Pernah tak nampak atau alami sendiri ibu ayah jadikan anak-anak sebagai kawan-kawan, layan dengan baik, saling berkongsi cerita dan saling sayang-menyayangi antara satu sama lain?

Sebenarnya bagus tau praktikkan sebegitu dalam hidup anak-anak, bukan sahaja tiada jurang antara parents dan anak-anak. Malah mereka akan rasa terbuka dan akan bijak memilih rakan-rakan atau pasangan mereka kelak!

Terutamanya one and only yang paling kita risaukan iaitu anak perempuan. Bukan sahaja dalam pergaulan antara rakan, malah pemilihan dalam pasangan juga menjadi kebimbangan ibu ayah. Jadi dengan berikan mereka contoh dengan layanan yang baik, jadi sedikit sebanyak dapat membuka minda mereka untuk memilih dengan betul. 

Misalnya seperti perkongsian dari DrRizal Abu Bakar ni. Jom ikuti perkongsiannya!

Ayah Kena Rapat, Jadi Role Model Untuk Anak Perempuan. Barulah Tak Salah Langkah Pilih Pasangan!

Ayah kena rapat dengan anak perempuan. Begitulah bunyi ilmu neuroparenting. Sebab tulah saya selalu dating dengan Maryam.

Anak perempuan perlu tahu bagaimana seorang lelaki patut melayan seorang perempuan. Ayahlah yang akan letakkan standard itu.

Dalam konteks ini sayalah yang cipta standard itu untuk Maryam.

IKLAN

In future, kalau si anak berkawan dengan lelaki dia akan tahu lelaki itu baik atau tidak. Dia dah ada point of reference. Dia dapat buat keputusan yang baik.

Lisa Nichols pernah ceritakan perkara yang sama. Masa umur dia 13 tahun ayah dia bawa dia keluar. Dia pakai dress ala princess. Happy sangat dia waktu itu.

Bila masuk kereta si ayah tolong bukakan pintu. Begitu juga keluar dari kereta. Sama juga ketika nak duduk. Si ayah akan tarik kerusi.

Ketika pulang ke rumah si ayah bukakan pintu untuk Lisa. Tetapi saat Lisa mahu masuk ke rumah, ayahnya pegang bahu Lisa. Dia berhenti. Pandang wajah ayahnya.

IKLAN

Ayah si Lisa sebut “ Lisa apa yang ayah tunjukkan pada kamu adalah cara bagaimana seorang lelaki patut melayan seorang perempuan. Ayah dah tunjukkan caranya. Kamu merasainya. Tugas kamu pada masa hadapan untuk pilih lelaki yang betul. Terserah pada kamu bagaimana kamu memilihnya. Waktu itu ayah tidak ada suara lagi,”.

Lisa angguk. Mungkin tanda faham. Apa yang si ayah buat sangat luar biasa. Dia berikan pengalaman berharga buat Lisa. Dia rasa bagaimana dirinya dihargai. Bagaimana sepatutnya dia dilayan.

Ayah Kena Rapat, Jadi Role Model Untuk Anak Perempuan. Barulah Tak Salah Langkah Pilih Pasangan!

Saya tidak sampai peringkat seperti ayah Lisa Nichols. Budaya mereka berbeza. Budaya kita lain pula caranya.

IKLAN

Saya guna bahasa. Gunakan nada suara. Gunakan bahasa badan untuk letakkan standard itu. Masukkan cara fikir yang berbeza.

Kalau si ayah tidak rapat dengan anak perempuan, lelaki lainlah yang akan jadi point of reference. Pada waktu itu, apa sahaja dilakukan oleh si lelaki , itulah dianggap sebagai standard.

Kalau lelaki itu kaki pukul dan kaki herdik, si anak perempuan akan anggap begitulah caranya perempuan dilayan. Mereka terima keadaan itu. Walaupun itu tidak benar.

Mereka akan terperangkap. Menderita. Dilayan sebagai hamba.

Saya pernah buat clinical work di rumah remaja mengandung luar nikah. Ada beberapa rumah yang sempat saya kunjungi. Saya dapati ada satu perkara yang sangat konsisten pada remaja remaja ini. Mereka tidak ada role model lelaki di rumah.

Di atas sebab kekosongan ini, mereka cari kasih pada lelaki lain.

Pada ayah ayah yang ada ada perempuan, pastikan anda rapat dengan anak. Jadikan diri anda sebagai point of reference. Biar anda jadi model terbaik  untuk dia.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI