
Bila bercerita tentang luahan kasih sayang seorang ayah, ada yang mengatakan ayah sukar dilihat menzahirkan perasaan tersebut kepada anak-anaknya. Apatah lagi melayan karenah dan ragam anak-anak untuk bermain dan bermanja. Lazimnya bila bab bermain dengan anak-anak, ibu dikatakan lebih ada masa dan biasa melakukannya.
Pun begitu, tidaklah semua ayah tidak tahu untuk melayan kebosanan anak-anak dan sekali gus mencipta momen yang cukup menyeronokkan di hati anak-anak. Umpamanya bila terlihat rakaman video yang dikongsikan di IG Sahabat Surga ini.
Dalam video tersebut, kelihatan seorang ayah dan anak perempuannya begitu seronok dan ceria bermain ‘osom’ di atas motosikal. Apa yang lebih menyentuh perasaan dan sweet sangat dilihat, apabila setiap kali anaknya menang di dalam permainan ‘osom’ tersebut anaknya akan mencium ayahnya sebagai ‘ganjaran’.
Bila bercerita tentang kasih sayang seorang ayah, ada yang mengatakan ayah sukar dilihat menzahirkan perasaan tersebut kepada anak-anaknya. Apatah lagi melayan kerenah dan ragam anak-anak untuk bermanja. Namun tidaklah semua ayah begitu, dan kasih sayang seorang ayah terhadap anaknya jelas terlihat bila melihat rakaman video yang dikongsikan di ig Sahabat Surga ini.
Dalam video tersebut, kelihatan seorang ayah dan anak perempuannya begitu seronok bermian ‘osom’ di atas motosikal. Begitu seronok dan ceria anaknya ketika itu apabila setiap kali ayahnya kalah, anaknya akan mencium sebagai ‘ganjaran’.
Masya Allah, cukup mengharukan dan video ini ramai yang suka hingga mendapat 68 ribu like dan rata-rata orang ramai meluahkan rasa rindu dan cinta kepada ayah masing-masing.
Sumber : Ig Sahabat surga
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“Minta Maaf & Saya Juga Mohon Ampun,” PM Umum Ziarah Raya Keluarga Dalam Negeri Sama Dibenarkan, Terhad 20 Orang!

Buat kali pertama dalam sejarah, tiga perayaan besar rakyat Malaysia iaitu Hari Raya Aidilfitri, Hari Gawai dan juga Pesta keamantan tidak boleh diraikan seperti sebelum-sebelum ini disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Khabar yang menyebabkan ramai sedih terutama bagi yang bakal menyambut perayaan tersebut. Walau bagaimana pun , Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin mengumumkan ‘berita gembira’ apabila memberi kelonggaran apabila ahli keluarga yang berada di dalam negeri yang sama berpeluang untuk berjumpa dengan sanak-saudara.
Berita tersebut ternyata melegakan buat sesetengah individu berkaitan dengan hari perayaan yang akan disambut tidak lama lagi.
Walaupun perjalanan merentas negeri bagi tujuan berhari raya tidak dibenarkan sama sekali, namun ada kelonggaran bagi mereka yang tinggal didalam negeri yang sama untuk menjalankan aktiviti ziarah-menziarahi.
Akan tetapi, ziarah tersebut mestilah tidak melebihi 20 orang dalam satu-satu masa bagi mengelakkan berlaku perkumpulan dalam kuantiti yang ramai.
“Minta maaflah banyak-banyak dan saya juga mohon ampun,”
“Perjalanan balik kampung merentas sempadan negeri untuk tujuan berhari raya tetap tidak dibenarkan,” umum Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Perutusan Khas Perdana Menteri hari ini.

Tambahnya lagi, beliau memahami perasaan ramai pihak yang agak sedih kerana tidak dapat balik berhari raya di kampung bersama keluarga.
“Bersabarlah, bila keadaan sudah pulih sedikit masa lagi, saudara-saudari bolehlah balik ke kampung halaman, menziarahi ibu bapa dan sanak-saudara,” tambahnya.
Dalam masa sama, Muhyiddin menasihatkan, perayaan tetap boleh disambut bersama jiran-jiran terdekat di sekitar kediaman dengan mengikuti garis panduan kesihatan yang telah ditetapkan.
