Anak tiri penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza yang juga usahawan, Asyraf Khalid baru sahaja menyambut ulang tahun ketujuh perkahwinannya bersama pelakon Tya Arifin, baru-baru ini.
Tular kerana menghadiahkan isterinya sebuah kereta Tesla, Asyraf mengenang kembali perjalanan mereka sebelum mendirikan rumah tangga.
“Apabila cakap nak kahwin, ayah saya (Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa) terkejut dan dia tidak bersetuju. Apatah lagi ketika itu saya baru berumur 23 tahun. Bukan saja ayah, tapi keluarga juga menyakinkan agar jangan kahwin awal. Lagi pula ketika itu mereka tak pernah berjumpa Tya, sebaliknya tahu artis di Indonesia.
“Saya memang nak kahwin, sebab betul-betul dah jatuh cinta. Selepas keluarga saya berjumpa Tya, semuanya menjadi lebih baik dan lancar. Pendek kata perjalanan cinta saya dengan Tya ambil masa setahun sebelum kami berkahwin pada 1 November 2015.
“Sekarang, bila bapa saya jumpa orang terutama anak muda, dia nasihat cepat kahwin, duit tak ada tak apa, rezeki datang kemudian. Malah, nasihat sama juga dia bagi pada adik bongsu saya,” katanya.
Ads
Menurut Asyraf yang mengusahakan perniagaan Jamu Mutyara bersama isteri, rezeki selepas berkahwin dipermudahkan.
“Saya bukan suami yang sempurna, tapi menjadi sempurna sejak kehadiran Tya. Dia wanita yang cantik luar dan dalam. Saya bangga melihat perubahan dan kejayaan dicapai hari ini. Dia juga menjadi lebih berkeyakinan tinggi dan ketua yang baik.
Menerusi perkahwinan itu, Asyraf dan Tya dikurniakan dua cahaya mata iaitu Arif Jiwa Asyraf, 5, dan Azzahra Jiwa Asyraf, 3.
Menjalani kehidupan sebagai suami isteri agar bahagia selamanya selain kita suami isteri perlu bertolak ansur, perkara paling penting ialah tidak lupa memohon doa kepada Allah seperti dianjurkan dalam al-Quran dan disebut dalam hadis agar kita sentiasa mendapat pertolongan, perlindungan dan kekuatan rohani daripadaNya.
Apa yang pasti, semua kita mahukan sebuah kehidupan dalam berumahtangga yang mawaddah, rahmah dan sakinah. Moga-moga Allah SWT menganugerahkannya kepada kita semua. Amin!
Menurut perkongsian Ustaz Khairul Anuar Basri ada menyebut hidup bersuami isteri ni kata Al-Quran mesti ada 2 rasa [Surah Ar-Rum, ayat 21] :
Mawaddah – rasa cinta.
Dengan rasa cinta akan saling menyayangi.
Dengan rasa cinta kita tak sanggup untuk berpisah.
Dengan rasa cinta kita akan merindu bila berjauhan.
2. Rahmah – rasa belas kasihan.
Dengan rasa belas kasihan kita akan memahami.
Dengan rasa belas kasihan kita akan bertolak ansur.
Dengan rasa belas kasihan kita akan saling memaafkan.
Mendidik anak-anak zaman sekarang amat mencabar. Tentu ada keluhan ibu bapa mengenai mendidik anak-anak yang tidak mendengar cakap serta tidak mengikut peraturan.
Apa pun anak-anak itu penyeri rumah tangga. Namun, mereka perlulah diberi didikan yang sempurna terutama dari sikap dalam dirinya.
Sebagaimana perkongsian oleh Firdaus Mokhtar mengenai cara didikan orang tua zaman dulu yang masih relevan diguna pakai kini. Ikuti perkongsiannya.
Masa kecil dulu dekat dalam rumah ada peraturan. Kami semua adik beradik kena ikut.
1. Lepas makan kena basuh pinggan. Memang dekat sinki dapur dah ada kerusi plastik kecil untuk berdiri basuh pinggan.
2. Baju yang dah dibasuh, kami adik-beradik kena lipat. Kami baru 4 beradik waktu tu. Cuma 3 yang besar. Alah, besar pun umur sekolah rendah tu lah.
Saya lipat baju sendiri dan baju Ummi. Adik kedua lipat baju dia dan baju Abah. Yang ketiga lipat baju dia sendiri. Adik nombor 4 kecil sangat lagi. Mana yang abang-abang dia lipat, dia tukang kiraikan balik. Kah!
3. Lepas Subuh tak boleh tidur balik. Kena terus bangun. Lagi-lagi hari cuti. Kalau tidur juga mesti kena kejut sampai bangun.
