“Ayah Lelaki Pertama Sayang & Cinta Seluhurnya Padamu.” Nukilan Aeril Zafril Untuk Anak Perempuan Undang Sebak!

Share

Benarlah orang kata, anak perempuan lebih rapat dengan si ayah. Lihat saja Awal ashaari dan anaknya Lara Alana. Tidak ketinggalan juga Aeril Zafrel dan anaknya,Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa  atau lebih mesra dengan panggilan Hayla.

Terbaru dalam perkongsiannya di instagram, suami kesayangan Wawa Zainal ini ada memuat naik nukilan istimewa sempena hari kelahiran anak perempuannya itu.

Bismillah…
Ditulis catatan untuk masa depan ini buatmu sang puteri cinta hati ayah : HAYLA ADZKIYA di hari ulang tahun kelahiran yang ke-6.

Saat datangnya kamu dalam hidup ayah dan mama di sisi abang Attar lebih menyempurnakan hari-hari kebahagiaan kami. Ayah bulatkan hati dan nekad mahu jadikan keluarga kita ‘Syurga Kecil’ di dunia yang tak kekal ini.

Sebagai ketua keluarga, Aeril mengakui cuba menjadi suami dan ayah yang baik untuk keluarga mereka.

Semoga semuanya jadi kenang-kenangan indah yang mengindahkan perjalanan hidup Hayla sampai bilapun. Sekurangnya, menjadi bukti dan saksi yang ayah mencuba menjadi seorang walid terbaik dalam membawa amanah Tuhan sebagai ketua dalam keluarga kita ini.

Tegas Aeril lagi, demi keselamatan dan tanggungjawab sebagai seorang ayah, dia juga akan lebih bersifat tegas kepada anak perempuannya itu.

Ayah mohon maaf seawalnya, jika selepas ini hingga Hayla berusia REMAJA ; ayah akan sedikit tegas dalam menjaga dan menuntun Hayla. Segalanya demi kasih sayang murni ayah dan ‘bekalan’ pada Hayla, meraih kejayaan dan keselamatan dunia akhirat. insyaALLAH.

Kerna ayah mengerti, selepas usia remaja, masa untuk Hayla selalu bersama ayah dan mama akan makin berkurangan. Ayah redha semua itu nanti, tapi yang ayah bimbang dan TIDAK REDHA jika Hayla kelak ‘tertipu’ dengan permainan dunia dan ‘dipanggang’ dengan jilatan api neraka (Na’uzubillah).

Jadi, ke mana pun Hayla pergi nanti, ayah mahu Hayla bawa dan jaga ‘hak’ ALLAH sebaiknya. Mahu berbuat apa pun, selalu bayangkan ayah dan mama – jangan pecahkan hati dan perasaan kami. insyaALLAH selamanya Hayla kan ‘ terjaga’ dan dicucuri rahmat kejayaan.

Dalam masa yang sama, Aeril juga berharap anaknya itu suatu hari nanti menjadi anak yang solehah biarpun dia sudah tiada di sisi anaknya itu.

Nanti ayah akan sambung catatan ini lagi…dan ayah yakin satu hari nanti Hayla akan membaca dan mengerti pesanan ini. Mungkin waktu itu ayah sudah tiada lagi tapi tolong buatkan ayah ‘bangga’ di hadapan Tuhan, punya anak solehah seperti Hayla.

Demi ALLAH, ayahlah lelaki pertama yang sayang dan cinta seluhurnya kepadamu duhai puteriku. Selamat ulangtahun ke-6 sayang … Hayla Adzkiya!

Sumber: aeril_zafrel


Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Bersempena Bulan Kemerdekaan, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM300! Cara nak dapatkannya mudah sahaja, ayuh sertai Pertandingan Berbalas Pantun Anak Merdeka dengan mendaftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pertandingan-berbalas-pantun/   atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520