“Tapi ini tidak bermakna kita tidak boleh menyambut perayaan Aidilfitri, Pesta Keamatan dan Hari Gawai.
“Ziarah dibenarkan dalam kalangan jiran terdekat dan keluarga yang tinggal dalam negeri yang sama dengan had maksimum 20 orang pada satu-satu masa yang sama.
“Jadi tidak perlulah buat jamuan besar-besaran atau rumah terbuka,” tambahnya lagi.
Muhyiddin turut menasihatkan agar rakyat tetap mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kesihatan yang ditetapkan iaitu jaga jarak sosial, memakai penutup muka dan hidung serta amalan kebersihan diri.
Nak Jaga Hubungan Dengan Pasangan, Baca Doa Makan. Isteri Ni Amalkan Bila Dapat Tahu Dari Ustaz!

Bercakap tentang doa makan, anak sekecil 4 tahun pun sudah pandai menghafalnya. Apa yang pasti, kita sekeluarga sudah tahu adap-adap yang perlu dilakukan sebelum menjamah hidangan.
Namun tentu tidak semua tahu, doa makan ini mempunyai rahsianya yang tersendiri.
Bukan sahaja perlu dibaca sebelum makan, malah dalam menjaga hubungan suami isteri agar lebih damai, tenang dan bahagia juga perlu mengamalkan doa yang sama. Caranya bagaimana? Ikuti perkongsian daripada seorang isteri bernama Ainul Elmy di akaun fbnya.
RAHSIA BESAR MENCIPTA HUBUNGAN MAWADDAH DI DALAM RUMAH TANGGA
Ya, rahsia besar yang tak ramai orang tahu, terutamanya pasangan suami dan isteri. Izinkan saya kongsi kan sedikit RAHSIA BESAR ini. Tak lama, hanya pinjam 5 minit sahaja untuk membaca.
Baru baru ni, saya berpeluang bertemu dengan seorang Ustaz, iaitu Ustaz Sadini.
Ustaz Sadini merupakan seorang bekas doktor dan berkahwin dengan anak dari Mufti Brunei. Tutur kata memang begitu menenangkan jiwa yang mendengar setiap tazkirah yang keluar dari mulut nya.
Sempat saya bertanya pada dia,
“Macamana nak buatkan suami mendengar nasihat dan pendapat isteri? Sebab macam yang kita tahu, ramai suami diluar sana yang meletakkan ego di depan sekali bila buat apa apa keputusan di dalam rumah tangga”
Ustaz Sadini jawab,
“Sebelum tu saya nak tanya, pernah tak kamu mendoakan anggota badan suami kamu ?”
Ustaz Sadini pandang semua yang hadir,dan tanya lagi pada yang lain,
“Ada doakan anggota badan suami ? Suami pulak, ada doakan untuk anggota badan isteri?”
Ustaz Sadini pandang saya semula, menunggu jawapan. Ahhh sudah! Apa nak jawab? Sebab saya tak paham maksud soalan tu.
Tapi saya jawab juga,
“Saya biasa doakan suami saya dalam setiap sujud terakhir ketika solat, minta supaya ALLAH permudahkan setiap usaha suami mencari rezeki, menjadi suami dan ayah yang penyayang dan bertanggungjawab”
Ustaz Sadini :
“Baik. Saya tak cakap benda tu salah yer. Cuma kurang betul. Kurang betul sebab pasangan suami isteri harus mendoakan anggota badan antara 1 sama lain. Tapi tak ramai pasangan buat perkara ni. Sebab tu kurangnya hubungan yang MAWADDAH di dalam rumah tangga”
Persoalannya, bagaimana nak mendoakan anggota tubuh badan pasangan secara specific?
Di sini saya kongsi kan.
1. Pegang tangan suami / isteri kita, usap tangan nya sambil baca :
Allahumma barik lanaa fima rozaktana wakina a’zabannar,
Habis baca sambung,
YA ALLAH, BERKATI TANGAN SUAMI/ISTERIKU AGAR DIGUNAKAN KE JALAN YANG BAIK, DI HARAMKAN DARI API NERAKA.
