Khas untuk lelaki yang bergelar ayah, kalau hendak mendidik anak perempuan, ada caranya. Anak perempuan terkenal dengan sikap lemah lembut dan sensitif. Bukan mudah mendidik anak perempuan.
Mendidik anak perempuan dan anak lelaki berbeza caranya ekoran mempunyai personaliti yang berbeza. Oleh itu, ibu bapa perlu peka dalam mendidik anak-anak. Bagi seorang ayah, pastinya ia memerlukan cara tertentu untuk mendidik anak perempuan.
Tak perlu bersikap garang. Ini rahsianya. Ikuti perkongsian oleh Taufiq Razif agar menjadi panduan bersama.
LIMA RAHSIA ANAK PEREMPUAN YANG SEORANG AYAH WAJIB TAHU
1. Mereka tengok cara anda layan ibu mereka
Sesekali wajar juga untuk suami isteri berbalah di depan anak kita dengn syarat bertikam lidah dengan cara yang terbaik.
Tidak meninggi suara, berbincang dengan tenang dan gunakan bahasa yang sopan. Dari situlah anak perempuan kita belajar tentang Conflict Resolution.
2. Mereka nak rasa keberadaan ayahnya
Sosok ayah ini biasanya seorang yang workaholic dan sangat fokus pada kerja masing masing.
Sesekali kenalah tinggalkan sebentar kerja kita. Layan anak kita sepenuhnya. Tak perlu lama. Cukup 15 minit untuk satu kali sesi pun dah memadai untuk penuhkan tangki emosi anak perempuan. Peluk cium je mereka dan pandang tepat ke anak mata mereka. Itu pun sudah boleh membuatkan jiwa mereka terisi sepenuhnya!
3. Mereka nak kita faham dunia mereka
Anak perempuan yang sudah remaja, mereka mahu ayahnya kenal dunia mereka. Cuba sensitif dengan isu dan trend terkini, tak terlalu rigid dengan pendapat sendiri dan cuba fahami dunia daripada kacamata anak anak perempuan kita.
Insya Allah anak perempuan kita akan rasa lebih difahami dan didengari. Barulah senang mereka nak dinasihati!
4. Mereka nak kita lindung mereka
Walaupun anak perempuan kita mungkin tak suka dikongkong tetapi mereka masih perlukan seorang pelindung!
Pelindung yang mereka idamkan adalah pelindung yang boleh mendengar cerita mereka, memberi kata kata yang membangun jiwa dan menjadi orang yang pertama yang bersama ketika jatuh bangun mereka.
5. Mereka nak ayahnya penjadi Pengkagum nombor 1 mereka
Mereka akan makin bersemangat jika ayahnya ‘perasan’ dan acknowledge pencapaian mereka.
Mereka nak kita bagi pujian ikhlas daripada hati dan mereka nak kita rasa terharu dengan usaha dan penat lelah mereka berkorban untuk banggakan kita.
Menangislah dengan penuh bangga di depan anak perempuan di atas penat lelah mereka untuk membanggakan kita kerana tangisan kebanggaan seorang ayah adalah hadiah paling indah!
Terima kasih pada semua suami dan ayah di seluruh dunia! You are awesome!
Kredit: Taufiq Razif