Tarikh 4 April pasti meninggalkan momen hitam yang takkan dapat dilupakan buat keluarga ini. Detik Di mana mereka berdepan tragedi berdarah apabila rumah mereka dipecah masuk seorang perompak bersenjatakan pisau di Kampung Laut, Wakaf Bharu, Kelantan.
Kisah tragis tersebut dimuatnaik menerusi laman Facebook Nur Solehah. Menurutnya, kejadian tersebut berlaku sekitar jam 4.45 pagi itu. Suspek dipercayai memecah masuk melalui grill tingkap kediamannya.
Dalam kejadian tersebut, ibu bapanya bergelut dengan suspek sehingga berlumuran darah sebelum dia segera menghubungi pihak polis ketika menyedari bunyi bising di tingkat bawah.
“Tak boleh bayang perasaan mak ayah yang nampak pergelutan tu. Mak turun sebab bunyi bising kat bawah dan tengok darah dah banyak atas lantai. Ingat kena perut ke apa. Masa tu ayah suruh mak naik telefon polis.
“Dan perompak tu datang dekat mak tapi tak buat apa2. Mujur la dia tak tikam mak Masa bunyi bising tu, saya cepat2 keluar bilik n turun tapi mak tak bagi dan suruh telefon polis.
“Tapi perompak tu dang lari. Tak logik seorang diri sebab grill tu kecik sangat. Mesti ada orang kat luar yang tolak dia masuk,” katanya.
Akibat insiden tersebut, jari bapanya mengalami kecederaan sehingga menerima 10 jahitan ketika dirawat di Hospital Tumpat namun bersyukur kedua orang tuanya masih dipanjangkan usia.
Ads
“Alhamdulillah Allah panjangkan umur lagi. Allah selamatkan lagi nyawa kami semua walaupun jari ayah kena pisau, kena 10 jahitan. Doakan tiada kesan kepada penyakit lain dan cepat sembuh.
“InsyaAllah. Alhamdulillah tak dang rompak apa2 pun. Jiran terkejut ada tangga kat tingkap rumah dia. So rasanya dia aim rumah jiran dulu tapi tak berjaya. Tu try rumah lain. Wallahualam,” ujarnya.
Dia dalam pada itu meminta penduduk setempat berhati-hati sekiranya mencurigai sesuatu apatah lagi perompak terbabit memakai topeng sekali gus sukar untuk dikenali.
“Saya share sebagai peringatan untuk semua especially penduduk Kampung Laut. Kalau ada syak apa2, kemungkinan suspek yang sama. Suspek bertopeng, tak nampak muka. Bulan puasa ni dia main kotor pulak.
Ads
“Harap2 Allah permudahkan, beri petunjuk untuk tangkap penjenayah ni. Hati2 semua. Moga Allah lindung kita semua. InsyaAllah,” kongsinya.
Pelawak veteran popular kelahiran Selangor, Datuk Jamali Shadat, 78, menghembuskan nafas terakhir di kediaman anaknya di Pulau Indah, Klang, kira-kira jam 8.30 pagi tadi.
Berita sedih itu disahkan anak bongsunya, Sazli Jamali.
“Bapa sudah tiada. Saya diberitahu arwah bapa menghembuskan nafas terakhirnya di atas katil.
“Insya-Allah, urusan pengebumian akan dipercepatkan. Berkemungkinan selepas Zohor atau Asar hari ini.
“Arwah bapa akan disemadikan di Tanah Perkuburan Kampung Sungai Pinang, Pulau Indah,’ ujarnya lagi.
Allahyarham Jamali dilahirkan di Bukit Kapar, Klang, Selangor dan mempunyai lapan anak dan 39 cucu.
Pelawak komedi popular itu cukup terkenal pada 1980-an, dengan kebolehannya membawa watak kanak-kanak bernama ‘Atan’.
Allahyarham sebelum ini dilaporkan uzur dan perlu bergantung kepada bantuan anak dan menantunya untuk menguruskan diri.
Anak keenam beliau, Fauzi Jamali, 48, berkata, bapanya banyak mendiamkan diri, murung dan kerap tidur selepas kematian ibunya, Allahyarham Lela Yacob pada Jun 2018.
Menurutnya, tahap kesihatan dan ingatan Allahyarham yang menghidap penyakit darah tinggi serta kencing manis juga merosot sejak dua tahun lalu.
Al-Fatihah buat Allahyarham Jamali Shadat, semoga ditempatkan dikalangan mereka yang beriman.
Waktu PKP begini, pastinya si ibu orang yang paling sibuk di rumah. Kerjanya bertambahj berbanding sebelum ini. Seharian di rumah bersama anak-anak, pasti pening nak melayan terutama anak-anak yang banyak karenah.
Apatah lagi, jika anak-anak berada di rumah dan mengganggu rutin harian ibu untuk mengemas dan memasak. Ada anak yang gemar nak ‘membantu’ ketika ibu di dapur.
Selain nak beri fokus kepada abang atau kakak yang tengah belajar online, adik-adik tak boleh diabaikan.
Oleh itu, para ibu kena cari alternatif supaya tidak mengganggu rutin di rumah, apa kata cuba DIY dapur tersendiri untuk anak supaya mereka juga boleh bermain sambil ibu menyiapkan kerja rumah, anak perempuan mesti suka ni kan.
Jom cuba kaeadah yang dikongsikan oleh Umie Rashydah ini. Cara yang menjmatkan dan murah je bajetnya.
Anak anak dok minta. Jadi, mama rajinkan la diri buat dapur mini utk anak.
Rak buku beli dr kedai perabot terpakai Rm15 shj.
Wallpaper mainan dan sebagainya dr Mr Diy dan Eco Shop. Tak habis Rm70 pun.
Sakan kakak main dgn adik dia.
Bila PKP ni, anak-anak kerjanya lapar je. Sekejap2 minta makan, mak pun letih nak melayan permintaan sorang-sorang! Tak payah risau, join je kelas buat roti bersama kami ni. Boleh buat stok untuk anak-anak makan! Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520
Pasangan suami isteri ini memang cukup terkenal dengan sikap loving antara satu sama lain. Biarpun sudah lama berkahwin, namun cara mereka menzahirkan kasih sayang antara satu sama lain tetap sama. Bahkan semakin erat.
Terbaru, pelakon Fauzi Nawawi mendedahkan tip kebahagiaan rumah tangganya bersama Lisdawati. Kami saling bergandingan.. seiring dan sejalan .. walaupun kadang kadang tak sama pandangan untuk membentuk kebahagiaan perlu ada tolenransi dalam membuat keputusan #luvmyfamily #luvmilkbylisdawati Seperti ini
Demikian yang dikongsikan oleh Fauzi sambil memuatkan gambar berdua bersama isteri kesayangannya.
A post shared by FauziNawawi (@fauzinawawi_new) on
Sebelum ini, Fauzi pernah berkongsi tip keharmonian rumah tangga iaitu ‘dating’ atau keluar bersama isteri. Menurutnya, rasa cinta antara suami isteri perlu sentiasa dipupuk untuk kekal bahagia. “Sekali sekala dating rasa macam mula bercinta …lesen cinta perlu selalu perbaharuhi untuk kekal sweet ??? #luvmyfamily,” tulisnya dikapsyen.
Gelagat anak-anak yang sedang membesar sememangnya cukup menghiburkan dalam apa jua perkara. Malah ketika di dalam solat pun, gelagat anak-anak memang menghiburkan.