Tular perkongsian sebuah video berdurasi dua minit memaparkan seorang bapa memberikan beberapa dokumen hibah kepada anak-anak yang beratur untuk bersalaman di hari raya baru-baru ni.

Pemilik TikTok arrizqindental mengucapkan  kasihpad kea ibu bapanya yang mempunyai prinsip hidup walaupun tidak mempunyai pelajaran tinggi.

Namun bertindak bijak dengan menghibahkan hartanterimaya kepada anak-anaknya demi mengelak sebarang rasa tak puas hati dikalangan anak-anak apabila ketiadaannya nanti.

Ayah Hibah Semua Harta Pada Hari Raya Kepada Setiap Anak

Ads

“Terima kasih ayoh Terima kasih mek. Ayah ni seorg berpandangan jauh, walau tak belajar tinggi, hanya lah seorang petani sejak dari muda lagi tapi berjaya membesarkan kami lapan beradik.”

“Dia tahu jika suatu hari nanti bila dia tiada dia tak mau anak-anaknya bergaduh berebut harta, jadi dia ambil keputusan menghibahkan semua harta nya kpd anak-anak. Allahuakbar ayoh ku,” tulisnya di ruangan kapsyen.

NETIZEN LUAH KAGUM

Ads

Dalam itu meninjua di ruagan komen rata-rata memberikan komen yang menyentuh hati. Malah meluahkan rasa bangga melihat usaha yang dilakukan oleh si ayah.

“Sama dengan my dad… sangat berpandangan jauh.”

“Alhamdulillah..Ibu bapa yg patut dicontohi..”

Ads

“Sangat-sangat bijak. Sebab memang betul harta boleh buat gaduh adik bradik.”

 

Watch on TikTok

Sumber: arrizqindental

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI