Perkongsian daripada seorang kakak berkenaan adiknya yang berusia 24 tahun dan kini sedang bertarung dengan kanser cukup menyentuh hati. Redo dengan ketentuan Ilahi, keluarga ini terus bangkit memberi semangat dan tidak putus doa disandarkan pada Ilahi agar adiknya itu tabah dan sabar melawan kanser.
Lalu, terpanggil untuk Keluarga.my berkongsi kisah keluarga ini dan diharapkan kita dapat sama-sama mendoakan kesejahteraan untuk semua yang kini sedang berjuang seperti mana saudara Muhammad Syalihin bin Mohd Bakar ini.
Dan ini perkongsian di akaun fb milik kakaknya Nur Arimi Suhada.
Keluarga kami antara yang terpilih untuk ujian ni .Siapa sangka doktor cakap ayah 50/50 makin sihat dan adik yang sihat tetiba sakit . Aturan Allah hebat.
Ayah –12 tahun lepas ayah jatuh sakit lumpuh separuh badan sebelah kanan akibat kuman block saluran darah selepas cabut gigi. Doktor cakap harapan ayah hanya 50/50 sebab dia tak kenal orang, semua tak boleh . Dunia kami gelap seketika waktu itu. Tapi ayah kuat, dia tak pernah mengalah. Dalam masa setahun dia banyak perubahan, sekarang dia sihat dah, Alhamdulillah.
Mama – 5 Tahun lepas Mama pulak sakit dimasukkan ke hospital . Diserang minor strok. Alhamdulillah tak teruk sangat, sikit-sikit mama dah boleh pulih . Tapi ujian tak sampai situ je , mama pulak jatuh dan kaki dia retak . Mula-mula doktor kata boleh simen pastu akan elok tapi sebabkan mama ada kencing manis tulang tempat retak tu hancur. Orang kencing manis ni tulang dia rapuh, dah 3 kali masuk hospital nak masuk besi tapi semua cancel sebab ada masalah jantung laju. Sampai la sekarang mama kekal menggunakan kerusi roda dan masih berulang alik hopsital untuk checkup.
Ads
Adik -Muhammad Syalihin bin Mohd Bakar ,24 tahun – Tahun ni adik pula. Ramai tanya tanda-tanda dia. Dia dah lama sakit dari tahun lepas tapi dia ingatkan sakit biasa tak nak check di hospital. Tapi Rabu lepas dia tak tahan sangat dah, jadi dia mintak kami bawa dia ke hospital. Terus doktor sahkan dia mengidap kanser tahap 4 . Semua berlaku dengan cepat, kami masih lagi tak percaya . Tapi tu adalah semua ujian Allah. Kami redha. InsyAllah kami kena kuat .
Alhamdulillah dia sekarang kurang rasa down , sebab ada support dari kami sekeluarga. Ramai bagi kata-kata semangat, bagi dia happy . Esok insyAllah dia akan ke HKL balik untuk chemo sesi ke dua . Dia ade 4 sesi chemo di KL dan Ipoh .
Ads
Imbas kembali
Tanda-tanda yang adik alami, dia macam angin pasang tapi dia mengeras . Kalau angin pasang sebab lebihan lendir, tapi adik dia tak. Dia mengeras dan makin besar bahagia yang sakit tu. Kami berubat cara kampung, dua tiga tempat kami pergi, tapi tak baik-baik. Dia tak nak check ke klinik atau hospital. Setahun lebih dia sakit, kejap ok kejap tak.
Adik tak suka bercerita yang dia sakit, lagi pun sebab dia kerja, duduk rumah lain. Kami sekeluarga tidak tahu tahap kesihatannya. Pun begitu, sekali sekala tu kawan dia ada call bagi tahu yang dia tak sihat sampai pucat-pucat. Makan ubat tahan sakit lepas tu ok balik. Sampai la tahap dia tak boleh jalan, lepas tu pakcik sedara HA klinik 1malaysia datang nasihat dia minta ke hospital dengan segera.