Biasa Ummi yang kejut. Walau kami tahu itu semua arahan daripada Abah. Maka kena bangun. Jangan cari pasal.
4. Setiap hari, kena tunggu soalan daripada Abah. Abah balik kerja akan tanya, “sembahyang tak tadi?” Maksud Abah solat Zuhur dan Asar. Kalau jawab tak, siap kena rotan.
Oh ya, saya pernah kena sekali. Tinggal solat Zuhur. Kena sebat dengan tali pinggang. Lepas tu tak pernah dah.
5. Waktu makan kena makan sama. Sebab masa kecil selalu makan dalam talam. Peraturan dia kau jangan bergaduh waktu makan.
Tapi biasalah, budak kan. Bergaduh mende entah waktu makan. Kena marah lah woih.
Petang tu balik kerja Abah beli pensel warna Luna seorang satu. Yang pendek 12 batang tu. Sebabkan bergaduh tu hukuman dia Abah buang terus pensel warna tu.
Ingat lagi waktu hujan lebat. Kami tinggal dekat tingkat 4 rumah flat. Terbang 3 kotak warna tu ikut balkoni. Esok pagi pergi sekolah lalu bawah tengok je kotak tu. Lembik dah.
Cair siap mata pensel warna tu. Kahkah. Buat lagi!
6. Ini paling best, atas semua peraturan ni ada markah. Entah macam mana sistem markah Ummi dengan Abah buat, saya tak tahu.
Yang penting setiap bulan akan ada pemenang. Dapat hadiah juga. Biasanya buku lah, novel dan buku cerita. Nak suruh membacakan. H
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Gangguan seksual adalah salah satu perlakuan tidak bermoral yang dilakukan oleh seseorang terhadap seseorang yang lain. Kebiasaannya perlakuan ini memberi impak kepada mangsa.
Sejak akhir-akhir banyak laporan mendedahkan kanak-kanak mengalami gangguan seksual fizikal. Lebih menyedihkan mangsa tidak segera melaporkan sebaliknya ia dibiarkan lama berlaku.
Menyedari keadaan ini semakin menular di kalangan masyarakat secara ‘senyap’ , ibu bapa perlu mendedahkan kepada anak-anak apa itu yang dikatakan gangguan seksual.
Malah ini lah yang berlaku kepada puan Maryam Jamadi yang membuat mendedahkan bahawa dirinya turut melalui situasi itu.
Menurutnya ketika dihubungi Majalah Keluarga, beliau mengakui menyimpan rahsia menghadapi ganguan seksual fizikal selama 17 tahun. Malah ibu bapanya tidak mengetahuinya sehingga didedahkan di facebook.
“Dah 17 tahun simpan. Bila baca kes baru-baru ini tentang ugutan rogol baru terdetik nak share. Masa saya post kat fb baru mak ayah dan family saya tahu . Memang tak pernah buka cerita
Ikuti lanjut kisah benar yang didedahkan menerusi facebook milik beliau. Ibu kepada dua orang anak ini berharap kisahnya menjadi pengajaran agar ibu ayah lain alert dan mendedahkan kepada anak-anak mengenai ilmu mengenai gangguan seksual. Malah pendedahan ini mendapat keizinan suaminya dengan tujuan bermanfaat untuk memberi kesedaran kepada masyarakat.
TERDETIK BUAT PEDEDAHAN EKORAN KES GANGGUAN SEKSUAL MAKIN MENINGKAT
Nak post ini pun fikir berjuta kali. Saya pasti sebenarnya ramai mangsa yang pilih untuk berdiam diri sebab takut dengan pandangan orang lain. Tapi realitinya, semakin kita lama diam semakin ia memakan diri sendiri. Saya doakan semoga semua mangsa-mangsa diberi keberanian untuk menceritakan pada pihak yang sepatutnya dan dapatkan keadilan. Semoga anak-anak kita semua dilindungi.
MINTA DIRAHSIAKAN
“Tolong rahsiakan perkara ini dari mak ayah Maryam ya”
Walaupun perkara ini berlaku masa saya umur 12 tahun, ayat ini masih terngiang-ngiang di ingatan saya.
Rasa menyesal kenapalah tak beritahu sahaja mak ayah saya perkara ini dulu yang saya kena gangguan seksual fizikal dengan Pak Guard (pengawal keselamatan sekolah), masa saya darjah 6.
Sampai sekarang saya ingat dengan jelas apa yang berlaku dan ada beberapa orang saksi. Waktu itu memang “blur” sebab tak tahu apa yang saya patut buat.
Kawan-kawan saya yang paksa saya pergi jumpa Guru Besar sekolah untuk beritahu hal yang terjadi, sebab mereka nampak apa yang terjadi. Tapi nak tahu apa yang Guru Besar cakap?
