Diam tak diam, anak kepada hero Malaya, Remy Ishak, si comel Tuah Alam kini sudah pun berusia satu tahun tiga bulan.
Melalui satu entrinya di akaun Tik Tok, pelakon handalan ini meluahkan rasa syukurnya atas kurniaan tidak terhingga itu buat dirinya dan isteri.
Bahkan Remy atau nama sebenarnya Mohamaad Zalimei Ishak, 42, turut berjanji akan mendidik dan membesarkan anaknya sehabis baik hingga nafasnya yang terakhir.
“Tuah baru 1 tahun 3 bulan, Ayah janji akan jaga Tuah sampai akhir hujung waktu ayah.
“Ayah janji! ❤️,” tulisnya ringkas di kapsyen.
Apa yang menarik pastinya bonding kedua beranak itu di pantai. Remy dilihat cukup sporting bila menemani Tuah untuk menghasilkan istana pasir sambil ditemani isteri tercinta, Ezza Yusof.
Begitu juga ketika menemani Tuah di persisiran pantai dan bermain di gigi-gigi air.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen yang singgah ke ruangan komen turut mendoakan buat keluarga kecil Remy sentiasa hidup diberkati Ilahi dan bahagia selalu.
Untuk rekod, Remy mendirikan rumah tangga dengan Ezza pada 21 Ogos 2021 selepas lapan tahun mereka berkenalan.
Ezza selamat melahirkan cahaya mata sulung yang diberi nama Tuah Alam pada 27 Julai tahun lalu.
@remyishaktiktok Tuah baru 1 tahun 3 bulan, Ayah janji akan jaga Tuah sampai akhir hujung waktu ayah . Ayah janji! ❤️ #fatherandson #tuahalam #remyishak ♬ takkan hilang budi doremi – Bomaxxx
Menarik: MK K Clique Kongsi Nama Puteri Sulung, Makna Pun Elok!
Murahnya Hati MUA Bellaz Belanja 500 Rider Petrol Percuma!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my