Pelik? Yer, kami semua yang hadir pun tercengang. Doa makan? Itu yang Ustaz Sadini bagitau, ramai ingat doa makan di baca ketika makan sahaja. Sedangkan banyak fungsi doa makan tu, untuk minta apa saja yang kita ada diberkati ALLAH.
2. Ulang perkara yang sama di setiap anggota badan pasangan kita.
3. Ketika isteri hamil, baca kan juga doa tersebut, sambil lekapkan tapak tangan di perut isteri.
4. Ketika sedang bersama, lekap kan tapak tangan di dada suami/isteri,dan bacakan doa tersebut, minta hatinya di berkati ALLAH dan tidak terpikir langsung untuk berbuat perkara yang tidak di sukai. Minta diharamkan hati nya dari api neraka.
ALLAHUUU, saya yakin ramai sangat yang tak tahu perkara ni ?
Pernah doakan tak anggota tubuh pasangan kita? Dan yang terakhir ustaz Sadini kongsikan, ketika suami bawa balik sekampit beras. Waktu di tuang ke dalam tong beras, pegang butiran beras tu sambil bacakan juga ,
Allahumma barik lanaa fima rozaktana wakina a’zabannar
Doa agar setiap butiran beras tu diberkati oleh ALLAH SWT.
“Sehebat Mana Ayah, Ibu Adalah Madrasah Utama Anak.” Perkongsian Tentang Dr Wan Azizah. Unbelievable, But True!

Pengorbanan seorang wanita yang bernama isteri dan ibu ini tidak terhitung nilainya. Mengandung, melahirkan, membesarkan dan mendidik anak-anak segalanya dilakukan tanpa berkeluh kesah sedikit pun. Demi melihat orang yang disayangi hidup bahagia dan selesa, seorang isteri sanggup berkorban segalanya.
Demikian juga dengan wanita bernama Datuk Seri Dr Wan Azizah ini. Bukan semua wanita mampu melakukan sepertinya. Tolak ke tepi bab politik, namun sebagai isteri dan ibu dia telah melakukan yang terbaik usai suaminya dipenjarakan.
Anak-anak berjaya di bawah bimbingan dan didikannya. Bukan itu sahaja, mereka banyak mewarisi keperibadian ibu mereka ini baik dari segi penampilan mahupun pertuturan. Perkongsian dari Dr Syahr Musafir cukup menarik untuk dibaca tentang bagaimana keperibadian Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai seorang ISTERI, IBU dan juga PEMIMPIN.
Moa bermanfaat untuk kaum wanita diluar sana dalam mencontohi wanita cekal ini.
Jarang-jarang sekali bersembang tentang politik, tetapi musim-musim PRU sebegini memang ‘kena’ sembang bab politik. Suka atau tak suka, kena ambil tahu. Setuju atau tak setuju, dengar dulu…
Satu hari isteri saya berseloroh, “Abang, Sayang baca artikel pasal bagusnya cara Tun Dr Siti Hasmah #TDSH bertanggungjawab check and balance kepada Tun Dr Mahathir #TunM yang selalu sibuk urus negara sejak join politik…”
Berperwatakan kering seperti biasa, saya sekadar memberi jawapan, “Betul dah tu. Bukan senang nak jadi isteri seorang Perdana Menteri #PM.”
Pendek jawapan saya. Memberi respon sekadar itu, tak menoleh ke arahnya pun.
Isteri saya diam. Suasana sunyi. Dan si dia masih diam walaupun selepas beberapa minit.
Pelik.
Saya rasa ada sesuatu yang tak kena, saya menyambung, “Bonda Tuan Sabariah #BTS isteri Tuan Guru Nik Aziz #TGNA pun bagus.”
Isteri saya diam juga.
Alahaiiiiii… Merajuk ke ni?
Saya pandang isteri, nampak isteri pandang ke lain. Sah! Memang sah merajuk.
Alamak, camne nak pujuk?
Saya pandang ke isteri, walaupun wajahnya tak memandang saya.
“Politic aside, Abang sangat selesa pada seorang isteri kepada seorang ahli politik Malaysia. Nak cerita sikit ni, nak dengar tak? Kalau tak nak dengar, Abang tak cerita…” saya memulakan bicara.
Isteri dah mula menoleh, walaupun baru sipi-sipi. Taktik memujuk berjaya!
