaran di IG Story meluahkan rasa kecewa sekali lagi melihat rumahtangga anak dan menantu kesayangannya tiada kebahagiaan lagi.

Hati ibu mana yang tidak sebak melihat anak dan menantu seakan mula mencari haluan masing-masing.

Artikel Berkaitan: “Don’t tell them. Show them.” Faizal Tahir Kongsi Didik Anak Solat. Kecil-Kecil Dah Pandai, Sejuk Perut Ibu Mengandung Kan!

Artikel Berkaitan: “Ajar Anak Disiplin Kena Konsisten.” Cara Johan & Ozlynn Didik Anak, Wajib Baca Al-Quran Lepas Solat Subuh!

“IBU MEREKA DITINGGALKAN KERANA PEREMPUAN ITU”

Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini 

Ayah mereka telah dirampas oleh perempuan yang kejam. Ibu mereka ditinggalkan kerana perempuan itu. Laknatlah hidupnya!

 

Sebelum menerusi beliau memaklumkan tidak merestui perkahwinan kedua anaknya itu. Bahkan di dalam posting sebelumnya ini, memaklumkan perkahwinan Syamsul dan Puteri Sarah mendapat restu sepenuhnya dari keluarga.

Untuk rekod, Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam yang berusia lima tahun dan Summayah, tiga tahun.

Sumber: IG Datin Fatimah Ismail

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club