Ads
Berlaku sekelip mata
Pada 9 Januari masuk kecemasan, 10 Januari dapat pengesahan adik ada kanser dan pada 11 Januari terus transfer ke HKL.
Hari yang pertama di kecemasan doktor dah suspect cancer tapi tak pasti tahap berapa. Lepas tu, esoknya doktor bagi tau dia cancer tapi tak bagi tahu stage berapa. Dia call minta datang ke hospital sebab doktor pakar semua nak jumpa kami . Doktor kata sel kanser dalam badan dia dah merebak ke injap paru-paru dan paru.
Jadi kena cepat chemo dan transfer ke Hospital Kuala Lumpur. Kami sekeluarga terdiam menangis rasa dunia gelap sekejap . Sampai KL selepas buat pemeriksaan penuh, baru tahu adik kini stage 4. Cancer dia germinal cell tumor.
Dia down,menangis hari-hari dan saya hari-hari bagi tahu dia yang ramai doakan dia. Ramai nak dia sihat, sejak dia balik minggu lepas saya banyak bagi dia happy ,bergurau bagi dia lupa kesakitan dia.
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya. Sungguh besar dugaan yang ditanggung oleh keluarga ini dan didoakan agar Muhammad Syalihin terus tabah dan kuat melawan penyakit kansernya itu. Teruslah berusaha dan bergantung harap pada Allah agar ada kesembuhan untuknya nanti…Amin Ya Rabb!
Hidup berkasih sayang perlukan kerjasama yang bukan sedikit bagi kedua-dua pihak. Tidak hanya seorang diri, baik suami atau isteri sama-sama berperanan memberikan yang terbaik untuk pasangannya.
Menggembirakan hati isteri mungkin dianggap remeh bagi suami. Namun para-para suami tahu tak bahawa menggembirakan hati isteri punya banyak kuasanya dalam mengutuhkan lagi hubungan yang sedang rawan.
Nak gembirakan hati isteri ternyata sangat sulit bagi sesetengah suami, apa lagi suami yang pendiam dan tidak banyak cakap. Jadi bagaimana? Tip ringkas ini wajar anda baca dan selami hati sang isteri agar menjamin kesejahteraan keluarga bahagia bersama. Malah pahala yang Allah janjikan juga pastinya milik anda.
1. Ungkapan Sayang Di Bibir
Jangan anggap kata-kata sayang adalah perkara yang remeh bagi anda. Selalulah beritahu isteri bahawa anda amat menyayanginya agar dia tahu dirinya sentiasa disayangi.
Tidak pernah tidak, pastikan setiap hari anda mengucapkan kata-kata ‘i love you’ biar hanya dalam sistem pesanan ringkas atau ‘whatsapp’. Dalam kesibukan tugasan dan kerja di pejabat, melihat mesej ringkas sang suami sekali imbas sahaja nyata menaikkan semangat si isteri. Kena buat!
2. Bergurau Senda
Tidak hanya kata-kata manis dan ayat ‘power’ untuk si isteri. Cukuplah hanya sekadar gurauan biasa yang membuatkan hati si isteri terhibur kala diusik. Tanpa kata-kata dan percakapan pastinya jadi lebih sunyi dan impaknya buat isteri kurang rasa dihargai apa lagi disayangi.
Jika berdua di dalam kereta misalnya, ambillah masa berbual dengan isteri dan sesekali selitkan gurauan dan usikan yang mampu buat isteri ketawa. Biarpun lelah menguruskan kerja di rumah dan anak-anak yang tidak pernah sudah, hati si isteri pasti terhibur.
3. Ringankan Kerja Isteri
Isteri pastinya tidak meminta. Namun sesekali bantulah ringankan tugas isteri di rumah dan boleh juga menjaga anak-anak kala dia perlukan rehat. Beri dia rehat yang secukupnya sekali-sekala tanda penghargaan untuk isteri.
Sesekali mengambil tugas menyediakan sarapan buat keluarga juga sudah dianggap hebat daripada isteri, apalagi jika anda meminta menyediakan makan malam untuk seisi rumah. Pasti isteri anda amat bersyukur dan bangga kerana memiliki suami seperti anda.