Saya menyambung, “Ada tiga sebab, kenapa Abang rasa Datuk Seri Dr Wan Azizah #DSWA adalah contoh isteri yang baik.”
Isteri saya terus palingkan muka memandang tepat ke arah saya dan tunjuk minat. Confirm dia tak sangka saya nak cerita pasal DSWA, isteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim #DSAI ini.
“Pertama, sebab tudung bawal DSWA. Tak tahu harganya berapa sehelai, mungkin beribu-ribu, mungkin hanya RM10, tetapi pakai bawal nampak sederhana dan rendah diri. Lengkap pula baju kurung atau kebarung ringkas yang selalu DSWA pakai, nampak merendah diri sangat.
Kedua, sebab kemenjadian anak-anak. Nurul Izzah, Nurul Nuha, Nurul Iman, Nurul Ilham, Nurul Hana, semua tampak solehah bertudung, educated, alhamdulillah. Ehsan Anwar pun OK. Sehebat manapun si ayah, si ibu adalah madrasah utama anak-anak. Apabila melihat anak-anak yang berjaya, kita kena puji ibu mereka dahulu, sebelum puji ayah mereka.
Ketiga, sebab DSWA lambang seorang isteri yang sangat-sangat setia…,” saya berhenti. Bukan sebab tarik nafas atau sengaja berhenti, tetapi sebab saya rasa sebak.
Isteri saya memandang tepat ke mata saya.
“Wanita mana sanggup bersuamikan seorang lelaki yang dituduh peliwat, satu dunia tahu isu ini, dicemuh, dihina, dipenjarakan, diperkatakan…. Tetapi DSWA tetap ada di situ. Daripada seorang oftalmologis (doktor pakar mata) menjadi seorang ahli politik menubuhkan sebuah parti politik kerana mahu membela nasib suami. Abang tak tahu dari mana DSWA dapat kekuatan untuk PERCAYA pada suaminya itu dan KUAT berusaha untuk mencari keadilan buat suami. Abang tak nak cerita pasal DSWA hebat atau lemah dari segi percaturan politik, tetapi Abang memang admire dan amaze dengan KESETIAANNYA SEBAGAI ISTERI KEPADA SUAMI. Unbelievable, but true.”
Isteri masih pandang mata saya, saya menyambung dengan kata-kata tersekat, “Abang doa Sayang isteri Abang yang akan setia, percaya dan sokong Abang walaupun JIKA ada suatu hari nanti Abang difitnah, dihina, dibuang, atau apa saja berlaku, Sayang tetap percaya pada kejujuran Abang sebagai seorang suami dan sebagai seorang manusia.”
Rasa sebak tadi berpindah menjadi titisan berkaca di kelopak mata. Subhanallah. Jika tadi hanya nak pujuk, kini sudah bertukar jadi sesi luah rasa antara suami dan isterinya.
Percayalah, Datuk Seri Wan Azizah memang ikon isteri setia sepanjang zaman. Just imagine how strong she has been…. Ingat senang ke nak stay strong bilamana suami dalam penjara dan seluruh Malaysia mempersoalkan apa, bila, di mana bla bla bla atas segala pancaroba yang berlaku? Dengan nak urus anak lagi. Fuh! SUSAH. But she has always been there by his husband’s side.
Moga setiamu hingga ke syurga…
Isteri saya kembali tersenyum, bukan sebab isteri saya suka tudung bawal dan bukan sebab isteri saya jual tudung bawal #ZawjahHijab, tetapi sebab suaminya ini bersembang dengannya. Terapi seorang isteri tak semestinya belikannya hadiah, tetapi memadai apabila suaminya melayan perbualan bersamanya. #TipsMemikatHatiIsteri
Taktik memujuk selesai dan berjaya, tetapi bukan sekadar taktik kosong sebab suami ini pun rasa terisi minda dan hati daripada perbualan tadi… Alhamdulillah.
Hari ini pasca-PRU14, lambat betul angkat sumpah PM baru, saya berseloroh kepada isteri, “Kalau DSWA yang jadi PM baru, memang betul-betul sejarah tercipta sebab ubah kerajaan selepas 60 tahun dan PM wanita pertama selepas 60 tahun. Heheh…”
Disclaimer: Ini bukan post politik, ini post pasal suami isteri. Terima kasih.