“Ayah & Dua Abang ‘Pergi’ Sebab Rokok.” Sebak Diuji Kehilangan Dua Abang Serentak, Aznil Mohon Netizen Berhenti Merokok

Share

Baru-baru ini, pengacara terkenal tanah air, Datuk Aznil Haji Nawawi atau lebih mesra dipanggil Pak Nil telah di uji apabila kehilangan dua orang abang kandungnya serentak.

Arwah abangya, Azharnim Nawawi menghembuskan nafas terakhir selasa yang lalu. Difahamkan Allahyarham Azharnim meninggal dunia selepas bertarung dengan penyakit kanser.

Menurut Aznil, Azharnim dimasukkan ke hospital berkenaan sejak beberapa hari lalu sebelum tenat pada Isnin.

“Saya dan adik-beradik yang lain reda dengan pemergian arwah abang saya. Walaupun pahit untuk menerima kehilangan dua orang abang dalam tempoh sebulan, namun, kami harus menerimanya dengan penuh kesabaran,” katanya.

Pada 19 Ogos lalu ketika berada di Terengganu, Pak Nil dikejutkan dengan berita pemergian arwah abangnya, Azmir Nawawi.

 

Pemergian dua insan tersayang dalam satu masa membuatkan pengacara terkenal itu sedih. Dalam satu perkongsian, Pak Nil memuat naik luahan hati menerusi IG Live miliknya yang kemudian tular selepas live itu dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter dengan nama akaun, e_nuyn. Tweet tersebut mendapat 27 ribu retweet dan 16 ribu tanda suka dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

“Ayah Paknil pergi sebab rokok, abang-abang Paknil pergi sebab rokok..tolonglah berhentilah merokok kesian adik-adik, kesian mak ayah…”

Menerusi Live di IG, Paknil sempat memesan kepada semua perokok di luar sana agar meninggalkan tabiat yang tidak sihat itu, kerana yang menanggung deritanya kelak adalah ahli keluarga kita sendiri.

Sumber : E_nuyn & Dato Aznil Haji Nawawi