4. Pujuklah Hatinya
Bukan wanita rasanya jika isteri anda langsung tidak pernah merajuk dengan kelakuan dan kata-kata anda. Bukan kerana ayat kasar yang anda lontarkan tetapi yang anda perlu sedari, hati wanita sememangnya lembut dan begitu sensitif sekali.
Beri dia sedikit masa dan kemudian pujuklah dengan lembut. Jika tidak mampu bercakap secara langsung, mesej ringkas berbunyi ‘sayang’ atau ‘saya rindu awak’ sudah cukup buat wanita rasa tidak diabaikan. Apa lagi jika anda menghadiahkannya sebuah hadiah kecil. Jadi berusahalah.
5. Peluk Cium Selalu
Jangan anggap cinta sudah pudar biarpun anda sudah melalui usia perkahwinan yang sudah cukup matang. Sebaliknya berusahalah menjadikan hubungan anda sama seperti baru berkahwin.
Setiap hari di rumah, peluk dan ciumlah isteri selalu. Ambil masa dua minit untuk tip ini setiap kali sebelum melangkah kaki ke pejabat. Kajian pakar daripada Jerman membuktikan amalan ini cukup baik untuk sistem reproduksi wanita. Amalan yang pada mulanya janggal akan bertukar menjadi perkara paling menyeronokkan bagi anda. Bahagia itu milik anda. Ayuh lakukannya sekarang.
6. Luang Masa Bercuti
Jika mempunyai wang lebihan pada seperti bonus dan sebagainya, sesekali ajaklah isteri bercuti di hujung minggu. Tidak perlu perjalanan yang jauh, sebaliknya ukurlah kemampuan sendiri dengan bercuti di dalam negara sahaja.
Ambil masa berdua dan berehatlah daripada segala kesibukan urusan setiap hari. Lebih tenang, relaks malah isteri juga lebih gembira dan pasti tersenyum bangga. Memilih tarikh ulang tahun perkahwinan atau hari jadi si isteri tentunya menjadi memori yang paling diingati sepanjang hayatnya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Membesarkan anak di zaman ini memang mencabar keimanan. Mendidik anak dengan cara yang baik dan terpuji sememangnya dituntut namun siapa menduga anak boleh berubah perangainya bila di belakang mak ayah. Itu perkara biasa.
Sebagai ibu bapa kitalah yang perlu sentiasa bertanyakan perihal anak kita terutama Ketika di sekolah.
Seorang ibu yang berdepan masalah pergaduhan anaknya bersama rakan sehingga memotong beg sekolah membuatkan kita sedar akan pentingnya kita bertanyakan perihal anak di sekolah.
Malah ibu ini turut berkongsi hal yang sama supaya mengetahui perihal berkaitan anak terutama Ketika berada di sekolah. Perkongsian ini menarik untuk dikongsikan kepada semua.
Baru sekolah rendah dah perangai camni ye, belum sekolah menengah lagi. Mak bapak tak ajar ke? Kesian Sumayyah naik-naik rehat je bag kena potong camni.
Aku dapat dengan mak pak dia aku sound ea. Dah report kat cikgu kelas dia. Sumayyah takut nak bagitau, kawan dia yang bagitau. Tu pun Sumayyah kata cikgu diam je, dia tak tau cikgu cakap apa. Maybe Mayyah tengah sedih, tak fokus keliling dia.
[KEMASKINI] Macam-macam komen dapat. Alhamdullillah sattle dah kes semalam. Bag anak kena gunting tu. Nasib luar kelas tu ada cctv.
Cikgu tengok cctv cikgu kata memang ada yang masuk kelas time rehat. Pelaku dan mangsa mengaku salah. Puncanya ejek mengejek. Harini dia ejek anak saya, esok anak saya ejek dia. Gitulah.. seterusnya.
Sampai masa agaknya si pelaku ni geram gaknya. Dia gunting la bag Sumayyah. Sampai cikgu kata kes dendam ni.
Tapi tak terjangkau dek otak ekboleh main benda tajam, gunting tu. Hmmm..bahaya betul. Arini gunting bag takut esok main acah-acah gunting pulak. Minta jauh la.
