Anak-anak adalah generasi yang akan mentadbir negara pada masa akan datang. Dengan didikan ibu bapalah akan mencorakan pemikiran dan gaya hidup anaknya.
Sebagaimana perkongsian ini, menerusi twitter yang menggunakan nama @lelakiboek berkongsi kisah inspirasi bapanya yang memilih hidup secara sederhana walaupun bergaji lima angka yang pastinya mampu memiliki kereta mewah.
Siapa sangka, kata-kata nasihat bapanya turut menjadi inspirasi buat warganet untuk berkongsi kisah yang sama.
Ikuti perkongsian inspirasi ini, yang boleh membuka minda kita untuk mendidik anak-anak hidup dalam persekitaran yang sederhana dan rendah diri biarpun berjaya dalam hidup.
Ayah aku pernah hidup dari golongan B40 merasa miskin cabok bawak van buruk (masa aku baru lahir) sampailah direzekikan ke T20 sekarang ni.
Tapi walaupun sekarang gaji dia dah 5 angka, dia hanya bawa Axia, downgrade from Alza. Pakai phone pun harga 400.
Aku kadang pelik.
INI SEBABNYA
Akhirnya setelah berbual mengenai pilihan ayahnya memilih hidup secara sederhana, barulah beliau menyedari bahawa hidup secara sederhana adalah bukan untuk bermegah tetapi memastikan pendidikan anak-anak sempurna dan membantu orang ditimpa kesusahan.
“Ayah pesan, jangan sibuk hidup bergaya tapi bila masyarakat susah kita tak dapat tolong”.
Didikan ayahnya itu telah memberi kesan kepada diri beliau bahawa perlu sentiasa bersyukur seadanya bukannya hidup mengikut gaya kehidupan orang lain.
KISAH YANG INSIPRASI
Dalam pada itu, ramai yang bersetuju dan berkongsi kisah masing-masing mengenai cara didikan dalam keluarga.
Walaupun dari golongan T20, tapi bapa memilih cara hidup yang sederhana.
“Respect pada mereka yang humble walaupun ada harta”
“Bila umur dah 40an ke atas, dah tak kejar sangat kekayaan harta tapi na tengok anak-anak berjaya.
“Tahniah, untuk abah hang, didik jadi sensitiviti, jadi manusia, bukan robot.
Apa yang pasti, pendidikan ibu bapa yang betul dalam mendidik anak-anak akan mencorakkan cara pemikiran dan hala tuju hidup. Semoga kisah ini membuka cara pemikiran kita dalam mendidik anak-anak dan cara hidup keluarga.
Sumber: Twitter @lelakiboek