“Kami akan pindahkan Pak Guard tersebut, tolong rahsiakan perkara ini dari semua orang termasuk mak ayah Maryam ya”
MENYESAL RAHSIAKAN DARIPADA IBU AYAH
Saya rasa bodoh sangat waktu itu rahsiakan perkara ini dari mak ayah. TOLONGLAH saya merayu kepada semua orang dewasa termasuklah GURU, MAK AYAH, POLIS atau PENJAGA. Tolong “fight” untuk anak atau anak murid! Bukan senang untuk mangsa nak buka mulut cerita.
Selepas kejadian itu, hari-hari saya pergi sekolah dengan perasaan tak selamat. “Macam mana kalau Pak Guard berdendam dengan aku?” “Aku dahlah hari-hari jalan kaki seorang diri pergi balik sekolah, macam mana kalau dia buat apa-apa sebab nak balas dendam aku report cikgu?” Pernah sampai terfikir takut Pak Guard bunuh satu keluarga saya. Saya nak keluar rumah pun takut.
Bila masuk sekolah menengah, saya jadi takut dan tak rasa selamat dengan semua lelaki. Risau diapa-apakan dan risau kejadian sama berulang.
Semua ini saya rahsiakan dari mak ayah saya sebab ikut sangat cakap Guru Besar. Rasa bodoh sangat diri ini. Hari-hari pendam perasaan.
Sekarang ini pun saya menulis dengan linangan air mata. Sedih yang tak terungkap sebab tak dapat membela diri. Iyalah, apa yang nak diharapkan dengan budak 12 tahun? Beritahu Guru Besar pun, macam kita pula yang buat salah. 😷 Setakat pindahkan si pelaku ke sekolah lain, ancaman kepada mangsa masih ada. Lepas itu, boleh jamin ke di pelaku tak buat dekat orang lain? Masih nak fikir periuk nasi si pelaku? Habis itu emosi dan kesihatan mental di mangsa macam mana?
IMPAK
Hari ini bila terbaca post dari Syed Azmi tentang seorang ayah yang sedang “fight” untuk anak perempuan beliau. 1. Guru PJK buat lawak lucah. 2. Anak dapat ugutan rogol dari kawan sekolah. 3. Beritahu guru kaunseling, anak yang kena terapi sebab terlalu sensitif? 4. Si ayah buat laporan polis. 5. Kawan sekolah tak puas hati sebab mencemarkan nama sekolah?
Bukankah nama sekolah lagi tercemar bila pihak sekolah cuba sorok kes ini dari cuba beri tindakan yang sepatutnya pada guru tersebut?
Maaf, bila saya sebut “guru”, saya harap para guru tidak terasa sebab saya mengecam tindakan guru terlibat bukan profesion guru.
Yang salah tetap salah, profesion tak salah, sekolah tak salah. Orang tak marah dengan profesion atau sekolah tapi orang marah bila pihak sekolah tak ambil tindakan yang sepatutnya pada guru tersebut.
Saya tak mahu ulas lagi tentang kes ini sebab tak dengar dua pihak dan kes ini juga dalam siasatan polis cuma saya harapkan keadilan pada pihak yang benar. Dah tahun 2021 ini ada lagi ke nak salahkan mangsa? Mangsa pakai seksi? Mangsa terlalu sensitif?
TOLONGLAH, yang bertutup litup pun boleh jadi mangsa. Yang salah tetap salah, saya ulang. Jangan nak menormalisasikan jenayah. Saya pasti ada sesuatu yang perlu diubah, guru yang ada sejarah melakukan JENAYAH tidak layak jumpa anak murid lagi.
DEDAHKAN ANAK GANGGUAN SEKSUAL SEAWAL UMUR 3 TAHUN Saya merayu pada semua mak ayah untuk beri pendedahan pada anak masing-masing tentang gangguan seksual seawal anak umur 3 tahun. Sentiasa ingatkan dan minta anak beritahu tak kiralah anak perempuan atau lelaki. Mak ayah dan guru adalah “frontliner” anak-anak.
Bila dapat aduan dari anak, mohon buatlah sesuatu. Walaupun bukannya si pelaku akan dipenjara seumur hidup pun tapi sekurang-kurangnya anak tahu ada mak ayah/guru di belakang mereka. Mereka bukan seorang diri.
Pedofilia di mana-mana, semoga anak-anak kita semua dilindungi Allah. ❤❤❤ Nanti saya kongsikan tentang perkembangan seksual dan cara untuk beri pendedahan pada anak di post akan datang. Alhamdulillah, rasa lega dah lepaskan semua yang terpendam selama berbelas tahun saya simpan rapi.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.