Dua-dua mengaku salah sendiri dan minta maaf. Dan ayah si pelaku pun dah beri duit untuk ganti bag. Dan saya pun dah minta maaf pada ayah si pelaku atas apa yang terjadi.
Tak semestinya anak saya betul. Nama pun budak darjah 2. Masing-masing ada kelakuannya sendiri kan. Tak kira la anak cikgu ke anak menteri ke, artis ke, kadang yang kita tak tau pun ada. Dan kita la yang kena betulkan mereka dan bimbing. Bukan cikgu dekat sek tu. Saya pun dah marah anak saya sebab ejek-ejek sama.
Masa perjumpaan ibu bapa dan guru amik report kad tula kena tanya macam mana anak kat sekolah. Kadang dah jumpa kawan-kawan hilang baiknya
Bukan nak cari salah siapa, bukan nak gaduh cuma nak betulkan keadaan. Sebab tu suruh cikgu siasat.
Yang tersinggung dengan kata-kata saya tu maaf la ye. Terima kasih atas teguran dan nasihat semua. Saya terima.
Anak jadi pembuli kita takut, Anak dibuli pun kita takut. Semoga benda-benda ni dijauhkan la dari anak² kita semua.
Sumber: FB Waniez Zawani
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sebut sahaja aktress bernama Zarina Zainuddin, pasti ramai yang mengagumi dek kecekalannya membesarkan anak kembar istimewanya yang autisme. Kehadiran anak istimewa ini benar-benar merubah Zarina Zainuddin sebagai seorang ibu yang tabah dan sabar.
Sering berkongsi akan aktiviti harian Azal dan Azil di laman Instagram, membuatkan ramai peminat yang mengikuti perkembangan anak kembarnya. Baru-baru ini dia bersama anak-anak kembarnya di jemput ke satu program temu bual sempena Autisme. Dalam program temu bual tersebut, Azal telah menunjukkan bakatnya yang mahir dalam pengiraan matematik.
azal. Autism talk Padang MPBJ ,tq for inviting,” tulis Zarina di laman instagramnya.
Menerusi program tersebut, Azal telah menunjukkan bakatnya yang mahir dalam pengiraan matematik. Pengacara majlis telah memberikan tahun lahir panelis di pentas, dan Azal telah berjaya menjawab dengan umur setiap panelis dengan tepat sekali. Rata-rata tetamu yang hadir kagum akan kebolehan Azal itu.
Malah, Zarina turut memuat naik video berkenaan di laman instagramnya. Ramai netizen yang memuji keistimewaan yang Tuhan kurniakan buat anak istimewa Zarina ini.
ainnhazlann_ Bijaknya azal. Saya pun ada adik sepupu autisme, dlm kelas selalu dapat no 1 & pandai sgt melukis. Anak2 syurga ni gifted, bijak & creative dgn cara diorg tersendiri. Setiap kejadian Allah tu ada kelebihan & kekurangan masing2 ❤️
randy.rizal Saya sangat salut sama ka @zarinazainuddin_ yang begitu tangguh dan sabar mendidik ke 2 anaknya. Yang Autism. Semoga ka @zarinazainuddin_ selalu di berikan kesehatan dan kesabaran. Anakmu anak syurga kelak.
alfean_hazree hebat azal anak syurge ibu .. ZarinaZainuddin
cik_dayangct Adoiiiii hebat nya…lau suh sy kira tuhhhh …merangkak oi..Alhamdulillah anak bertuah
hanakekira Adei.. malu acik zal . Acik kira umur org pun pakai kakulator zal.. adei..
randy.rizal Saya sangat salut sama ka @zarinazainuddin_ yang begitu tangguh dan sabar mendidik ke 2 anaknya. Yang Autism. Semoga ka @zarinazainuddin_ selalu di berikan kesehatan dan kesabaran. Anakmu anak syurga kelak.
qisthina_eyna Inilah kelebihan dia yang tuhan bagi… semoga menjadi ank yg berguna utk mak ngan ayah yew azal..
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...